Malam Nisfu Sya Aban 17 Mac Dan 18 Mac 2022
MALAM NISFU SYA’ABAN : 17 MAC DAN 18 MAC 2022. Nisfu bermaksud separuh. Nisfu Syaaban pula bermaksud separuh daripada Bulan Sya'ban, malam Nisfu Sya'ban jatuh pada hari Khamis bersamaan 17/3/2022 bermula selepas Maghrib. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas Lailatul Qadar. Malam Khamis ini jangan lepaskan peluang minta apa saja hajat kita.
Malam Nisfu Syaaban; Allah mendengar doa kita tanpa hijab, malaikat turun ke langit dunia. Mencari siapa yang banyak dosa, melihat siapa yang mohon rezeki, mendengar rintihan orang yang ditimpa musibah.
Malam Nisfu Sya'aban : 17 Mac dan 18 Mac 2022. Gambar kredit Google.
Oleh itu;
1- Siapa yang banyak dosa - minta ampun.
2- Siapa yang rezeki sempit - minta rezeki.
3- Siapa yang ditimpa musibah - mohon dipermudahkan urusan.
Kerana, pada malam itu Allah melihat dan mencari para pendosa yang mohon taubat. Kembalilah kepada Allah dalam keadaan sudah bertaubat dan Allah redha dengan kita.
Waktu akhir zaman byk kematian mengejut. Malam yang dikabulkan segala doa. Tawaran hebat pada mlm nisfu, diampunkan dosa walaupun sebanyak bulu-bulu dibadan kambing. Payahnya kita nak bertaubat sebab terbeban dengan banyaknya dosa.
Start maghrib petang 14 syaaban hingga subuh 15 syaaban. Bersamaan maghrib khamis 17 hb mac hingga subuh jumaat 18 hb Mac.
Malam Nisfu Sya'aban : 17 Mac dan 18 Mac 2022. Gambar kredit Google.
Untuk sahabat semua, MALAM NISFU SYA'BAN insha Allah akan jatuh mulai ba'da maghrib pada hari khamis 17 mac 2022, pada malam ke 15 bulan Sya'ban.
Dianjurkan :- Membaca SURAT YASSIN sebanyak tiga 3x.
a. Surat Yassin yang pertama dibaca untuk memohon panjang umur dan ketaatan/ketaqwaan serta dapat istiqomah kepada Allah SWT.b. Surat Yassin yang kedua dibaca untuk memohon diluaskan rezeki yang halal dan menolak bala.c. Surat Yassin yang ketiga dibaca untuk memohon ditetapkan Iman dan Islam sampai akhir hayat.- Berdoa secara KHUSYUK meminta apa-apa yang tersirat dalam hati, kerana Malam Nisfu Sya'ban adalah MALAM yang sangat IJABAH untuk dikabulkannya semua doa-doa dan hajat-hajat yang diinginkan.
Kelebihan malam nisfu Syaaban sebagaimana sabda Nabi saw,
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر.
Yang bermaksud, Rasulullah saw telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar.
(Riwayat Ibnu Majah)
Malam Nisfu Sya'ban adalah hari di mana buku catatan amalan orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Malam Nisfu Sya'aban : 17 Mac dan 18 Mac 2022. Gambar kredit Google.
Mengapakah malam Nisfu Sya'ban begitu istimewa?
Banyak kelebihan malam Nisfu Sya'ban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa. Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi ﷺ sebagai sunnah untuk diamalkan pada malam Nisfu Sya'ban.
Tetapi dalam masa yang sama, kita hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan beramal sebanyak-banyaknya.
Oleh itu, hidupkanlah malam Nisfu sya'ban dengan beribadah seperti solat sunat tasbih, membaca Al-Quran, berzikir, selawat, dan berdoa.
Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud:
“Apabila tiba pada malam Nisfu Sya'ban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadah) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah سبحانه و تعالى turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia.
Allah سبحانه و تعالى berfirman:“Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” - [Hadis Riwayat Ibnu Majah].
Kredit : Penulis asal
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2022/03/malam-nisfu-syaaban-17-mac-dan-18-mac.html