Nilai 3 Akan Bangun Semula


SEREMBAN, 1 Ogos (Bernama) — Terdapat 750 premis di Pasar Borong Nilai 3, tetapi kurang separuh daripada jumlah itu yang beroperasi.
Difahamkan hanya 331 premis yang masih beroperasi dan itu bukanlah satu petanda baik bagi Nilai 3 – terletak kira-kira 28 kilometer (km) dari sini – sebuah pusat perniagaan yang dahulunya pernah dinobatkan dalam Malaysian Book of Records, sebagai Pusat Pemborong Terbesar di Malaysia.
Hari ini, di sekitar Nilai, Nilai 3 bukan lagi satu-satunya pusat beli-belah yang ada. Pertumbuhan pasar raya dan pusat beli-belah lain dikenal pasti sebagai antara faktor yang menyebabkan perniagaan di Nilai 3 semakin lembap.
Menurut Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Nilai (MPN) Datuk Zazali Salehudin, berdasarkan pemerhatian pihaknya, faktor utama yang menjejaskan kedatangan pengunjung ke Nilai 3 adalah kepelbagaian aktiviti perniagaan serta harga yang ditawarkan.
Kini terdapat beberapa tempat lain yang menjalankan perniagaan sama konsep dengan Nilai 3, malah menawarkan harga lebih rendah. Maka, keadaan itu menjadi persaingan antara pemborong yang menjalankan konsep perniagaan sama di tempat lain sebagai contoh di GM Klang, Plaza GM dan Kenanga Wholesale City (KWC), kedua-duanya di Kuala Lumpur.
“Selain itu, faktor kurangnya pusat tumpuan lain yang boleh dikunjungi oleh kalangan lelaki, kanak-kanak dan golongan muda, membuatkan pengunjung jemu untuk datang ke Nilai 3 kerana mereka hanya boleh membeli-belah sekadar apa yang ditawarkan sahaja.
“Bayangkan dalam satu keluarga yang datang ke Nilai 3, bukan semua nak beli-belah, ada yang nak berehat atau minum di kafe berhawa dingin, anak muda mencari lokasi untuk mereka beraktiviti, kanak-kanak pula akan mencari tempat permainan dan sebagainya tetapi semua ini tiada,” katanya ketika ditemui Bernama.
WAKTU OPERASI TIDAK KONSISTEN
Terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu pasar basah dan kering blok A hingga G; Sentral Bazaar (Kids Entertainment Vendor); Food Vendor; Bintang Walk Nilai 3; Suria Nilai 3 dan Bazar Sentral Nilai 3, bagaimanapun tidak semuanya beroperasi dengan sempurna. Malah ada antaranya kelihatan seperti kawasan tinggal yang terdapat barangan lama yang terbiar dan tidak diselenggara.
Dari segi perniagaan di Nilai 3, 50 peratus menjual permaidani dan langsir manakala selebihnya menjual pakaian, perabot, barangan perhiasan rumah dan industri ringan.
Nilai 3 dahulunya terkenal dengan keupayaan peniaga langsir menyiapkan jahitan langsir yang ditempah pelanggan dalam masa satu jam, meskipun harganya mencecah ribuan ringgit, namun keunikan itu adalah antara daya tarikan ke sana.
Tinjauan Bernama mendapati, masih ada premis yang belum dibuka pada 10 pagi dan difahamkan keadaan itu bukanlah sesuatu yang pelik kerana waktu dan hari operasi sesebuah premis sebenarnya bergantung kepada pemilik perniagaan berkenaan, tidak tertakluk dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Keadaan itu secara tidak langsung memberi kesan kepada pengunjung yang sampai di situ awal pagi yang akhirnya berasa tidak senang kerana tidak tahu waktu dan hari operasi premis yang hendak mereka kunjungi.
Bayangkan jika seseorang itu sudah melalui perjalanan kira-kira 290 km dari Johor Bahru, untuk sampai ke Nilai 3, tetapi banyak premis tidak beroperasi. Potensi untuk individu itu kembali semula ke sana mungkin agak mustahil.
Mengulas perkara ini, Zazali berkata tidak ada penetapan khusus waktu perniagaan di Pasar Borong Nilai 3 itu.
Selain itu, aktiviti mempromosikan Nilai 3 sebagai pusat pemborong terbesar di Malaysia semakin kelam, sama ada dari agensi kerajaan mahupun persatuan peniaga sendiri berbanding pada awal-awal kewujudan Nilai 3 dahulu. Oleh itu, pengunjung hanya datang ketika musim perayaan atau perkahwinan.
TAHAP KEBERSIHAN PENTING
