Nissan Ad Resort


Pertanyaan yang diajukan kadkahwinkosongartz said...assalamualakikum bro Mohd Afzainizam Ismail , nak tanya tentang NISSAN AD RESORT- -enjin yang sesuai untuk ditukar. -serta yang berkaitan tolong tanya kat member kesian pulak sebab asyik bertanya pada orang tak tau pasal keta ni he,he
Jawapan kami.. Terima kasih kadkahwinkosongartz kerana bertanya... Maaf agak lambat nak balas... Sejak dua menjak ni saya agak sibuk dengan pelbagai urusan kerja.. Tapi secara ringkasnya saya cuba berikan info macam kat bawah ni.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Nissan AD Resort (Y10)▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬***Ok back to point, Seperti kita tahu model Wagon Nissan AD Resort boleh dikatakan kereta serba guna, boleh buat race,boleh angkut barang dan yang penting sesuai untuk membawa penumpang yang bekeluarga sederhana.. kereta nya luas, kalau kita tengok pon di bahagian belakang memang besar dan boleh membawa barang-barang banyak..
Sejarah Nissan AD Resort Seperti biasa jika kita hendak mengetahui secara keseluruhan tentang Nissan AD Resort ni, seharusnya kita kenal dahulu susur galur sejarah keturunannya dahulu ( baru kita senang faham)..

Generasi Pertama Nissan AD van VB11 (1982)
Pada tahun 1982 Nissan mengeluarkan kereta berbentuk wagon dan ada yang panggil sebagai Nissan AD Van model VB11 kalau nak di ikutkan, asalnya kereta ni dua pintu depan dan hac liftback (3 dan 5 pintu wagon) ia mungkin kesinambungan dari Nissan Sunny B11.(bahagian depan banyak part-part sunny). berenjin carburetor 1.5 L (E15S) dan 1.3 L (E13S) dan 1.7 enjin diesel (LCD17).

Generasi kedua Y10 / N14 Wagon (1990)
Generasi kedua telah diperkenalkan dalam 1990-1995 melalui model Nissan AD Resort Y10 banyak perubahan-perubahan dilakukan lari dari bentuk yang hampir menyamai Nissan Sunny B11.. Enjin-enjin dari 1.3 L (GA13DS) 1.5 L (GA15DS) 1.6 (GA16DS ) dan DOHC dan 1.7 diesel (L CD17)


Pada tahun 1996 ianya telah di kenali sebagai Nissan Wingroad 5-door wagon dan 2-door pick-up dengan mengguna pakai model SR20DE (GA13DS), serta SR18DE (GA15DE).
Pada tahun 1992 keluar pula Nissan AD Max siap dengan satu ruang kargo mengangkat barang tak silap berbekal enjin 1.3 L (GA13DS) automatic transmission..

Pada tahun 1994 hingga 2001,Nissan AD van telah di keluarkan menggunakan platform Leone dimana ada banyak perubahan-perubahan dilakukan menggunakan enjin 1.3 L (GA13DE) dan 1.5 L (GA15DE) menggantikan GA13DS dan GA15DS untuk pengeluaran lebih baik prestasi. 2.0 enjin diesel L CD20 telah diperkenalkan dengan sistem ATTESA 4WD..

Generasi ketiga Y11/ N14 Wagon (1999)
Pada tahun 1999-2001, sekali lagi model Wingroad membuat satu penambah baikkan luar dalam... Yang ni dikatakan millenium edition menjadikan Nissan kacukan antara Nissan Bluebird dan Primera, berbekal enjin 1.5 L (QG15DE), 1.8 L (QG18DE) dan enjin 2.0 L (SR20VE), 2.0 L (QR20DE).1.8 L dengan versi 4WD.

Pada tahun 2002 hingga 2008 terdapat kerja sama dengan Mazda yang di ambil melalui model Mazda Familia.dan dinamakan Mazda Familia van Y11, berbekal enjin 2.2 L diesel (YD22), 1.3 L (QG13DE), 1.5 L (QG15DE) , dan 1.8 L (QG18DE dengan 4WD atau QG18DEN).. Kalau tak silap ni  full model bagi AD Resort California..


Generasi keempat Y12 Wagon (2006)
Pada tahun 2006 satu model baru telah dikeluarkan iaitu AD Wingroad (Y12) berkongsi platformnya dengan Nissan Sunny Nissan Tiida. berenjin 1.2 L (CR12DE) ,1.5 L (HR15DE), 1.6 L (HR16DE), 1.8 L (MR18DE )
_______________________________Modifikasi Enjin Ad Resort ***Sebenarnya saya tak berapa tahu dengan penukaran enjin Nissan AD Resort ni Kalau salah sila perbetulkan fakta tersebut..
Kebanyakan penggemar-penggemar kereta Nissan AD Resort banyak menukarkan enjin kerana menurut beberapa sumber boleh pakai,Nissan AD Resort dibuat berdasarkan kepada platform B13 oleh itu, kebanyakan part enjin boleh muat dan senang nak pasang .. Cuma penukaran enjin asal AD Resort kepada enjin lain perlu mengikut peraturan supaya boleh di approved JPJ dan juga tak kantoi kat PUSPAKOM tu.. Kalau nak di ikutkan penukaran enjin dari cc asal (1.6) max cc hanya boleh pergi cuma 1.8 sahaja... Kalau di tahap legal 25% upgrade  inspaction JPJ mungkin boleh lepas lahh.. Upgrade GA 16 DS kepada GA 16 DE
Bagi kereta-kereta Nissan AD Resort tahun 1990-1995, kebanyakan Y10 punya enjin asalnya menggunakan GA 16 DS (enjin GA nih guna karburator) ... Ada sestengah orang yang Upgrade dari kaburator ke injection contoh tukar kepada enjin GA16DE, dah cukup memadai… … Cuma kosnya lebih mahal jadinya.. kira belanja besor gak ler Kos head+injection set+MAF sensor , wiring, comp box, fuel pump dan tuning..
Menukar enjin kepada SR16
Ada jugak yang menukar enjin kepada SR16 dari model pulsar vzr-n1 dan lacino.. Menurut sesetengah makenik kereta kata boleh plug & play tanpa membuat sebarang pengubahsuaian terhadap 'mounting' dan kotak gear..


Enjin SR16 ni pula ada 2 jenis kalau tak silap SR16ve biasa head biru dan SR 16ve N1 head merah .. Kalau kita tengok kedua-dua enjin cc sama tapi kelebihan pada enjin SR 16ve N1 menghasilkan 200bhp lebih power berbeza dengan enjin SR16ve hanya 175bhp (atas kertas ajer)..yang bagusnya enjin jenis ni guna timing chain, jadi maintenace untuk enjin kurang lah...
Menukar enjin kepada enjin SR18
Ada jugak yang menukar enjin kepada enjin SR18... Pon dirasakan boleh terus plug & play tanpa kacau mounting sebab datang dari hafkat B13/N15/Y10 ..


Enjin SR18 nih kalau tak silap ada 2 jenis satu tak ada LSD dan satu jenis lagi siap ade LSD. Antara kedua jenis lebih kurang sama sama, cuma beza hanya pada final gear ratios je. Kalau tengok perbezaan power enjin SR18DE yang ada LSD menghasilkan 140bhp berbanding enjin SR18DE yang tak menggunakan LSD hanya sekitar 125bhp (atas kertas jer) Enjin ni pon pakai timing chain..
Menukar enjin kepada enjin CA18DE
Pilihan lain selain engine SR adalah enjin berkod CA. contohnya enjin CA18DE..

Tapi enjin CA18DE enjin klasik dah agak lama... Lagi satu benda yang tak best pasal pakai timing belt... kalau sistem guna timing belt mantenace nak kena jaga sikit...

Menukar enjin kepada enjin SR20DE
Nak pasang SR20DE memang power.. Kalau pasang pada Y10 boleh jugak, tapi kena edjust mounting dan juga masalah driveshaft. Sebabnya hafkat SR20DE banyak datang dari hafkat U12/PW10/P10, takleh terus plug & play..kena modifide sikit.... tapi enjin ni susah nak cari spare part..Ada beberapa jenis SR20 ni iaitu.. Enjin SR20DE (Bluebird, Silvia S14/S15) SR20Di, SR20DE, SR20De, SR20DET, SR20Ve... yang pastinya ramai pasang jenis enjin SR20DE tu jerrr...

Kalau nak masuk enjin dari cc asal terus ke 2.0 mungkin tak lepas approved JPJ.. tapi kalau kereta tu dah naik cc dari 1.8 ke 2.0 boleh lah.. banyak yang tukar enjin Y10 bernadikan 2.0 cc tapi mereka semua pasang SR20DE secara berperingkat...bukan naik mendadak yerr....baru tak ada problem ....
_______________________________
Modifikasi lain
Modifikasi pada kereta AD Resort agak unik sikit , oleh kerana bentuk kereta tersebut Wagon jadi segala modifikasi bumber, skirt,bonet, grill, lampu, part-part interior dan sebagainya kena ambil dari jenis wagon jugak supaya masih lagi menampakkan gaya originality…Ok korang tengoklah sendiri macam kat bawah...  tak boleh nak cerita panjang-panjang...





Compare dengan bonet California saiz lekuk dengan plate holder California, dengan stendet bonet Y10. Kalau sama, tebuk lubang jelah, pasang plate holder California kat bonet stendet Y10.

Kalau tak mau pasang Plate holder pada bonet boleh tutup dengan plate.. potong dan welding plate pastu tutup simen.


Side skirt B13 sekarang dah jadi terlalu limited ..side skirt ini dari halfcut model sentra B13.... side skirt ini perlu dipotong untuk dimasukkan ke AD Resort... Pastu pada pintu ramai yang tampal Lining California..
Spoiler shonan atau Spoiler WingRoad dari halfcut (sekali dengan tapak) diubahsuai dan dipasang...
Bonet pulsar direct swap tapi kena modifide tapak skru di panjangkan..Pastu kena masuk set bonet +fender +lampu+gril pulsar
Sekarang dah ada guna fibre .. Cuma nak tampal sama ada nak tebuk lubang atau terus tampal simen atas bonet lagi murah sikit
Kalau wingroad/millennium dan B13 mempunyai dashbord yang sama. dashbord b13 memang cun masuk AD Resort, tapi nak kena ada braket ler. Dashboard pulsar pula kalau dah tukar door trim california akan ada sikit masalah pasal panjang depan ke belakang dashbord pulsar panjang skit dari dashbord B13. Lurah dashbord kat door trim tak ngam. bila ko tutup pintu dashbord akan menekan door trim
sunroof nak pasang beli kat kedai potong... cari yg sama model... bumbung nih boleh bukak sebab ada revert cuma modify kat tempat rivet atau lain cara, kena potong bumbung lepas tuh sambung kat body... Ubah suai bumbung pasang sunroof kalau tak silap kena approved JPJ dulu kalau tak nak masalah kemudian hari..






Ok ni semua cuma sekadar nak bagi contoh jerr modifide yang boleh dilakukan..Nak cari part-part ni semua kena rajin cari kat halfcut.. dulu benda ni jadi alas pijak-pijak je kat kedai potong skarang ni banyak barang dah pupus agaknya... payah sangat nak cari...
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://firestartingautomobil.blogspot.com/2012/04/nissan-ad-resort-y10.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerja Kosong Pengurus Restoran Dan Penolong Pengurus Restoran Di Nexus Resort Karambunai

Kerja Kosong Pengurus Restoran Dan Penolong Pengurus Restoran Di Nexus Resort Karambunai

