Nisfu Sya Ban 1443h 2022


Malam Nisfu Sya'ban 2022 jatuh pada waktu maghrib 17 Mac 2022 bersamaan dengan 15 Sya'ban 1443H. Bulan Sya'ban adalah salah satu bulan yang mempunyai banyak kebaikannya dimana kita dianjurkan untuk melakukan puasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan lain.

Maksud Nisfu Sya'banNisfu bermaksud separuh (Nisf). Jadi, Nisfu Sya'ban bermaksud separuh daripada Bulan Syaban, iaitu pada malam ke-15 Sya'ban. 
Malam Nisfu Sya'banMalam Nisfu Sya'ban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Pada Malam Nisfu Syaaban, hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan digantikan dengan buku catatan yang baru

Malam Nisfu Sya'ban juga dikenali sebagai malam pengampunan dari Allah untuk seluruh hamba- Nya

Nama lain Nisfu Sya'banLailatul Mubarakah (malam keberkatan)Lailatul Baraah (malam pelepasan)Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan)Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa)Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa)Lailatul Syafaah (malam syafaat)Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat)Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya
Keistimewaan malam Nisfu Sya'banBanyak kelebihan malam Nisfu Sya'ban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa

Malam Nisfu Syaban merupakan salah satu malam yang sangat istimewa selain malam Lailatul Qadar. Umat Islam dianjurkan untuk menghidupkan bulan Sya'ban dengan memperbanyakkan ibadah membaca Al-Aquran, beristighfar, bertaubat, berdoa, solat hajat dan menambah ibadah yang lainnya untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT



Pada bulan Sya'ban juga Allah SWT membuka pintu keampunan seluas-luasnya untuk Umat Islam memohon keampunan. Sesungguhnya berdoa pada malam nisfu Sya’ban adalah mustajab

Firman Allah SWT:

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا
Maksudnya: “Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun”. [Nuh:10]
Walaupun tiada amalan khusus untuk diamalkan pada malam Nisfu Sya'ban seperti yang dijelaskan oleh Datuk Dr.Zulkifli Mohamad Al -Bakri. Umat Islam dianjurkan untuk mengambil peluang untuk mengisi malam Nisfu Sya'ban dengan perbanyakkan amal ibadah

Terdapat beberapa amalan yang disarankan oleh para ulama bagi menghidupkan malam Nisfu Sya’ban, iaitu :
Amalan Nisfu Syaaban 1. Mendirikan solat sunat mutlakPada malam Nisfu Syaaban, kita dibolehkan mendirikan solat sunat mutlak.
Solat sunat mutlak ialah solat sunat semata-mata mengharapkan keredaan Allah SWT. Ia tidak ditentukan waktunya dan tidak ada had jumlah rakaatnya.

Cara mengerjakan solat sunat mutlak ini adalah sama seperti solat biasa.

Niatnya adalah seperti berikut:

أُصَلِّى صَلَاةَ السُّنَّةَ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat dua rakaat kerana Allah Taala”

Solat ini juga disebutkan oleh Imam Ibnu Taimiyah apabila diminta penjelasan tentang solat malam Nisfu Sya’ban. Lalu, beliau menyatakan:

إِذَا صَلَّى اْلإِنْسَانُ لَيْلَةَ النِّصْفِ وَحْدَهُ أَوْ فِيْ جَمَاعَةٍ خَاصَّةٍ كَمَا كَانَ يَفْعَلُ طَوَائِفُ مِنَ السَّلَفِ فَهُوَ حَسَنٌ. وَقَالَ فِيْ مَوْضِعٍ آخَرَ : وَأَمَّا لَيْلَةُ النِّصْفِ فَقَدْ رُوِيَ فِيْ فَضْلِهَا أَحَادِيْثُ وَآَثاَرٌ وَنُقِلَ عَنْ طَائِفَةٍ مِنَ السَّلَفِ أَنَّهُمْ كَانُوْا يُصَلُّوْنَ فِيْهَا فَصَلاَةُ الرَّجُلِ فِيْهَا وَحْدَهُ قَدْ تَقَدَّمَهُ فِيْهِ سَلَفٌ وَلَهُ فِيْهِ حُجَّةٌ فَلَا يُنْكَرُ مِثْلُ هَذَا

Maksudnya: “Apabila seseorang menunaikan solat pada malam Nisfu Sya’ban, sendirian atau bersama jamaah tertentu sebagaimana dikerjakan oleh banyak kelompok kaum salaf, maka hal itu baik.”

Di tempat lain, Ibn Taimiyah juga berkata:
“Adapun malam Nisfu Syaaban, telah diriwayatkan banyak hadis dan athar tentang keutamaannya dan telah dikutip dari sekelompok kaum salaf bahwa mereka menunaikan solat pada malam itu.

Jadi solat yang dilakukan oleh seseorang sendirinya pada malam tersebut, telah dilakukan sebelumnya oleh kaum salaf dan ia mempunya hujah, oleh karena itu hal seperti ini tidak boleh diingkari.

2. Memperbanyakkan doa dan munajatImam al-Syafie di dalam kitab al-Umm ada menyatakan tentang keistimewaan berdoa pada malam Nisfu Syaaban:

بَلَغَنَا أَنَّهُ كان يُقَالُ إنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ في خَمْسِ لَيَالٍ في لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَةِ الْأَضْحَى وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ وَأَوَّلِ لَيْلَةٍ من رَجَبٍ وَلَيْلَةِ النِّصْفِ من شَعْبَانَ
Maksudnya: “Telah sampai kepada kami bahawasanya selalu dikatakan bahawa permohonan akan dikabulkan pada lima malam, iaitu malam Jumaat, malam hari raya Aidil Adha, malam hari raya Aidil Fitri, awal malam di bulan Rejab dan malam Nisfu Sya’ban.”
Pada malam istimewa ini, ajaklah ahli keluarga untuk bersama mengambil peluang sebaiknya bagi memohon segala hajat yang diinginkan untuk kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

3. Menghidupkan malam dengan memperbanyakkan membaca Al-QuranOrang yang membaca al-Quran walau satu huruf akan diberikan ganjaran sepuluh kali ganda pahala. Sebagaimana hadis Nabi Muhammad SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ
Maksudnya : “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakan yang الم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”
(HR al-Tirmizi, bertaraf hasan)

Selain itu, Nabi Muhammad SAW bersabda:

اقْرَؤُوا القُرْآنَ فإنَّه يَأْتي يَومَ القِيامَةِ شَفِيعًا لأَصْحابِهِ
Maksudnya : “Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya pada hari kiamat ia datang memberi syafa’at kepada sahabat-sahabatnya (pembacanya). (HR Muslim 804)

Apabila menjelangnya Nisfu Sya’ban juga, terdapat amalan yang sering dilakukan secara tradisi sejak sekian lama dalam masyarakat kita. Sebagai contoh, amalan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali yang diniatkan untuk mendapat redha Allah, insyaAllah pahalanya juga berganda dengan banyaknya bacaan.

Menurut para ulama, tiada halangan untuk mengamalkannya selagi mana kita tidak menyandarkan amalan tersebut kepada hadis Nabi Muhammad SAW kerana tiada dalil khusus yang menyatakan tentangnya.

Namun begitu, kita dianjurkan untuk memperbanyakkan membaca al-Quran pada setiap masa, lebih-lebih lagi pada malam ini.

4. Memperbanyakkan Sayyidul Istighfar kepada AllahSayyidul istighfar merupakan penghulu kepada istighfar. Di dalamnya terkandung kalimah tauhid yang membesarkan Allah dan pembuktian kehambaan kita sebagai seorang hamba yang lemah dan hina. Daripada Syaddad bin Aus r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:

سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Maksudnya: “Sayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”
[Riwayat al-Bukhari]

5. Memperbanyakkan selawatDaripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)]

Dalam sebuah hadis yang lain diriwayatkan bahawa, para sahabat pernah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang bagaimana cara berselawat kepada Baginda.

Kemudian Baginda menjawab dengan mengatakan: “Katakanlah:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” (HR Bukhari dan Muslim)

6. Meminta dan memberi maafSepertimana Hadis Nabi SAW di atas, antara golongan yang tidak akan diampunkan Allah SWT adalah mereka yang bermusuhan.

Maka marilah sama-sama kita saling bermaafan, kerana sesungguhnya nilai keampunan Allah SWT jauh lebih tinggi daripada membesarkan ego dan emosi kita.

