Plat FD perlu tunggu 14 hari bekerja untuk diproses (memo kelulusan)
Berbeza dengan no plat FD, walaupun ianya baru dilancarkan pada 17 April 2021 untuk tender (bidaan), ia perlu tunggu 2 minggu sebelum mendapat memo kelulusan. Sebagai runner, saya masih tidak pasti alasan sebenar kenapa prosedur ini terkait dengan nombor plat FD.
Bidaan dipintas orang lain selepas tamat tempoh bidaan.
Selain itu, terdapat juga komen-komen dari rakan lain yang mengatakan telah berjaya membida nombor plat FD yang dikehendaki sebelum tamat tempoh bidaan iaitu jam 10 malam. Tetapi bidaannya dipintas oleh orang lain pada jam 11.59 malam. Masing-masing berasa pelik kenapa bidaan mereka boleh dipintas selepas tamat tempoh bidaan yang ditetapkan iaitu jam 10 malam. Dan sistem bidaan telah pun ditutup selepas 10 malam. Ianya masih misteri. Saya sendiri tak berani nak kata apa-apa berkaitan sistem ini.
Tempoh tempahan selepas tamat bidaan
Sepengetahuan saya, seminggu selepas tempoh bidaan tamat, nombor running lain (baki selepas bidaan) akan dibuka pada orang awam untuk tempahan. Setahu saya lah. Maaf kalau salah. Tapi untuk plat FD, ianya mengambil masa lebih dari 2 minggu sebelum boleh ditempah. Mungkin ini isu kecil yang boleh diterima dan tak perlu diperbesarkan.
Senarai Nombor disiarkan berperingkat.
Untuk plat FC, senarai untuk tempahan dikeluarkan dari 1 – 9999 untuk mana yang masih tersisa. Tetapi untuk no plat FD pihak JPJ mengeluarkan senarai secara berperingkat. Buat masa ini nombor yang disiarkan bermula 3 angka 2XX dan berakhir dengan siri 4XXX. Walaupun bagaimanapun, anda boleh Whatsapp saya di O1O6OO9966 untuk mengetahui senarai nombor terkini plat FD.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |