Nikmati Harga Tiket Baharu Di Kevc Mulai Esok




Ariffin mencuba aktiviti baharu di KEVC iaitu menyusukan gajah
HULU TERENGGANU, 30 Jun- Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir atau Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) memperkenalkan harga tiket baharu bermula 1 Julai ini kepada para pengunjungnya setelah lebih tiga bulan ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata ia merupakan satu langkah bagi mempromosikan KECV sebagai pusat perlindungan malah satu tarikan pelancongan di Tasik Kenyir.

"Harga tiket masuk akan dipecahkan kepada dua kategori iaitu warganegara (MyKad) dan bukan warganegara malah harga yang ditawarkan juga jauh lebih rendah dari tempat lain.

"Bagi warganegara harga tiket yang dikenakan hanya RM25 bagi pengunjung yang berumur 13 tahun keatas, dan percuma kepada bagi bayi yang berusia 11 bulan kebawah.

"Manakala bagi bukan warganegara pula pula dikenakan bayaran sebanyak RM50 berbanding RM100 sebelum ini," katanya kepada pemberita di sidang media sempena pengumuman tarikh operasi semula KECV dan kadar tiket baharu di sini, hari ini.


Jelasnya, ia juga akan beroperasi
mengikut  prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjaga keselamatan pengunjung.

"Walaupun terdapat dua aktiviti yang terpaksa dibatalkan iaitu pembentangan pendidikan gajah dan aktiviti menunggang gajah namun pengunjung berpeluang mencuba pengalaman baharu iaitu menyusukan anak gajah dengan bayaran yang cukup rendah.

"Bayaran ini akan disalurkan ke Tabung Pemuliharaan Gajah KECV untuk kos perubatan gajah,"ujarnya lagi.



Ariffin juga berkata industri pelancongan di Terengganu juga akan kembali rancak berdasarkan maklum balas positif yang diterima daripada pengusaha resort dan hotel selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP) dilaksanakan.

"Kita lihat kedatangan pelancong ke pulau-pulau peranginan meningkat terutama pada hujung minggu dan semoga KEVC menerima tempias ini,"katanya.



Sumber: teganukita.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/06/nikmati-harga-tiket-baharu-di-kevc.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syarikat Penerbangan Tidak Boleh Tawarkan Harga Tiket Yang Tinggi

Syarikat Penerbangan Tidak Boleh Tawarkan Harga Tiket Yang Tinggi

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 327 hits
Seperti kita semua tahu semenjak PKP ini harga tiket penerbangan sedikit mahal berbanding sebelum pendemik Covid 19 melanda negara Hal ini menyebabkan hasrat mereka yang ingin pulang ke kampung terutama yang hendak ke Sabah dan Sarawak dari...
Kelantan Benarkan Solat Jemaah Mulai Esok

Kelantan Benarkan Solat Jemaah Mulai Esok

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 372 hits
PERKHABARAN yang disambut baik oleh seluruh rakyat di Kelantan apabila mulai esok umat Islam di negeri pantai timur itu dibenarkan mengadakan solat Jumaat dan solat fardu secara berjemaah Selain itu rakyat negeri Kelantan juga dibenarkan me...
Senarai Harga Kereta Baharu Tanpa Cukai Jualan Inisiatif Penjana 2020

Senarai Harga Kereta Baharu Tanpa Cukai Jualan Inisiatif Penjana 2020

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 1052 hits
Harga kereta baharu selepas ditolak cukai jualan menerusi inisiatif PENJANA mula dikeluarkan oleh pihak pengeluar jenama kereta di Malaysia Ini membolehkan rakyat Malaysia mendapat tahu harga sebenar kereta baharu di Malaysia setelah ditola...
Sekolah Dibuka Mulai 15 Julai 2020 Dengan Norma Baharu

Sekolah Dibuka Mulai 15 Julai 2020 Dengan Norma Baharu

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 538 hits
Sekolah dibuka mulai 15 Julai 2020 dengan Norma Baharu Setelah beberapa bulan sekolah ditutup akhirnya kini dibuka kembali tetapi dengan norma yang baharu Umi The post appeared first on
Bayaran Kepada 181 000 Permohonan Rayuan Bpn Akan Dibuat Mulai Esok Tengku Zafrul

Bayaran Kepada 181 000 Permohonan Rayuan Bpn Akan Dibuat Mulai Esok Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 315 hits
Menerusi siaran langsung Laporan Laksana Ke 10 Pelaksanaan PRIHATIN dan PENJANA hari ini Menteri Kewangan Tengku Dato Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bahawa bayaran bagi permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional akan dibuat mulai...
Pkpp Buka Peluang Nikmati Pakej Pelancongan Taraf Kayangan Pada Harga Murah

Pkpp Buka Peluang Nikmati Pakej Pelancongan Taraf Kayangan Pada Harga Murah

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 337 hits
KUALA TERENGGANU Kelonggaran yang diberi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan masa yang tepat untuk bercuti dengan peluang merasai pakej pelancongan bertaraf kayangan pada harga murah Bukan itu sahaja pelancong juga berpeluang menda...
Covid 19 Enam Kes Dicatatkan Kluster Baharu Di Kidurong

Covid 19 Enam Kes Dicatatkan Kluster Baharu Di Kidurong

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 348 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes positif Covid 19 adalah 8 535 Foto oleh Shafwan ZaidonPUTRAJAYA 19 Jun Kes baharu Covid 19 di Malaysia hari ini kembali kepada satu angka membabitkan hanya enam jangk...
Fwd Takaful Pengendali Baharu Takaful Cuepacscare

Fwd Takaful Pengendali Baharu Takaful Cuepacscare

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 776 hits
FWD Takaful Pengendali baharu takaful Cuepacscare 12 Jun lepas tetiba ada posmen lalu depan rumah Ada dua bungkusan Yang satunya majalah langganan dari DBP dan yang kedua ni cam pelik sikit Bukak Nengok ada kad dan brosur dari Cuepacscare R...
Sane Tolak Tawaran Baharu City

Sane Tolak Tawaran Baharu City

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 332 hits
LEROY Sane dijangka meninggalkan Manchester City selepas dia menolak kontrak baharu kata pengurus kelab itu Pep Guardiola Pemain kebangsaan Jerman hanya memiliki 12 bulan perjanjian asal dan dikaitkan kuat menyertai Bayern Munich ketika bos...
7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu

Pasu Kosong

10 Amalan Berpahala Haji Dan Umrah

Percutian Ke Batam Indonesia

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders

Nahas Trak Fru Pemandu Lori Direman Empat Hari

Another Construction Site Ordered To Close In Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Al Fateh Tak Sihat

Mamee Chef Lontong Sedap Juga

Tri Suaka Kiw Kiw Cinta Chord

Kemaskini Pasaran Saham As Pada 14 Mei

This 1973 Harley Shovelhead Is Inspired By The Legendary Joe Petrali

Kepala Air Punca Tanda Kesan Dan Bahaya