Pkpp Buka Peluang Nikmati Pakej Pelancongan Taraf Kayangan Pada Harga Murah


Bernama

KUALA TERENGGANU: Kelonggaran yang diberi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masa yang tepat untuk bercuti dengan peluang merasai pakej pelancongan bertaraf “kayangan” pada harga murah.
Bukan itu sahaja, pelancong juga berpeluang mendapat pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 ke atas perbelanjaan melancong dalam negara sehingga 31 Dis 2021.
Rata-rata pelancong yang berkunjung ke Terengganu berkata inisiatif kerajaan dan kesediaan pemain industri memberi diskaun luar biasa mampu merancakkan kembali sektor pelancongan setelah negara terkesan dengan Covid-19.
Jamaliah Abd Rahman, 43, dari Selangor, berkunjung ke Terengganu bersama 3 rakannya bermula 12 Jun lalu dan membayar 2 bilik hotel pada kadar yang hampir sama dengan sebuah bilik sebelum ini.
“Bayangkan kalau dulu kena bayar 1 bilik pada harga lebih RM190 2 hari 1 malam, sekarang hanya RM95 sebilik bagi tempoh yang sama. Jika keadaan sebegini berterusan, negeri-negeri lain juga akan saya kunjungi.
“Ada juga rakan saya menginap di resort terkenal di sebuah pulau di sini, yang dahulunya berharga lebih RM1,700 semalaman kini boleh dapat diskaun sehingga 40%. Bukan itu sahaja…pakej itu juga termasuk makan dan minum serta aktiviti lain,” katanya yang ditemui Bernama baru-baru ini.
Sementara itu, para pengusaha hotel juga boleh menarik nafas lega dengan memanfaatkan sepenuhnya Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).
Pemilik Terrapuri Heritage Village, Alex Lee Yun Ping berkata keprihatinan kerajaan membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor pelancongan sudah tentu akan menyelamatkan perniagaan yang terjejas teruk.
Pelepasan cukai pendapatan individu adalah perancangan yang sangat baik dan semua pihak termasuk Jabatan Pelancongan serta kerajaan negeri perlu memainkan peranan bagi menggerakkan semula industri.
Meskipun begitu, Alex berkata pengusaha hotel bertaraf 4 dan 3 bintang tidak boleh terlalu ekstrim dalam memberi diskaun bagi mengelak merosakkan industri serta menyebabkan hotel bajet tertekan dan gagal beroperasi.
“Bayangkan bagaimana keadaan hotel bajet jika hotel ternama tetapkan harga hanya RM80 untuk semalam. Adakah hotel bajet perlu tetapkan RM40 sahaja sedangkan ia tidak akan cukup untuk membayar kos pekerja serta operasi.
“Saya berharap bantuan menerusi Penjana akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Ramai pengusaha yang sedang hadapi kesukaran,” katanya.
Bagi membantu sektor pelancongan, pembiayaan bernilai RM1 bilion akan disediakan untuk membiayai inisiatif transformasi oleh PKS agar terus berdaya maju dan berdaya saing dalam era normal baru.
Terrapuri Heritage Village, yang menyajikan penginapan dalam suasana kampung seperti zaman silam, turut tidak terkecuali memberikan pakej murah kepada pengunjung dan menurut Alex, pakej yang biasanya RM1,200 semalam kini hanya bermula pada kadar RM690 semalam.
Pengurus Besar Primula Beach Hotel, Suaibah Harun pula berkata kemudahan pembiayaan menerusi Penjana sememangnya meringankan beban pengusaha terutama dengan adanya pengecualian cukai perkhidmatan untuk hotel.
“Keadaan itu mengurangkan beban majikan untuk membayar cukai serta membolehkan kelangsungan perniagaan. Galakkan orang tempatan supaya melancong dalam negara juga mampu menambah pendapatan pengusaha.
“Paling penting ketika ini ialah supaya bisnes dapat bertahan dan menampung sedikit sebanyak gaji pekerja,” katanya ketika dihubungi Bernama.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/pkpp-buka-peluang-nikmati-pakej.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terengganu Buka Peluang Kepada Siswazah Jadi Petani Profesional

Terengganu Buka Peluang Kepada Siswazah Jadi Petani Profesional

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 221 hits
Dr Azman Oleh Hidayah Azlin SETIU 13 Jun Kerajaan Terengganu menerusi Jabatan Pertanian Negeri membuka peluang seluas luasnya kepada siswazah yang sedang mencari pekerjaan untuk menceburi bidang pertanian termasuk sebagai pencantum pokok pr...
Pengguna Boleh Nikmati Pakej My30 Mulai Isnin Ini Prasarana

Pengguna Boleh Nikmati Pakej My30 Mulai Isnin Ini Prasarana

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 308 hits
KUALA LUMPUR 12 Jun Pengguna MRT LRT monorel BRT dan bas henti henti Rapid KL bakal menikmati kemudahan kad perjalanan tanpa had My30 yang menawarkan perjalanan tanpa had RM30 untuk tempoh 30 hari bermula Isnin ini Ketua Pegawai Operasi
Ebit Lew Berhasrat Buka 10 Pasaraya Paling Murah Di Malaysia

Ebit Lew Berhasrat Buka 10 Pasaraya Paling Murah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 585 hits
Bila sebut tentang seseorang yang suka hulurkan bantuan tanpa mengira penat pasti kita akan terbayang seorang pendakwah bebas bernama Ebit Lew Rakyat Malaysia amat menyokong dan menyenangi apa yang dilakukan oleh Ebit Lew walaupun menghadap...
Terbukti Harga Minyak Tidak Menjadikan Barangan Lebih Murah

Terbukti Harga Minyak Tidak Menjadikan Barangan Lebih Murah

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 600 hits
Umum berasa ceria apabila mengetahui harga minyak menjadi semakin murah susulan beberapa kali harga minyak jatuh berbanding kadar harga tertinggi pada Mac 2020 lalu berpandukan kepada Brent Crude Oil Price yang menjunam kepada harga dibawah...
Terengganu Buka Semula Aktiviti Pelancongan Negeri

Terengganu Buka Semula Aktiviti Pelancongan Negeri

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 474 hits
KUALA TERENGGANU Kerajaan Terengganu akan membuka semula aktiviti dan lokasi pelancongan negeri ini secara berperingkat bagi menggerakkan semula sektor pelancongan Terengganu bermula hari ini Exco Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklum...
Analisis Btc Untuk 17 Jun 2020 Rintangan Utama Pada Harga 9 600 Sedang Bertahan Nantikan Peluang Menjual Dengan Sasaran

Analisis Btc Untuk 17 Jun 2020 Rintangan Utama Pada Harga 9 600 Sedang Bertahan Nantikan Peluang Menjual Dengan Sasaran

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 451 hits
Berita Pelabur Bitcoin nampaknya bimbang walaupun terdapat jangkaan penurunan semula kerana arah aliran menaik yang terbentuk selepas Mac kehilangan arah Analisis blockchain yang dimulakan Glassnode melaporkan bahawa jumlah alamat BTC yang ...
Rekomendasi Hp Android 2 Jutaan Tahun 2020 Harga Boleh Murah Tapi Kualitas Tetap Juara

Rekomendasi Hp Android 2 Jutaan Tahun 2020 Harga Boleh Murah Tapi Kualitas Tetap Juara

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 362 hits
HP sekarang tuh udah canggih canggih lo Guys dengan budget 2 jutaan aja udah bisa dapet yang kualitasnya oke
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital

Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi