Semakan Status Bkm 2022 Dan Tarikh Bayaran
Bantuan Keluarga Malaysia ( BKM ) diperkenalkan kerajaan untuk meringankan beban sara hidup dan buat rakyat berpendapatan rendah.
Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022.
Penerima Bantuan Keluarga Malaysia ( BKM )
Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
i. Isi Rumaha) Kahwin; atau b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
ii. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangana) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; danb) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; danc) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
iii. Bujanga) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; danb) Had umur adalah 21-59 tahun; danc) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Semakan Status Permohonan BKM 2022
Semakan BKM boleh dilakukan di portal rasmi https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login
Jumlah Pembayaran BKM
Tarikh Pembayaran BKM
Bayaran BKM dibuat sebanyak 4 kali setahun. Pembayaran pertama dijangka akan dibuat bermula Mac 2022.
Kaedah Pembayaran BKM
Penerima yang mempunyai akaun bank
1. Berjaya Kredit
Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat
2. Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup)
Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM
3. Tiada Akaun Bank
Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM
Maklumat lanjut layari https://bkm.hasil.gov.my/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.zazaiman.com/2022/03/semakan-status-bkm-2022-dan-tarikh.html