Kita semua sememangnya sudah mengetahui bahawasanya Tony Roma’s ini terkenal dengan menu stiknya. Namun kali ini, diselitkan unsur yang istimewa dalam menu mereka supaya hidangan ini dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
● Tuna (RM35.00 nett) – Jika anda peminat tuna, maka ini adalah hidangan yang sesuai untuk anda. 6 keping French loaf bersama Tuna dan keju Parmesan pastinya menambat deria rasa anda.
● Bruschetta Beef (RM35.00 nett) – Pilihan Bruschetta bersama daging ini akan meberikan rasa yang berbeza. Mengandungi 6 keping French loaf bersama timbunan daging, Ranch Beans dan keju Parmesan.
● Potato Chips and Dips (RM25.00 nett) – Sajian Potato Chips yng disajikan dengan dipping daging dan Ranch Beans yang akan menjentik selera anda bila menikmatinya.
Riblet Party (RM185.00 nett) –Ini adalah antara yang terbaik. Rib disusun mengikut bentuk gunung. Ianya terbaik dimakan dengan tangan kosong anda (tetapi jangan bimbang kerana sarung tangan akan disediakan). Hidangan ini mengandungi enam (6) daging lembu rafet yang sihat yang telah dipanggang dengan sempurna, dan disajikan dengan sos BBQ Original TR.
Festive Lamb Shoulder (RM185.00 nett) – Menu ini pula adalah untuk penggemar daging kambing seperti saya. Dengan kelembutan daging bahu kambing yang cair di dalam mulut, pastinya memberikan sensasi yang berbeza kepada anda. Ianya juga dihidangkan bersama brokoli segar.
Grilled Beef Steak (RM85.00 nett) – Kalau anda ke Tony Roma’s untuk stik, maka hidangan ini wajib anda pesan. Ianya disajikan bersama sos Dark Grape bersama Fire-Roasted Vegetables.
BBQ Spring Chicken (RM75.00 nett) – Buat peminat ayam pula, jangan bimbang kerana di sini terdapat juga menu ayam untuk anda. BBQ Spring Chicken di Tony Roma’s ini sememangnya lembut, berjus dan disajikan dengan kentang kecil yang dimasukkan ke dalam ayam. Ianya disajikan bersama TR’s Original BBQ Sauce, dan juga brokoli.
Tidak lupa juga menu minuman yang disajikan di sini. Kali ini Tony Roma’s menyajikan Peach Orange Colada, Pina Strawberry Swirl, Pina Mango Swirl dan Pina Colada. Setiap satu hidangan ini berharga RM20.79 nett.
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |