Nike Lancar Kit 2020 2022 Jersi Baharu Harimau Malaya


Penyokong boleh dapatkan jersi baharu ini mulai hari ini (4 disember 2020) secara online di laman web http://Nike.com dan kedai terpilih di seluruh negara dengan harga RM299 sehelai.
RASMI: Jersi Baharu Skuad Kebangsaan Dilancarkan, Refleksi Budaya Ekspresif Dan Penghormatan Tradisi Harimau Malaya
Harimau Malaya kini kembali melaungkan kebangkitan dengan pelancaran jersi baharu skuad kebangsaan dari Nike dengan rekaan yang meraikan budaya serta evolusi pasukan bola sepak Malaysia. M eengekalkan warna tradisi disamping membawa rekaan moden yang menterjemahkan jersi kesayangan semua ini dengan aspek-aspek moden terkini.

Jersi home kekal dengan warna kuning ikonik,logo Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) didada, rekaan kolar yang anggun, outlining pattern dibahagian rusuk serta kembalinya lengan yang berwarna hitam.


Jersi away ini juga akan dipadankan dengan seluar serta stokin hitam bersama belang kuning.
Gabungan warna seluar hitam dan stokin kuning melengkapkan jersi keramat Harimau Malaya yang akan disarung oleh pemain-pemain diatas padang untuk membawa maruah skuad negara dipentas antarabangsa.

Mengambil inspirasi dari Jalur Gemilang, jersi away pula direka dengan warna hitam serta belang kuning yang memberi refleksi youthful energy dan budaya ekspresif pasukan kebangsaan sambil memberikan penghormatan kepada Harimau Malaya yang kaya dengan tradisi.



Para penyokong Harimau Malaya boleh mendapatkan jersi baharu 2020 ini mulai hari ini 4 Disember 2020 secara online di Nike.com dan kedai-kedai terpilih seluruh negara pada harga RM299 sehelai



SIARAN MEDIA: FAM, NIKE LANCAR JERSI BAHARU PASUKAN KEBANGSAAN MALAYSIA 2020-2022 S elepas setahun tanpa sebarang aksi, Harimau Malaya kini bersedia untuk kembali bangkit dengan pelancaran jersi baharu pasukan kebangsaan Malaysia edisi 2020-2022 daripada Nike yang menyaksikan buat pertama kalinya sejak 2007, jersi utama atau jersi 'home' tampil dengan reka bentuk berkolar.
 

Majlis pelancarannya, hari ini berlangsung secara maya menerusi video pengenalan jersi berkenaan yang disiarkan serentak di kesemua platform media sosial rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu di Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube.

Ia menampilkan 10 pemain kebangsaan terdiri daripada ketua pasukan - Aidil Zafuan Abd Radzak, Shahrul Saad, Syahmi Safari, La'Vere Corbin-Ong, Brendan Gan, Nor Azam Abdul Azih, Syamer Kutty Abba, Syafiq Ahmad, Shahrel Fikri Md Fauzi dan penjaga gol, Farizal Marlias serta penampilan istimewa ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Pelancaran jersi baharu kali ini pada awalnya dirancang untuk diadakan secara fizikal, namun terpaksa dilancarkan secara maya memandangkan situasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membabitkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor sejak 14 Oktober 2020 hingga 6 Disember 2020 ekoran penularan pandemik COVID-19.

Untuk itu, sebagai simbolik pelancaran jersi baharu ini, Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin menjadi individu pertama yang menerima kedua-dua jersi 'home' dan jersi 'away' Malaysia 2020-2022 daripada Ketua Pemasaran Sukan Nike Malaysia, Ernest Rodrigues di Wisma FAM, Kelana Jaya, pagi tadi.

Sejak Nike menaja jersi pasukan kebangsaan Malaysia, kesemua tujuh reka bentuk jersi 'home' sebelum ini iaitu pada 2007, 2008, 2010, 2012, 2014, 2016 dan 2018 adalah tidak berkolar, sekali gus kelainan baharu yang bakal diperagakan skuad Harimau Malaya bagi jersi edisi 2020-2022 ini.

Jersi kedua atau jersi 'away' Malaysia 2020-2022 turut menampilkan kelainan apabila buat pertama kalinya tiada warna biru, putih atau merah seperti kebiasaan sebelum ini.

Menurut Datuk Haji Hamidin, jersi 'home' yang baharu ini biarpun ringkas, namun tampak lebih kemas dengan reka bentuk berkolar manakala pemilihan warna baharu bagi jersi 'away' pula akan memastikan semangat Harimau Malaya kekal membara.

"Pasukan Harimau Malaya pasti akan lebih garang selepas ini kerana bukan saja jersi 'home', malah jersi 'away' juga menampilkan warna tradisi kita iaitu hitam dan kuning. Ini bermakna, dalam kesemua aksi pasukan kebangsaan nanti, semangat dan aura Harimau Malaya akan sentiasa bersama para pemain dan penyokong.

"Saya yakin apabila para pemain memakainya nanti, mereka akan mendapat semangat baharu untuk tampil dengan aksi yang lebih bertenaga di atas padang, seterusnya meraih lebih banyak kemenangan dan kejayaan buat pasukan Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

"Terima kasih juga kepada Nike yang masih terus bersama FAM dan Harimau Malaya sepanjang tempoh lebih 13 tahun ini (sejak 2007)," kata Datuk Haji Hamidin.

Jersi 'home' Malaysia 2020-2022 terus memelihara warisan dan evolusi pasukan bola sepak kebangsaan dengan mengekalkan warna tradisi kuning sambil digabungkan dengan reka bentuk moden supaya aspek-aspek moden ini dapat ditonjolkan.

Ketua Pemasaran Sukan Nike Malaysia, Ernest Rodrigues berkata: "Dengan mengekalkan logo FAM di bahagian sebelah kiri dada, warna kuning ikonik jersi 'home' ini dipadankan dengan kehadiran warna hitam pada tiga bahagian iaitu kolar, lengan dan garis corak terkini Nike di bahagian sisi bagi menampakkan lagi kekemasannya."

Sementara jersi 'away' Malaysia 2020-2022 pula tampil dengan warna hitam sebagai warna utamanya, diselangi lima jalur berwarna kuning di bahagian depan serta kolar bulat dan hujung lengannya juga berwarna kuning.

Reka bentuk berjalur pada jersi 'away' ini diinspirasikan daripada Jalur Gemilang (bendera Malaysia), namun kelainan yang ditampilkan ialah ia hanya menggabungkan warna hitam dan kuning, tanpa kehadiran warna biru, putih atau merah.

"Jersi 'away' ini mencerminkan semangat muda dan budaya ekspresif pasukan kebangsaan sambil pada masa yang sama untuk memberikan penghormatan kepada Harimau Malaya yang kaya dengan tradisinya," tambah Ernest.

Tampil sebagai salah seorang pemain terawal yang berpeluang menyarung jersi baharu ini, ketua pasukan Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abd Radzak pula berkata: "Warna kuning dan hitam yang terdapat pada kedua-dua jersi 'home' dan 'away' kali ini sudah tentu akan menyerlahkan lagi imej Harimau Malaya setiap kali kami turun beraksi nanti.

"Sebagai pemain, menjadi tugas kami untuk mencorakkan lagi jersi ini supaya ia akan nampak lebih garang dan menyerlah menerusi persembahan yang lebih bertenaga dan berkualiti tinggi bagi menghasilkan kejayaan buat Harimau Malaya.

"Besar harapan saya, jersi baharu ini akan menjadi saksi Malaysia layak ke Piala Asia 2023, menjuarai Piala Suzuki AFF 2020, meraih pingat emas Sukan SEA 2021 dan juga lain-lain kejayaan di kejohanan antarabangsa peringkat bawah umur serta bola sepak wanita, futsal dan bola sepak pantai sepanjang tempoh dua tahun ini."

Tanpa sebarang aksi sepanjang tahun 2020 ini, skuad Harimau Malaya yang kini di kedudukan 153 dunia dalam kemas kini terbaharu ranking FIFA akan kembali meneruskan saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang tertangguh sebelum ini pada Mac 2021 serta saingan Piala Suzuki AFF 2020 yang ditunda ke April dan Mei 2021.