Zazali berkata isu kebersihan adalah antara yang menjadi perhatian pihaknya. Pada 2014, MPN dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) melancarkan program zon sifar sampah di kawasan Nilai 3.
Tindakan tegas diambil ke atas mana-mana individu yang didapati membuang sampah secara haram. Tempat pembuangan sampah haram dibersihkan dan disita agar pembuangan sampah haram tidak berlaku lagi.
“Setakat 2018, sebanyak 528 tan sampah pukal dikutip dan dibuang ke tapak pelupusan sampah di Tanah Merah, Port Dickson. Sehingga kini, pemantauan berkala dijalankan oleh MPN dan SWCorp.
“Tahap kebersihan tandas awam turut menjadi keutamaan, di mana semua tandas awam MPN diaudit serta dinilai tahap kebersihan secara berkala bahkan seorang penyelia dilantik bagi melakukan pemantauan terhadap semua tandas yang diselenggara oleh MPN,” katanya sambil menambah bahawa seorang kakitangan ditempatkan di kawasan berkenaan bagi menjaga kebersihan tandas.
Dalam usaha mengekalkan tahap kebersihan kawasan Nilai 3, Zazali meminta agar para peniaga turut terlibat dalam aktiviti gotong-royong dan bukan hanya berharap kepada PBT semata-mata.
PERLU NAFAS BAHARU
Zazali menegaskan, Nilai 3 wajar distruktur semula dan diberikan nafas baharu mengikut kehendak masyarakat masa kini yang lebih memilih keselesaan berbanding terpaksa bersesak-sesak atau berpanas.
Menurut beliau, isu Nilai 3 turut diketengahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pelancongan MPN dan Majlis Perbandaran Seremban dan dibawa ke peringkat Jawatankuasa Pelancongan Negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.
“Menteri Besar meminta agar Nilai 3 ini dipulihkan. Hari ini pilihan sudah banyak, orang boleh pergi mana-mana tempat yang berhawa dingin untuk dapatkan barang seperti yang ada di Nilai 3. Keadaan Nilai 3 hanya menjual barangan yang lebih cenderung untuk golongan wanita agak tidak sesuai untuk seisi keluarga.
“Tarikan lain mesti ada, sebagai contoh tempat permainan kanak-kanak, pusat extreme game, kafe atau kedai makan yang lebih selesa, kedai makanan eksotik atau masakan negeri, kemudahan yang mesra bayi dan yang berkaitan,” katanya.
Waktu operasi juga perlu ditetapkan bagi memastikan setiap peniaga dapat menjalankan perniagaan mengikut waktu dan hari yang ditetapkan seperti peniaga di pasar raya besar di mana mereka tertakhluk dengan waktu dan hari operasi perniagaan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan pasar raya berkenaan.
Malah, Zazali berkata dalam usaha memberikan nafas baharu kepada Nilai 3 dan memastikan promosi Nilai 3 tidak bersifat bermusim, acara bulanan antara inisiatif yang perlu dilaksanakan.
BUKAN CAKAP KOSONG
Hari ini, pembangunan semula Nilai 3 bukan lagi satu ‘cakap-cakap kosong’ apabila perkara itu mendapat perhatian Menteri Besar sendiri.
Menteri Besar baru-baru ini mengumumkan Nilai 3 akan dibangunkan semula sebagai destinasi pelancongan utama di negeri ini dan usaha sedang dijalankan termasuk mendapatkan kerjasama sebuah syarikat tempatan untuk menjadi pemaju kepada pembangunan semula Nilai 3.
“Alhamdulillah perjanjian dengan pemaju untuk bangunkan kawasan tersebut sudah dimuktamadkan, saya difahamkan pemaju juga akan membawa beberapa pelabur untuk sama-sama membangunkan Nilai 3.
“Bukan itu sahaja, Nilai Square yang berada kira-kira 7 kilometer dari Nilai 3 juga akan turut dimajukan semula termasuk mewujudkan pasar malam dan trak makanan yang dibina daripada kabin atau kontena. Projek ini akan dilaksanakan oleh pihak swasta,” kata Zazali.
Antara produk baharu yang akan diperkenalkan di Nilai 3 dan daerah itu dijangka terus menjadi tempat tumpuan ramai.
Beliau berharap tahap kebersihan Nilai akan terus dijaga dan keindahannya dipelihara dalam usaha menyediakan Nilai bagi Tahun Melawat Malaysia 2020.
Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/08/01/nilai-3-akan-bangun-semula/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sudah Sampai Masa Nilai Semula Janji Manifesto Malaysia Baharu

