Wong Tack Seru Rakyat Bersatu Dapatkan Semula Kerajaan


MALAYSIAKINI

   
Ahli parlimen DAP Wong Tack menyeru rakyat bersatu dan berjuang untuk "mendapatkan semula pemilikan kerajaan" untuk membawanya ke arah yang betul.

Kata ahli parlimen Bentong itu, apabila usaha untuk menyelesaikan sesuatu isu melalui saluran dalaman gagal, adalah penting bagi rakyat turut terlibat.

"Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah rakyat mesti berjumpa dengan ahli parlimendan ahli dewan undangan negeri masing-masing untuk menuntut mereka membuat pendirian dan bercakap mengenai Lynas," katanya kepada Malaysiakini petang ini.

"Kita tidak boleh menyalahkan kerajaan jika kita sendiri tidak mempunyai keberanian untuk bersuara. Rakyat juga mesti menjadi sebahagian daripada proses membuat keputusan. Kita memerlukan suara kolektif yang kuat.

"Dalam Malaysia baru, sesuatu keputusan, terutama yang akan memberi kesan buruk kepada kesejahteraan anak-anak dan persekitaran kita, tidak boleh hanya diserahkan kepada orang di atas," katanya.

Wong Tack juga menolak gesaan MCA yang mendesaknya untuk meletakkan jawatan selepas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa pembaharuan lesen operasi Lynas bergantung kepada rancangan syarikat itu untuk menangani sisa radioaktifnya.

Menurut Wong Tack, MCA tidak mempunyai kedudukan moral untuk membuat permintaan seperti itu.

"Kedua, adakah ini benar-benar apa yang rakyat mahu? Meminta semua orang yang mengambil pendirian untuk meletakkan jawatan? Bukankah ini akan mengakibatkan kerajaan hanya terdiri daripada 'pak turut'?

"Bukankah ini akan mewujudkan kerajaan yang terdiri daripada orang yang tidak bertanggungjawab yang akan mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahu?" katanya.

Tambahan pula, Wong berkata meletakkan jawatan bererti mengalah pada "propaganda musuh rakyat" yang menyebabkan rakyat bertindak terhadap melawan kepentingan sendiri.

"Kerana (mereka menyebabkan) rakyat menyerang pihak yang berjuang untuk melindungi kepentingan mereka," katanya.

Naib Presiden MCA Ti Lian Ker sebelum ini menggesa Wong Tack dan ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh untuk meletakkan jawatan, dengan mendakwa kedua-dua pemimpin itu menggunakan sentimen anti-Lynas untuk menang dalam pilihan raya umum lalu.

Ti berkata pilihan raya kecil perlu diadakan untuk kedua-dua kerusi yang disandang Wong Tack dan Fuziah untuk mengukur sokongan orang ramai terhadap kerajaan Pakatan Harapan memandangkan perkembangan baru berhubung isu Lynas.

Lesen Lynas untuk mengendalikan loji mereka di Gebeng, Pahang, akan tamat pada 2 September.

Bagaimanapun, Malaysiakini dimaklumkan bahawa lesen Lynas mungkin dilanjutkan selama enam bulan untuk membolehkan Lynas mengemukakan rancangan pelupusan sisa kilang mereka.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/wong-tack-seru-rakyat-bersatu-dapatkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Grab Potong Lebih Komisen Kerajaan Akan Ambil Tindakan Jika Gagal Bayar Semula

Grab Potong Lebih Komisen Kerajaan Akan Ambil Tindakan Jika Gagal Bayar Semula

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 397 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Rakyat Dah Betul Betul Bosan Dengan Kerajaan Pakatan Harapan

Rakyat Dah Betul Betul Bosan Dengan Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 679 hits
Tempoh kerajaan Pakatan Harapan ambil alih Putrajaya dah menjangkau 15 bulan atau hampir mencecah 450 hari Ini bermakna kalau Pakatan Harapan mahu menghabiskan pemerintahan sepenggal penuh sebelum bubarkan parlimen untuk diadakan Pilihanray...
Agong Mahu Kerajaan Ph Lebih Tangkas Tangani Masalah Rakyat

Agong Mahu Kerajaan Ph Lebih Tangkas Tangani Masalah Rakyat

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 341 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah memohon kerajaan supaya bertindak lebih proaktif bagi menyelesaikan masalah rakyat Baginda berkata perkara itu bagi memastikan setiap masyarakat dapat...
Ingat Import Sampah Kitar Semula Kerajaan Sri Lanka Terkejut Terima Kontena Berisi Sisa Mayat Dari Eropah

Ingat Import Sampah Kitar Semula Kerajaan Sri Lanka Terkejut Terima Kontena Berisi Sisa Mayat Dari Eropah

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 581 hits
Salah satu kejadian misteri telah berlaku di pelabuhan Colombo Sri Lanka apabila lebih 100 kontena yang diterima didapati turut diisi dengan sisa mayat iaitu organ manusia Kontena kontena yang diimport dari United Kingdom itu sepatutnya men...
Kerajaan Memperkenalkan Laman Web Belanjawan 2020 Untuk Memudahkan Rakyat Menyalurkan Cadangan

Kerajaan Memperkenalkan Laman Web Belanjawan 2020 Untuk Memudahkan Rakyat Menyalurkan Cadangan

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 273 hits
Rancangan Malaysia Ke 12 ataupun Belanjawan 2020 akan dibentangkan pada 11 Oktober 2019 Melalui pembentangan ini kerajaan akan memperkenalkan pelbagai inisiatif dan kemaskini kepada keadaan ekonomi negara dan cara cara bagaimana kerajaan ak...
Elaun Pelatih Kerajaan Diperkenalkan Semula

Elaun Pelatih Kerajaan Diperkenalkan Semula

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 297 hits
Skim pembayaran dinilai ikut kriteria yang ditetapkanPUTRAJAYA Kabinet hari ini bersetuju memperkenalkan semula pembayaran elaun kepada pelatih yang berkhidmat di bawah kerajaan kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Kew...
Lebih 100 000 Rakyat Malaysia Bersatu Pertahankan Tulisan Jawi

Lebih 100 000 Rakyat Malaysia Bersatu Pertahankan Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 744 hits
Angkatan Bersatu Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia menggesa rakyat Malaysia untuk menandatangani petisyen bagi mengharamkan Persekutuan Persatuan persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia Exco Armada Muzzammil Ismail berkata D...
Terima Barang Rosak Dari Portal Jualan Online Ini Caranya Untuk Dapatkan Semula Ganti Rugi

Terima Barang Rosak Dari Portal Jualan Online Ini Caranya Untuk Dapatkan Semula Ganti Rugi

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 435 hits
Selari dengan peredaran zaman ramai orang kini lebih gemar menggunakan medium atas talian untuk sebarang aktiviti jual beli Ini didorang oleh beberapa faktor antaranya kerana pembelian secara online ini akan lebih menjimatkan masa wang dan ...
Penduduk Buat Laporan Terhadap Wong Tack Pengerusi Smsl

Penduduk Buat Laporan Terhadap Wong Tack Pengerusi Smsl

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 224 hits
KUANTAN Penduduk kampung di Balok di sini hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Bentong Wong Tack dan Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas Tan Bun Teet berhubung isu kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd Ketua Kam...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Woit Modal Dah Habis Ke

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia

Penyanyi Malaysia Indonesia Bergabung Gegar Stadium Merdeka Januari Ini

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Pelantikan Marhamah Ibarat Pelempang Buat Amanah

Kuantan Pekan Road Closed After Flooding Thousands Of Motorists Affected

Loyalty