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 277 hits
Kerja Kosong Pengurus Restoran Dan Penolong Pengurus Restoran Di Nexus Resort Spa Karambunai kerja kosong ini sesuai untuk mereka yang minat bekerja dalam industri perhotelan khususnya dibidang penyediaan makanan Berikut kami senaraikan mak...
Travel To Melaka Get Free Tickets To Bayou Lagoon Park Resort

Travel To Melaka Get Free Tickets To Bayou Lagoon Park Resort

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 323 hits
BAYOU LAGOON PARK RESORTRemove yourself from the daily grind and grime of the city Escape with family and friends to Bayou Lagoon Park Resort Featuring a water park a business hotel a convention centre resort style service apartments and re...
Jerantut Hills Resort

Jerantut Hills Resort

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 162 hits
Assalammualaikum Semoga semuanya sihat selalu Lepas baby amani dah cukup 2 bulan Kami ada bawa anak anak pergi berjalan jalan ke jerantut hills resort Saja je nak bawa diaorang pergi mandi swimmming pool So aku pun booking la bilik siap sia...
Avani Sepang Goldcoast Resort Murah Dari Pasaran

Avani Sepang Goldcoast Resort Murah Dari Pasaran

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 224 hits
hai uolss PRICE LEBIH RENDAH DARI AGODA TRIVAGO HAH AVANI SEPANG SUPERIOR ROOM RM400 weekday RM430 weekend ph sh giler kau murah dari harga pasaran cepat inbox akak untuk lock tarikh wasap 0179143052 diyla avanisepangmurah pakejavanimurah i...
6 Kerja Kosong Di Kinabalu Pine Resort Kundasang Sabah

6 Kerja Kosong Di Kinabalu Pine Resort Kundasang Sabah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 303 hits
6 Kerja Kosong Di Kinabalu Pine Resort Kundasang Sabah dalam bulan Ogos 2018 Bagi anda yang minat mahu bekerja di tempat peranginan dalam bidang perhotelan mesti anda suka kerja kosong ini terkenal sebagai pusat peranginan dan penginapan ba...
Percutian Pendek Di Kalumpang Resort Training Centre

Percutian Pendek Di Kalumpang Resort Training Centre

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 396 hits
PERCUTIAN PENDEK DI KALUMPANG RESORT TRAINING CENTRE Lamanya tak share sini Cuti Deepavali baru ni cikla sekeluarga berpeluang pergi bercuti di Kalumpang Resort Training Centre atau KRTC Sebenarnya tak plan pun Senang cakap planning last mi...
36 Senarai Homestay Resort Chalet Pengkalan Balak Melaka Beserta Contact Number

36 Senarai Homestay Resort Chalet Pengkalan Balak Melaka Beserta Contact Number

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 554 hits
36 Senarai Homestay Resort Chalet Pengkalan Balak Melaka Beserta Contact Number Pengkalan Balak Melaka adalah satu satu pantai yang menjadi ramai pilihan untuk bermandi manda atau berkelah bagi yang tinggal di Selatan Semenanjung Bagi mama ...
Buffet Ramadhan 2019 Bangi Gold Resort

Buffet Ramadhan 2019 Bangi Gold Resort

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 178 hits
Buffet Ramadhan Murah Dan Sedap Area KLBANGI GOLF RESORT siapa tak kenal tempat paling popular untuk kita berbuka puasa di area KL atau Selangor ni kenapa sbb Bangi Golf Resort antara tempat iftar yang sangat win dengan menu menunya yang ME...
Kapas Coral Beach Resort Pulau Kapas

Kapas Coral Beach Resort Pulau Kapas

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 446 hits
Lokasi Kapas Coral Beach Resort Pulau Kapas Alamat Pulau Kapas Terengganu Waktu Operasi 3 00 petang 12 00 petang Kadar Sewa RM 225 00 Tarikh Lawatan 03 04 November 2021 Kapas Coral Beach Resort Pulau Kapas menjadi tempat menginapan di Pulau...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha

Pulau Besar Melaka Aktiviti Menarik Dan Lokasi