Nikmati Hidangan Eksklusif Sempena Krismas Dan Tahun Baru Di Concorde Hotel Shah Alam
Tinggal sebulan lebih sahaja kita nak melangkah ke tahun baru, 2020. Tapi, bukan setakat menyambut kedatangan tahun baru sahaja, kita juga bakal meraikan sambutan hari Krismas .Dah ada plan tak nak raikan di mana? Kalau belum, jom raikan sambutan tersebut di Concorde Hotel Shah Alam.
Sis sarankan korang makan-makan kat Concorde Hotel Shah Alam nie sebab menu-menu yang ditawarkan tu memang ‘tip top’. Dalam erti kata lain, confirm sedap! Untuk hidangan eksklusif sempena Krismas , ada 9 menu yang wajib korang cuba. Jom kita tengok apa menu-menunya yang menarik dan sedap tu
TQ Concorde Hotel Shah Alam atas undangan. Puas menikmati menu-menu sedapChristmas Eve & Chrismas Day Buffet Dinner
Bagi korang yang suka menikmati menu Barat, sis yakin korang akan berpuas hati.Rasa sikit-sikit dulu, mana yang sedap nanti ulang makan balik. Banyak kali pun tak apa.
Hahahaha… Antara menu yang korang boleh rasa, Whole Turkey with Black Pepper Sauce and Yorshire Pudding, Seared Tuna with Honey Wasabi, Cheese Selection, Asparagus Head Soup with Sour Cream. Ada banyak variety breads tau. Ada Christmas Fruit Cake, Chicken Roulade Tomato Concase dan banyak lagilah
Whole Turkey with Black Pepper Sauce and Yorshire Pudding
Banyak pilihan. Rambang mata jap!Untuk menu Hi-Tea pula, selain ada hidangan pembuka selera, main courses dan desserts, korang kena try Lamb Canneloni, Christmas Cookies dan lain-lain lagi. Oh, ya untuk lebih menikmati suasana meriah sempena sambutan Khrismas tu, pengunjung akan dibhuburkan dengan persembahan Batak Band.
Betul-betul membuka selera.Sedap!Harga Yang Ditawarkan
Untuk harga Christmas Eve Buffet Dinner pada 24 Disember harga yang ditawarkan RM120nett , bermula jam 7malam sehingga 10.30 malam. Tapi, kalau korang makan pada 25 Disember, harga akan jadi RM80nett sahaja.
Manakala untuk Hi-Tea pada Hari Krismas, 25 Disember 2019 ialah RM70nett. Harga buffet untuk tahun baru pada 31 Disember pula RM80nett (dewasa), bermula dari jam 7 malam sehingga 12.45 tengah malam. Untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun sehingga 12 tahun, dapatlah potongan diskaun sebanyak 50%. Okay, sangat-sangatlah kan…
Tak sah laaa kalau tak bergambar untuk kenang-kenanganSo, kalau rasa-rasa naik raikan sambutan Hari Krismas atau Tahun Baru di Melting Pot Café, Hotel Concorde Shah Alam, sebaiknya buat tempahan dulu.
Lagi senang, hubungi jer talian 03-5520 8000 ext 2210/2304
Lagi satu, jangan risau soal parking ok, sebab ruang parking banyak. Selamat menjamu selera
Sekian dulu, catatan sis kali ini. Jumpa lagi di catatan akan datang.
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2019/11/nikmati-hidangan-eksklusif-sempena.html