Nostalgia Selera Kampung Ramadan Buffet Thistle Johor Bahru
Assalamualaikum WBT
SK masih ingat lagi, beberapa tahun lepas, masa tu kami keluar shopping baju raya. Kalau dah penat shopping kan, dengan tengah berpuasa lagi, memang tak larat la nak masak. Tu memang dah plan, lepas shopping, kita singgah jer Bazar Ramadan untuk tapau makanan berbuka. Tapi, masa tu, nak singgah Bazar Ramadan pun tak larat, kami ingat nak buka puasa di hotel jer la. Tapi tapi tapi... tak dapat ya. Tiga empat hotel di JB yang Sk cuba buat tempahan semua dah penuh. Lagi pulak masa tu hujung minggu, memang terpaksalah pergi Bazar Ramadan juga bungkus makanan. Aduh, menyesal tak booking awal-awal.
Aaaa.. siapa-siapa yang ada plan nak berbuka puasa di hotel tahun ni, ingat tu, jangan jadi macam Sk, booking last minute. Merayulah macam mana pun, memang tak dapat laaa. Uols tahu tak, booking awal buffet Ramadan ni sangat menjimatkan tau, harga dia berbeza dengan kita datang terjah macam tu aje. Sekarang ni pun, hotel-hotel di JB dah mula rancak promo harga Early Bird yang mana harganya sangatlah berbaloi. Macam yang ditawarkan oleh Thistle Johor Bahru. Nak tahu? Meh baca sampai habis.

Bermula 22 Januari sehingga 28 Februari 2025, anda boleh mendapatkan harga early bird Ramadan Buffet di Thistle Johor Bahru dengan harga RM118 bersih untuk dewasa dan RM78 bersih untuk kanak-kanak dan boleh menikmati keenakan masakan Nostalgia Selera Kampung termasuk barbeque, live station, kuih-muih tradisi dan moden, durians dan baaaaanyak lagi. Jom kita ronda-ronda tengok masakan pilihan chef berpengalaman di Thistle Johor Bahru
FROM THE CARVING STALL & STALL KAKI LIMA

Roasted Whole Lamb

Smoked Briyani Rice

Kari Tulang Kambing

BBQ Beef Short Ribs Stall with BBQ and Mushroom Sauce.


Local Fish - Ikan Cencaru & Ikan Pari cecah Air Assam & Chili Kicap
TRADITIONAL SATAY CORNER

Assorted Beef & Chicken Satay dihidang bersama ketupat nasi, timun, bawang dan kuah kacang
SOUP STALL



Soup Gear Box dihidang bersama mi atau roti serta sambal kicap dan sambal cili
SELERA UTAMA DESA STALL

Gulai Daging Salai dan Pisang Muda

Kari Kambing Dalca

Ayam Opor Maharaja

Nangka Masak Lemak

Pajeri Nenas

Ikan Fillet Tiga Rasa

Butter Prawn with Nestum

Sambal Paru dan Limpa

Gulai Lemak Itik Salai

Ayam Gulai Kerutuk

Rendang Tok

Stir Fried Lamb with Ginger
SAMPAN SINGGAHSANA

Pisang Goreng, Keledek Goreng, Ubi Goreng & Durian Gorengssssss!

Pelbagai jenis cucur
LEMANG CORNER STALL


Ketupat Palas & Serunding Ayam


Lemang & Serunding Daging
SAMBAL CORNER

FRUIT STALL

ASSORTED ICE CREAM & CONDIMENTS

FRESH GARDEN DESSERT


Durian Kampung Kahwin Dua
SWEET TEMPTATIONS STALL







BUBUR STALL

Pelbagai jenis pengat dan bubur manis
HOT DESSERTS

Egyption Umm Ali Bread Pudding
FRENCH PASTRIES

Slice Cakes
KUIH RAYA ANEKA JENIS

Tart Nenas Traditional

Biskut Raya Coklat
BEVERAGES

Pilihan minuman jus, kordial dan Teh Tarik!
Mari Mari Mari segera buat tempahan berbuka puasa Ramadan nanti
🌙✨ NOSTALGIA SELERA KAMPUNG RAMADAN BUFFET @ THISTLE JOHOR BAHRU ✨🌙
📅 3 March 2025 - 29 March 2025🕡 6:30 PM - 10:00 PM📍 Orchid Ballroom, Thistle Johor Bahru
💥 EARLY BIRD PRICE (Purchase Date : 22 Jan - 28 Feb 2025)✨ RM118 nett (Adult) | RM78 nett (Child)
💰 NORMAL PRICE✨ RM138 nett (Adult) | RM88 nett (Child)
🎁 Special Offer: Buy 10 Adult vouchers, get 1 FREE! (Normal price vouchers only)
✨ Enjoy daily LIVE entertainment, giveaway sessions, and fun games! 🎶🎁🌙 Prayer Room facilities provided🚗 Free parking available📢 3 days advance booking required
Grab our Early Bird vouchers and reserve your seats now
📞 07-267 8999📱 +6012-789 2092 | https://wa.link/ndhnsj📩
[email protected] |
[email protected]#ThistleJohorBahru #ResortInTheCity #NostalgiaSeleraKampung #RamadanBuffet #IftarFeast #RamadanDelights #DurianLovers #FreshDurian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2025/01/nostalgia-selera-kampung-ramadan-buffet.html