Journey Mengandungkan Adik Paling Mencabar Aepul Roza Leez Rosli Timang Cahaya Mata Lelaki
Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza dan isterinya, pelakon dan penyanyi, Leez Rosli selamat menimang cahaya mata kedua mereka semalam tepat jam 8.30 pagi.
Menerusi Instagramnya, Aepul menyampaikan perkhabaran gembira itu kepada seluruh pengikutnya di IG. Lengkap sepasang, pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki.
“My lady. Alhamdulillah @leezrosli_officialmy dah selamat melahirkan anak kedua kami, seorang bayi lelaki, jam 8.30 pagi tadi,” tulis Aepul ringkas.
Malah melalui satu entri berlainan, Aerul juga turut berkongsi sekeping gambar dengan memperlihatkan seraut wajah comel bayi lelaki yang baru dilahirkan. Comel sekali.
“Assalamualaikum. Welcome to the world, baby boy.
“I’ve got a new rocking partner,” kongsinya lagi.
Journey kehamilan yang mencabar
Dalam pada itu, menerusi Instagram isterinya, Leez turut memaklumkan hal yang sama malah merasa syukur dengan rezeki dikurniakan anak lelaki.
Kata Leez juga, perjalanan kehamilan anak keduanya ini adalah yang paling mencabar berbanding kehamilan terdahulunya. Namun dia lega bila semuanya dipermudahkan Alllah SWT.
“Alhamdulillah, amanah kedua dari Allah SWT untuk Umi dan Daddy. Sesungguhnya journey sepanjang mengandungkan adik adalah yang paling mencabar.. but we did it sayang!
“Nanti balik, adik jumpa Kakak Alisha okay. Dia dah lama tak sabar nak jumpa adik,” tulisnya berkongsi.
Leez juga sempat merakamkan penghargaan buat suaminya kerana sentiasa berada di sisinya dan memberinya kekuatan sepanjang detik melahirkan bayi kedua mereka.
“To My Man, @aepul.roza, tq sebab sentiasa ada di sisi hingga saat ini. Dah ready nak chaos with our two kids?21.04.21,” tulisnya di Instagram.
Terdahulu, Aepul dan Leez mendirikan rumah tangga pada 27 Disember 2014 dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Nur Safiyya Alisha yang kini berusia lima tahun.
Artikel berkaitan: Moga Yang Baik-Baik Sahaja Buat Kami Sekeluarga, Hamil 5 Bulan, Leez & Aepul Roza Bakal Timang Anak Kedua
**Nak menang hadiah menarik dari SSPN, boleh hantar penyertaan Cabaran RM10 mengikut kreativiti anak. Nak tahu lanjut boleh klik sini
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @aepul.roza & @leezrosli_officialmy
The post “Journey Mengandungkan Adik Paling Mencabar,” Aepul Roza & Leez Rosli Timang Cahaya Mata Lelaki! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/journey-mengandungkan-adik-paling-mencabar-aepul-roza-leez-rosli-timang-cahaya-mata-lelaki/