Sudah Sampai Masa Nilai Semula Janji Manifesto Malaysia Baharu

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 358 hits
PH perlu untuk berterus terang dengan rakyat Malaysia dan mengakui jika ada sesetengah janji yang dibuat itu adalah hampir mustahil untuk dilaksanakan Kerajaan Pakatan Harapan diingatkan supaya menilai semula janji Malaysia Baharu dan manif...
Durian Kampung Di Jenamakan Semula Untuk Tambahan Nilai

Durian Kampung Di Jenamakan Semula Untuk Tambahan Nilai

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 204 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang bakal menjenamakan semula durian kampung di negeri ini dalam usaha mempopularkan buah tersebut agar mendapat harga lebih lumayan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri Datu...
Wong Tack Seru Rakyat Bersatu Dapatkan Semula Kerajaan

Wong Tack Seru Rakyat Bersatu Dapatkan Semula Kerajaan

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 219 hits
MALAYSIAKINI Ahli parlimen DAP Wong Tack menyeru rakyat bersatu dan berjuang untuk mendapatkan semula pemilikan kerajaan untuk membawanya ke arah yang betul Kata ahli parlimen Bentong itu apabila usaha untuk menyelesaikan sesuatu isu melalu...
Pasangan Mata Wang Usdjpy Ditarik Semula Ke Tahap 108 6 Ogos 2019

Pasangan Mata Wang Usdjpy Ditarik Semula Ke Tahap 108 6 Ogos 2019

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 264 hits
Pasangan mata wang USD JPY menuju ke arah tahap sokongan 105 50 Dolar AS kekal di bawah tekanan disebabkan kemungkinan penurunan kadar faedah pada masa hadapan Lebih lebih lagi ia melemah akibat laporan pekerjaan AS yang mengecewakan Bank p...
Isu Tulisan Khat Hanya Tekap Sambung Titik Tiru Semula Sahaja

Isu Tulisan Khat Hanya Tekap Sambung Titik Tiru Semula Sahaja

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 377 hits
Prof Dr S VijayaletchumyKUALA LUMPUR Tekap sambung titik pada huruf jawi dan tiru semula untuk dijadikan seni khat hanya itu yang perlu dilakukan oleh murid Tahun Empat termasuk di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan SJK Tamil apabila tulisan...
Lif Terhempas Kpkt Kaji Semula Sop

Lif Terhempas Kpkt Kaji Semula Sop

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 222 hits
Susulan kejadian lif di sebuah blok Projek Perumahan Rakyat yang terhempas semalam Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata kementeriannya akan mengkaji beberapa perkara termasuk meneliti semula Prosedur Operasi St...
Tiada Lagi Skim Bantuan Tanaman Semula Teresa Kok

Tiada Lagi Skim Bantuan Tanaman Semula Teresa Kok

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 210 hits
Kerajaan tidak akan melaksanakan kembali skim bantuan penanaman semula kepada pekebun kecil di negara ini kerana mahu bersikap adil kepada semua pihak Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim berkata skim itu dilihat hanya memberikan keleb...
Balai Bomba Pulau Pinang Berusia 111 Tahun Dijenama Semula Sebagai Hotspot Pelancongan

Balai Bomba Pulau Pinang Berusia 111 Tahun Dijenama Semula Sebagai Hotspot Pelancongan

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 756 hits
Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantaidi sini yang tercatat sebagai satu daripada jabatan bomba dan penyelamat tertua di Malaysia dan yang masih beroperasi telah berpatah semula kepada penggunaan papan tanda dengan reka bentuk berstruktur ...
Instagram Dan Whatsapp Dilaporkan Bakal Dijenamakan Semula Dengan Penambahan Jenama Facebook

Instagram Dan Whatsapp Dilaporkan Bakal Dijenamakan Semula Dengan Penambahan Jenama Facebook

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 266 hits
Instagram dan WhatsApp merupakan antara produk popular yang dimiliki oleh Facebook Ia masih beroperasi secara bebas pada hari ini dan kini ia dilaporkan yang mana Facebook ingin membuatkan orang ramai mengetahui kedua dua perkhidmatan berke...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah