Norma Baharu Sekolah Ceria Fariza Dapat Ke Sekolah Sop Terjaga
hai assalammualaikum
Kembali Ke Sekolah Tabika - Sebelum ni nad ada buat entry, berkenaan Sekolah Tabika Bakal di buka 1 Julai dengan SOP yang dibenarkan. Giliran Fariza 2 Julai baru masuk ke sekolah. Gembira bukan main dia bila nad cakap Fariza dah boleh ke sekolah. Malam tu pun suruh tidur awal, dia tidur awal. Pagi suruh bangun, cepat je bangun. Punya teruja nampak muka dia bila nad sarungkan baju sekolah tu.
Malam tu memang nad dah siap-siapkan semua untuk dia ke sekolah. Selalu bawa beg skeolah, tapi kali ni tak perlu bawak.Siapkan anak dengan pinggan mangkuk sendiri, masak dan tisu untuk mulut dan tangan.
Pagi tu memang ceria je muka dia. Nad tau, Fariza memang rindu nak ke sekolah sangat. Sehari sebelum sekolah nad cakap, " Fariza rindu tak sekolah"
Dia jawab " rindu, rindu sekolah, rindu Cikgu Ema".
Sampai sekolah, terlompat-lompat dia nampak sekolah.. Terus cakap " ye ye sekolah"
Pagi tu memnag datang awal, ssbab SOP cakap datang awal sebelum pukul 8.lepas pukul 8 pagi tak boleh masuk kelas. Hari pertama sekolah, Fariza orang pertama datang, tak nampak budak lain lagi...huhu..
Sampai sekolah, alhamdulillah, nad tengok semua terjaga. Nad percaya dekat cikgu dan pembantu sekolah, sebab tu nad berani untuk hantar Fariza ke sekolah.
Datang sekolah, ibu atau bapa yang hantar anak kene cek suhu, begitu juga anak-anak, kene cek suhu. Sebelum tulis nama, kene pakai hand sanitizer yang disediakan sekolah. Lepas tu ibu bapa kene tulis catatan dekat buku. Buku tu memang sebelum ni tetap kene tulis.
Anak-anak sebelum masuk kelas kene basuh tangan dan sabun. Lepas tu buka kasut dan masuk kelas. Ibu bapa tak dibenarkan masuk kelas. Pembantu sekolah yang tolong cikgu uruskn anak-anak.
Nad nampak dari luar, satu meja dua orang sahaja.
Tengok teratur, lagi pun, Fariza seorang yang jenis dengar kata. Bila cakap ada kuman dia faham. Bila suruh duduk je, dia duduk jela diam-diam. Lepas hantar, terus lambai tangan. Fariza lambai dengan muka ceria. Mommy pun senang hati, sebab kebersihan terjamin.
Waktu Fariza balik jam 11.45 pagi. Tapi ibu bapa kene datang 5 minit awal. Masa datang macam biasa cek suhu, pakai hand sanitizer. Anak-anak akan keluar bila ibu bapa dah sampai. Balik pun anak-anak kene basuh tangan. Memang kebersihan dijaga betul.
Tanya cikgu, Fariza macam mana?.. Cikgu kata "Fariza ni bagus, tak susah jaga dia. Bagi la duduk mana pun dia tak kisah. Diam je kalau bagi arahan".. Ye.. Tu la Fariza. Memang dengar arahan. Sebab tu nad tak risau.
Haritu pulak rupanya 3 orang je yang datang. Lain, ada ibu bapa cutikan lagi, ada kat kampung lagi. Kita senyum jela. Biasalah, mesti ada ibu bapa yang risau lagi kan. 3 orang cikgu boleh handle lagi. Tengok nanti dah ramai, harap situasi terkawal dekat sekolah tabika ni.
Balik tu terus nad cakap dengan Fariza " macam mana sekolah, best tak?".. Kalau sebelum ni, memamg dia taknak jawab, atau malas jawab. Tapi haritu dia terus cerita tanpa berhenti " Fariza suka sekolah mommy. Fariza
Pergh.. Sebelum ni, kalau balik sekolah, aku selalu tanya bljar apa sekolah, itu ini, dan dia malas nak jawab, tapi harini, aku tanya, dia tak berhenti cakap.
Dia jawab " Fariza suka sekolah. Fariza suka belajar. Tadi fariza buat ABC. Cikgu tolong ambilkan buku, fariza mintak tolong cikgu raut pensel, Fariza lukis ABC, warna, Fariza suka sekolah, Fariza tadi basuh tangan kat sekolah. Cikgu kata ada kuman"..
Sampai masuk kereta, sampai balik rumah, " Fariza suka sekolah"..
Aku pulak happy tengok dia cerita.. Hahaa..Ni la dia Fariza Nafisah. Mommy dulu pun takut nak pergi sekolah. Bagus dia suka pergi sekolah, harap sampai besar ye awak suka sekolah.
Untuk Tabika Fariza, dalam seminggu dua kali je anak murid datang. Bermula minggu depan Rabu dan Khamis dia datang sekolah. Okla bergilir-gilir, asalkan dia dapat pergi sekolah. Lepas habis belajar, cikgu akan buat pembersihan kelas.
Takpe, biasakan anak-anak dengan norma baharu persekolahan. Kebersihan tetap jaga. Balik sekolah, sampai rumah terus mandikan dia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2020/07/norma-baharu-sekolah-ceria-fariza-dapat.html