Peringatan Allah Swt Sebab Kita Tidak Bersatu Dulu




GURUN 21 Julai – Kekalahan UMNO dan Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah satu peringatan Allah SWT kerana umat Islam khususnya membabitkan kedua-dua parti tersebut pada masa itu tidak bersatu.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, meskipun usaha dan rangka ke arah kerjasama kedua-dua parti itu sudah ada sebelum ini, namun malangnya ia tidak menjadi kenyataan seterusnya menyaksikan pertembungan sesama sendiri di dalam pilihan raya.
Dalam masa sama katanya, kekalahan itu juga menjadi hikmah apabila Pas, UMNO yang bersengketa sekian lama, kini sudah bersatu dan maka sebab itu penyatuan ini perlu dijaga dengan baik.
“UMNO kecundang buat pertama kalinya dalam 60 tahun. Itu peringatan Allah SWT bukan sahaja kepada UMNO tetapi kepada semua apabila kita tidak bersatu. Allah SWT berpesan supaya Islam jangan berpecah belah dan berbalah kerana nescaya ia akan menyebabkan kita (umat Islam) jadi lemah dan hilang kekuatan.
“Kita (UMNO, Pas) terima implikasi ini dan akan bangkit untuk mengukuhkan kerjasama ini.
Dalam masa sama, kita juga perlu jaga taawun ini kerana orang luar yang tidak suka terhadap penyatuan ummah ini akan melakukan apa sahaja untuk melihat kita berpecah,” katanya ketika berucap pada program perpaduan ummah di Command Centre, Jerai di sini malam tadi.
Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Pesuruhjaya Pas negeri, Ahmad Yahaya; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Md. Alwi Che Ahmad dan Yang Dipertua Pas kawasan Jerai, Musoddak Ahmad.
Kata beliau lagi, keputusan Pas menjalinkan kerjasama dengan UMNO adalah langkah paling tepat dalam suasana sekarang.
“Kita sedar dulu kita bertembung sesama sendiri hanya disebabkan sedikit perbezaan sedangkan persamaan antara kita terlalu banyak,” katanya.
Tambah Takiyuddin yang merupakan Ahli Parlimen Kota Bharu, beliau percaya kerjasama tersebut di semua peringkat sama ada di negeri-negeri sudah bersedia untuk memperkemaskan persiapan dalam menghadapi PRU-15.
“Kita akan melihat suatu kebangkitan dan gelombang rakyat yang resah dengan pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini. Atas nama Islam, Melayu dan apa sahaja, wajib kita jatuhkan kerajaan PH,” katanya.
Sementara itu, Takiyuddin berkata, pembahagian kerusi antara Pas dan UMNO dalam menghadapi PH pada PRU-15 bukan satu masalah besar kerana apa lebih penting bagi kedua-dua parti itu adalah untuk memastikan kuasa Melayu Islam kembali dalam pemerintahan di negara ini.- UTUSAN ONLINE




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/21/peringatan-allah-swt-sebab-kita-tidak-bersatu-dulu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Ikhlas Dirikan Solat Dhuha Allah Swt Janjikan Rezeki Suami Semakin Luas

Isteri Ikhlas Dirikan Solat Dhuha Allah Swt Janjikan Rezeki Suami Semakin Luas

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 367 hits
Sesungguhnya rezeki itu milik Allah SWT Kita sebagai manusia boleh berusaha berdoa dan tawakal agar dipermudahkan rezeki Sokongan isteri sangat penting bagi memberi semangat buat si suami untuk mencari rezeki untuk keluarga Jika tidak dapat...
Biar Allah Swt Yang Tahu Mawar Karim Luah Rasa Bersama Ustaz Ebit Lew

Biar Allah Swt Yang Tahu Mawar Karim Luah Rasa Bersama Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 533 hits
Biar Allah SWT Yang tahu Mawar Karim Luah Rasa Bersama Ustaz Ebit Lew Menerima kunjungan Ustaz Ebit Lew ke kediaman bekas isteri Fizo Omar Mawar Karim baru baru ini membuka ruang untuk mereka berkongsi ilmu serta muhasabah diri dengan ujian...
Hanya 5 10 Minit Sahaja Jangan Berkira Dengan Allah Swt Ini Rahsia Bahagia Orang Berkahwin

Hanya 5 10 Minit Sahaja Jangan Berkira Dengan Allah Swt Ini Rahsia Bahagia Orang Berkahwin

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 574 hits
Dengan hanya menghabiskan masa lebih kurang lima ke sepuluh minit sebanyak lima kali sehari anda mampu menyuburkan kasih sayang antara suami isteri Impaknya mungkin tidak nampak terus tetapi jika diamalkan secara konsisten pasti berbahagial...
Ingin Ikut Tren Pre Wedding Di Puncak Gunung Nggak Salah Kok Tapi Ketahui Dulu 6 Tips Ini

Ingin Ikut Tren Pre Wedding Di Puncak Gunung Nggak Salah Kok Tapi Ketahui Dulu 6 Tips Ini

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 325 hits
Nggak mau kan niatnya foto pre wedding bagus ala Fiersa Besari malah terjadi sesuatu di tengah jalan Amit amit ah
Bayi Tak Kunjung Lahir Lewat Dari Hpl Harus Gimana Jangan Panik Ketahui Dulu 5 Hal Penting Ini

Bayi Tak Kunjung Lahir Lewat Dari Hpl Harus Gimana Jangan Panik Ketahui Dulu 5 Hal Penting Ini

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 295 hits
Kalau dibiarkan dan nggak cepat ditangani dampaknya ternyata bisa fatal banget lo Calon ibu wajib baca nih
Orang Umno Tak Perlu Ambil Hati Dengan Mulut Longkang Dr Mahathir Memang Dari Dulu Busuk

Orang Umno Tak Perlu Ambil Hati Dengan Mulut Longkang Dr Mahathir Memang Dari Dulu Busuk

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 442 hits
Pengerusi PPBM Dr Mahathir kata beliau tak mahu ahli PPBM jadi bodoh seperti ahli UMNO Alasan Dr Mahathir ahli UMNO bodoh kerana masih lagi mengekalkan DS Najib yang Dr Mahathir dah heret ke mahkamah atas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa ...
Anak Akan Cerdik Sendiri Tak Perlu Kejar Jadi Bijak Biar Anak Puas Main Dulu

Anak Akan Cerdik Sendiri Tak Perlu Kejar Jadi Bijak Biar Anak Puas Main Dulu

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 390 hits
Pada usia anak 2 tahun ke atas mereka seakan mahu berdikari seakan telah memperolehi kunci untuk membuat semua perkara sendiri Kadang tu bila dihalang boleh mengamuk Adakah ini perkembangan yang bagus Jawapannya ya sebab waktu ini anak seda...
Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Budak Kilat

Perth Day 2 Perth Cbd London Court Kmart Chemist Warehouse Hay St Mall Woolworths Dengan Bas

Selamat Datang Victor Einar Gy Keres Ke Arsenal Fc

Sambal Tempoyak Masak Atau Kokek Tempoyak

What Unity Govt When Dap Always Attacking Us Says Gps Man


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mb Kedah Sanusi Nor Kata Dia Belum Sedia Jadi Naib Presiden Pas

The Mysterious Disappearance Of The Indus Valley Civilization

First Round Exit For Defending Champs Sze Fei Izzuddin At China Open

Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Smoking

10 Teknik Sempadan Dengan Kawan