Nuget Tempura Ayam Homemade Bekal Anak Ke Sekolah Lagi Sedap Buat Sendiri
Sekolah yang baru dibuka hari ini pastinya ibu tercari-cari menu simple untuk anak sebelum ke sekolah. Resipi nuget tempura yang dihasilkan sendiri pastinya lebih selamat.
Jom cuba resipi ringkas, Rosmizah Yussof menggunakan acuan lompang ini untuk anak. Sedap.

Biasanya bahagian dada ayam memang tak berapa laku kalau dimasak. Ini resepi ringkas macamana nak buat supaya anak-anak suka makan bahagian tu dan tak membazir. Jom buat tempura..boleh buat minum petang atau sarapan pagi.
Yang penting tak perlu ragu-ragu dengan bahan yang ada dalam tu sebab hasil dari air tangan ibu.
Bahan A.
4 ketul dada ayam -potong kecil dan buang kulit dan tulangnya.
Bahan B
1 ulas bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih
1/2 batang lobak dipotong nipis
3 tangkai daun ketumbar dicincang
3 tangkai daun sup dicincang
5 sudu makan tepung jagung
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada putih.
1 sudu serbuk pati ayam
Bahan C
Pecahkan 1 biji telur gred A

Masukkan semua bahan-bahan diatas dalam pengisar dan kisar sampai halus dan sebati.
(Blender bahan A + B +C).

Kaup guna sudu dan gaul lagi.

Masukkan ke dalam acuan kuih lompang.Boleh jugak masukkan ke dalam mangkuk dadih yang rendah tu. Susun dalam pengukus. Kukus lebih kurang 15 minit.

Keluarkan dari acuan dan sejukkan. Belah 2 supaya lebih nipis dan tak terlalu tebal. Kalau tak nak belah pun tak pe.

Sediakan 1/2 mangkuk Tepung Bestari. Boleh pilih nak guna yang pedas atau original.Saya guna yang pedas sebab anak-anak suka pedas.

Bancuh tepung dengan sedikit air. Buat bancuhan macam bancuhan pisang goreng. Tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Celup dan golekkan tempura ke dalam bancuhan tepung.

Panaskan minyak dan masukkan tempura yang dicelup tepung tadi satu persatu. Goreng dan balik- balikkan sampai warna bertukar kekuningan. Bila masak bolehlah diangkat.

Tempura yang telah siap. Rangup dan sedap dimakan panas-panas.
Selamat mencuba.
*Kalau tak ada acuan boleh guna bekas dadih yang kecik atau kukus dalam loyang. Bila masak sejukkan dan potong ikut kreativiti masing-masing sebelum digoreng.
Artikel berkaitan: Nuget Tempura Homemade Di Jamin Sedap, Anak Tak Makan Sayur Pun Laju Makan
Resepi Nugget Ayam Tempura Homemade Yang Sedap, Anak Makan Confirm Berpinggan-Pinggan
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Nuget Tempura Ayam Homemade, Bekal Anak Ke Sekolah, Lagi Sedap Buat Sendiri! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/nuget-tempura-ayam-homemade-bekal-anak-ke-sekolah-lagi-sedap-buat-sendiri/