Hayati Firman Allah SWT dibawah, antara golongan yang akan dikurniakan Syurga :
“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan daripada Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.” (Surah Ali-Imran: ayat 133-134)

Sumber : Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan 
sumber 1 | sumber 2 | sumber 3



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/03/nisfu-syaban-1443h-2022.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Malam Nisfu Sya Ban

Doa Malam Nisfu Sya Ban

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 199 hits
Ya Allah kurniakan padaku kejayaan terbesar selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus Ya Allah masukkan aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman yang menerima kitab amal di tangan kanan kami Ya Allah kurniakan padaku kematia...
Malam Nisfu Sya Aban 17 Mac Dan 18 Mac 2022

Malam Nisfu Sya Aban 17 Mac Dan 18 Mac 2022

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 228 hits
MALAM NISFU SYA ABAN 17 MAC DAN 18 MAC 2022 Nisfu bermaksud separuh Nisfu Syaaban pula bermaksud separuh daripada Bulan Sya ban malam Nisfu Sya ban jatuh pada hari Khamis bersamaan 17 3 2022 bermula selepas Maghrib Malam Nisfu Syaaban merup...
Bulan Sya Ban Persiapan Menuju Ramadan

Bulan Sya Ban Persiapan Menuju Ramadan

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 182 hits
4 Mac 2022 bersamaan 1 Sya ban 1443H Maka berbaki 29 hari lagi persiapan menuju Ramadan yang bakal tiba 18 Mac 2022 hari Jumaat merupakan Malam Nisfu Syaaban mengikut kalendar Masihi Bulan Sya ban di antara bulan yang mempunyai beberapa kel...
Sambutan Hari Israk Mikraj 1443h 2022

Sambutan Hari Israk Mikraj 1443h 2022

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 242 hits
Selasa 1 Mac 2022 bersamaan 27 Rejab 1443H merupakan tarikh sambutan Israk Mikraj 2022 Malaysia Ringkasnya Hari Israk Mikraj merupakan peristiwa penting bagi umat Islam Hari Israk Mikraj disambut bagi memperingati peristiwa penting yang ber...
Khutbah Jumat Keutamaan Dan Amalan Bulan Sya Ban

Khutbah Jumat Keutamaan Dan Amalan Bulan Sya Ban

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 295 hits
Kini kita berada di bulan Sya ban 1443 hijriah Bulan yang kadang terlalaikan sebagaimana Sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam Karenanya khutbah Jumat Bulan Sya ban ini mengambil tema Keutamaan dan Amalan Bulan Sya ban Khutbah Pertam...
Langsung Awani Pagi Berita Tumpuan Kemas Kini Covid 19 04 Mac 2022

Langsung Awani Pagi Berita Tumpuan Kemas Kini Covid 19 04 Mac 2022

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 300 hits
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Asyraf Roslan dan Nursyazwani Saiful Sham dalam AWANIpagi 4 Mac 2022 Antara fokus berita pagi ini merangkumi Sokongan kuat untuk mandat vaksin di Malaysia Kajian Solat Tarawih dibena
Semakan Status Bkm 2022 Dan Tarikh Bayaran

Semakan Status Bkm 2022 Dan Tarikh Bayaran

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 606 hits
Bantuan Keluarga Malaysia diperkenalkan kerajaan untuk meringankan beban sara hidup dan buat rakyat berpendapatan rendah Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Keluarga Malaysia 2022 bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 Peneri...
Analisis Teknikal Eur Usd Untuk 03 Mac 2022

Analisis Teknikal Eur Usd Untuk 03 Mac 2022

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 182 hits
Gambaran keseluruhan Pasangan mata wang EUR USD terus bergerak ke bawah dari tahap 1 1170 pagi ini Kenaikan mesti ditetapkan di bawah kawasan 1 1170 untuk meneruskan aliran menaik dalam beberapa jam akan datang Hari ini tahap rintangan pert...
Buffet Ramadan 2022 Sajian Istana Nusantara Di Ummis Hijau Kasturi Dan Sambutan Hari Lahir Khai Artzfar

Buffet Ramadan 2022 Sajian Istana Nusantara Di Ummis Hijau Kasturi Dan Sambutan Hari Lahir Khai Artzfar

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 566 hits
Buffet Ramadan 2022 Sajian Istana Nusantara di Ummis Hijau Kasturi Dan Sambutan Hari Lahir Khai Artzfar Assalamualaikum semua Memandangkan tak lama lagi kita bakal bertemu dengan bulan ramadan macam biasa la sis akan kongsikan dengan uols l...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam

Lelaki Tendang Anak Kucing Hingga Mati

Ubat Kurus Merajai Tahun 2024 Bloomberg Xinhua

Lima Produk Apple Baru Bakal Muncul Awal 2025 Ini Yang Boleh Dijangkakan

Che Ta Tunggu Masa Sesuai Jelaskan Kenapa Dia Gagal Bayar Hutang Mara Yang Ramai Nak Tahu