 

Jersi baharu pasukan kebangsaan Malaysia 2020-2022 ini sudah boleh didapati mulai hari ini, 4 Disember 2020 di outlet Nike terpilih serta secara atas talian di www.nike.com/my dan www.al-ikhsan.com manakala penjualan secara fizikal di 24 outlet terpilih Al-Ikhsan Sports dan semua outlet Football Republic di seluruh negara pula akan bermula pada 11 Disember 2020 dengan jersi 'home' dan 'away' ini, masing-masing dijual pada harga RM299.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2020/12/nike-lancar-kit-2020-2022-jersi-baharu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jersi Baharu Harimau Malaya Edisi 2020 2022

Jersi Baharu Harimau Malaya Edisi 2020 2022

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 699 hits
Jersi Baharu skuad kebangsaan menampilkan rekaan berkolar selepas 13 tahun Nike Malaysia selaku pengeluar jersi bagi edisi 2020 2022 ini telah mengeluarkan rekaan ringkas bagi jersi utama dan away Dalam kenyataan rasmi rekaan jersi ini tamp...
Gambar Jersi Pasukan Bola Sepak Malaysia 2020 2022

Gambar Jersi Pasukan Bola Sepak Malaysia 2020 2022

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 503 hits
Gambar Jersi Pasukan Bola Sepak Malaysia 2020 2022 Selepas setahun tanpa sebarang aksi Harimau Malaya kini bersedia untuk kembali bangkit dengan pelancaran jersi baharu pasukan kebangsaan Malaysia edisi 2020 2022 daripada Nike yang menyaksi...
Rozaimi Tekad Mahu Kembali Sarung Jersi Harimau Malaya

Rozaimi Tekad Mahu Kembali Sarung Jersi Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 521 hits
Pemain dari Negeri Di Bawah Bayu itu sedang mempertimbangkan pasukan negeri kelahirannya musim depan Rozaimi buru minit permainan bersama pasukan baru Rozaimi Abdul Rahman mahu kembali ke pangkuan skuad negara selepas lima tahun menyepi di ...
Jana Pendapatan Pasif Tahun 2020 2021 2022 2023 2024 Bersama B4u Trades Investment

Jana Pendapatan Pasif Tahun 2020 2021 2022 2023 2024 Bersama B4u Trades Investment

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 330 hits
Jana Pendapatan Pasif Tahun 2020 2021 2022 2023 2024 Bersama B4U Trades Investment B4U Trades Investment adalah platform pelaburan untuk The post appeared first on
Wan Zack Haikal Saya Akan Kerja Keras Untuk Bersama Harimau Malaya

Wan Zack Haikal Saya Akan Kerja Keras Untuk Bersama Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 379 hits
Kali terakhir Wan Zack Haikal beraksi bersama skuad Harimau Malaya adalah pada tahun 2018 dan berjaya meledak satu gol ketika menang 7 0 ke atas Bhutan Mungkin antara sumbangan terbaik Wan Zack adalah ketika bersama sama Harimau Malaya mara...
B4u Global Merupakan Platform Investment Terbaik Malaysia 2020 2021 2022 2023 2024

B4u Global Merupakan Platform Investment Terbaik Malaysia 2020 2021 2022 2023 2024

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 441 hits
B4U Global Merupakan Platform Investment Terbaik Malaysia 2020 2021 2022 2023 2024 B4U Global merupakan company atau syarikat platform investment The post appeared first on
Piala Afc Format Baharu 2020 Bakal Menyusahkan

Piala Afc Format Baharu 2020 Bakal Menyusahkan

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 267 hits
Konfederasi Bola Sepak Asia bakal memperkenalkan format baharu untuk Kejohanan Bola Sepak Asia Format berkenaan iaitu bagi pertandingan divisyen dua peringkat Asia yang menyaksikan perlawanan peringkat kumpulan akan berlangsung di satu venu...
Bimbang Harimau Malaya Jadi Lauk

Bimbang Harimau Malaya Jadi Lauk

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 237 hits
loading Kuala Lumpur Saya ingat Cheng Hoe kena banyak sembahyang dan berdoa selepas ini Itu kata jurulatih berpengalaman B Sathianathan yang mengakui tugas sukar bakal dihadapi pengendali skuad Harimau Malaya Tan Cheng Hoe pada musim depan
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

10 Amazing Wordpress Design Resouces



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly

Mobile Friendly Free Money The Community Has You Covered

Pelajar Lelaki 14 Tahun Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa

Umur 7 Tahun Sudah Bergelar Tunangan Orang

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang