Gambar Jersi Pasukan Bola Sepak Malaysia 2020 2022


Gambar Jersi Pasukan Bola Sepak Malaysia 2020 2022. Selepas setahun tanpa sebarang aksi, Harimau Malaya kini bersedia untuk kembali bangkit dengan pelancaran jersi baharu pasukan kebangsaan Malaysia edisi 2020-2022 daripada Nike yang menyaksikan buat pertama kalinya sejak 2007, jersi utama atau jersi ‘home’ tampil dengan reka bentuk berkolar.
Gambar Jersi Pasukan Bola Sepak Malaysia 2020 2022 Majlis pelancarannya, hari ini berlangsung secara maya menerusi video pengenalan jersi berkenaan yang disiarkan serentak di kesemua platform media sosial rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu di Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube.
Ia menampilkan 10 pemain kebangsaan terdiri daripada ketua pasukan – Aidil Zafuan Abd Radzak, Shahrul Saad, Syahmi Safari, La’Vere Corbin-Ong, Brendan Gan, Nor Azam Abdul Azih, Syamer Kutty Abba, Syafiq Ahmad, Shahrel Fikri Md Fauzi dan penjaga gol, Farizal Marlias serta penampilan istimewa ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.
Pelancaran jersi baharu kali ini pada awalnya dirancang untuk diadakan secara fizikal, namun terpaksa dilancarkan secara maya memandangkan situasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membabitkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor sejak 14 Oktober 2020 hingga 6 Disember 2020 ekoran penularan pandemik COVID-19.
Untuk itu, sebagai simbolik pelancaran jersi baharu ini, Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin menjadi individu pertama yang menerima kedua-dua jersi ‘home’ dan jersi ‘away’ Malaysia 2020-2022 daripada Ketua Pemasaran Sukan Nike Malaysia, Ernest Rodrigues di Wisma FAM, Kelana Jaya, pagi tadi.
Sejak Nike menaja jersi pasukan kebangsaan Malaysia, kesemua tujuh reka bentuk jersi ‘home’ sebelum ini iaitu pada 2007, 2008, 2010, 2012, 2014, 2016 dan 2018 adalah tidak berkolar, sekali gus kelainan baharu yang bakal diperagakan skuad Harimau Malaya bagi jersi edisi 2020-2022 ini.
Jersi kedua atau jersi ‘away’ Malaysia 2020-2022 turut menampilkan kelainan apabila buat pertama kalinya tiada warna biru, putih atau merah seperti kebiasaan sebelum ini.
Menurut Datuk Haji Hamidin, jersi ‘home’ yang baharu ini biarpun ringkas, namun tampak lebih kemas dengan reka bentuk berkolar manakala pemilihan warna baharu bagi jersi ‘away’ pula akan memastikan semangat Harimau Malaya kekal membara.
“Pasukan Harimau Malaya pasti akan lebih garang selepas ini kerana bukan saja jersi ‘home’, malah jersi ‘away’ juga menampilkan warna tradisi kita iaitu hitam dan kuning. Ini bermakna, dalam kesemua aksi pasukan kebangsaan nanti, semangat dan aura Harimau Malaya akan sentiasa bersama para pemain dan penyokong.
“Saya yakin apabila para pemain memakainya nanti, mereka akan mendapat semangat baharu untuk tampil dengan aksi yang lebih bertenaga di atas padang, seterusnya meraih lebih banyak kemenangan dan kejayaan buat pasukan Harimau Malaya di pentas antarabangsa.
“Terima kasih juga kepada Nike yang masih terus bersama FAM dan Harimau Malaya sepanjang tempoh lebih 13 tahun ini (sejak 2007),” kata Datuk Haji Hamidin.
Jersi ‘home’ Malaysia 2020-2022 terus memelihara warisan dan evolusi pasukan bola sepak kebangsaan dengan mengekalkan warna tradisi kuning sambil digabungkan dengan reka bentuk moden supaya aspek-aspek moden ini dapat ditonjolkan.
Ketua Pemasaran Sukan Nike Malaysia, Ernest Rodrigues berkata: “Dengan mengekalkan logo FAM di bahagian sebelah kiri dada, warna kuning ikonik jersi ‘home’ ini dipadankan dengan kehadiran warna hitam pada tiga bahagian iaitu kolar, lengan dan garis corak terkini Nike di bahagian sisi bagi menampakkan lagi kekemasannya.”
Sementara jersi ‘away’ Malaysia 2020-2022 pula tampil dengan warna hitam sebagai warna utamanya, diselangi lima jalur berwarna kuning di bahagian depan serta kolar bulat dan hujung lengannya juga berwarna kuning.
Reka bentuk berjalur pada jersi ‘away’ ini diinspirasikan daripada Jalur Gemilang (bendera Malaysia), namun kelainan yang ditampilkan ialah ia hanya menggabungkan warna hitam dan kuning, tanpa kehadiran warna biru, putih atau merah.
“Jersi ‘away’ ini mencerminkan semangat muda dan budaya ekspresif pasukan kebangsaan sambil pada masa yang sama untuk memberikan penghormatan kepada Harimau Malaya yang kaya dengan tradisinya,” tambah Ernest.
Tampil sebagai salah seorang pemain terawal yang berpeluang menyarung jersi baharu ini, ketua pasukan Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abd Radzak pula berkata: “Warna kuning dan hitam yang terdapat pada kedua-dua jersi ‘home’ dan ‘away’ kali ini sudah tentu akan menyerlahkan lagi imej Harimau Malaya setiap kali kami turun beraksi nanti.
“Sebagai pemain, menjadi tugas kami untuk mencorakkan lagi jersi ini supaya ia akan nampak lebih garang dan menyerlah menerusi persembahan yang lebih bertenaga dan berkualiti tinggi bagi menghasilkan kejayaan buat Harimau Malaya.
“Besar harapan saya, jersi baharu ini akan menjadi saksi Malaysia layak ke Piala Asia 2023, menjuarai Piala Suzuki AFF 2020, meraih pingat emas Sukan SEA 2021 dan juga lain-lain kejayaan di kejohanan antarabangsa peringkat bawah umur serta bola sepak wanita, futsal dan bola sepak pantai sepanjang tempoh dua tahun ini.”
Tanpa sebarang aksi sepanjang tahun 2020 ini, skuad Harimau Malaya yang kini di kedudukan 153 dunia dalam kemas kini terbaharu ranking FIFA akan kembali meneruskan saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang tertangguh sebelum ini pada Mac 2021 serta saingan Piala Suzuki AFF 2020 yang ditunda ke April dan Mei 2021.
Jersi baharu pasukan kebangsaan Malaysia 2020-2022 ini sudah boleh didapati mulai hari ini, 4 Disember 2020 di outlet Nike terpilih serta secara atas talian di www.nike.com/my dan www.al-ikhsan.com manakala penjualan secara fizikal di 24 outlet terpilih Al-Ikhsan Sports dan semua outlet Football Republic di seluruh negara pula akan bermula pada 11 Disember 2020 dengan jersi ‘home’ dan ‘away’ ini, masing-masing dijual pada harga RM299. -Siaran Media FAM-


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaviralterkini.com/gambar-jersi-pasukan-bola-sepak-malaysia-2020-2022/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
B4u Global Merupakan Platform Investment Terbaik Malaysia 2020 2021 2022 2023 2024

B4u Global Merupakan Platform Investment Terbaik Malaysia 2020 2021 2022 2023 2024

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 441 hits
B4U Global Merupakan Platform Investment Terbaik Malaysia 2020 2021 2022 2023 2024 B4U Global merupakan company atau syarikat platform investment The post appeared first on
5 Pemain Bola Sepak Malaysia Paling Kaya

5 Pemain Bola Sepak Malaysia Paling Kaya

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 1188 hits
Pemain bola sepak Malaysia paling kaya Tidak dinafikan kerjaya sebagai pemain bola sepak Malaysia boleh menjanjikan gaji lumayan jika memiliki bakat luar biasa dan mampu bermain di peringkat tertinggi secara konsisten Sebelum revolusi bola ...
Klinik Bola Sepak Akar Umbi Iskandar Puteri 5 Disember 2020

Klinik Bola Sepak Akar Umbi Iskandar Puteri 5 Disember 2020

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 350 hits
Klinik Bola Sepak Akar Umbi Iskandar Puteri 5 Disember 2020 Terhad kepada 40 peserta terawal sahaja Pendaftaran PERCUMA Khas untuk kanak kanak berumur 10 hingga 12 tahun sahaja Tarikh 5 Disember 2020 Masa 3 00 petang 5 00 petang Tempat Pada...
Nike Lancar Kit 2020 2022 Jersi Baharu Harimau Malaya

Nike Lancar Kit 2020 2022 Jersi Baharu Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 854 hits
Penyokong boleh dapatkan jersi baharu ini mulai hari ini secara online di laman web http Nike com dan kedai terpilih di seluruh negara dengan harga RM299 sehelai RASMI Jersi Baharu Skuad Kebangsaan Dilancarkan Refleksi Budaya Ekspresif Dan ...
Jersi Baharu Harimau Malaya Edisi 2020 2022

Jersi Baharu Harimau Malaya Edisi 2020 2022

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 699 hits
Jersi Baharu skuad kebangsaan menampilkan rekaan berkolar selepas 13 tahun Nike Malaysia selaku pengeluar jersi bagi edisi 2020 2022 ini telah mengeluarkan rekaan ringkas bagi jersi utama dan away Dalam kenyataan rasmi rekaan jersi ini tamp...
Top 10 Filem Dan Drama Bersiri Di Netflix Yang Trending Di Malaysia 2 December 2020

Top 10 Filem Dan Drama Bersiri Di Netflix Yang Trending Di Malaysia 2 December 2020

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 456 hits
Top 10 Filem dan Drama Bersiri di Netflix yang trending di Malaysia Hai semua Untuk artikel kali ini saya nak kongsikan 10 Filem dan Drama bersiri di Netflix yang menarik perhatian penonton di Malaysia pada hari ini Jadi kalau korang tak ta...
Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik 2020 Di Malaysia

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik 2020 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 333 hits
No Ruj 11 20 08 20 Nov 2020 Embargo Untuk Siaran Segera Bank Negara Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik 2020 di Malaysia Duit syiling perin...
Diego Maradona Bintang Lagenda Bola Sepak Argentina Meninggal Dunia Dipercayai Akibat Serangan Jantung

Diego Maradona Bintang Lagenda Bola Sepak Argentina Meninggal Dunia Dipercayai Akibat Serangan Jantung

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 390 hits
DIEGO MARADONA MENINGGAL DUNIA DIPERCAYAI AKIBAT SERANGAN JANTUNGDiego Maradona meninggal dunia pada umur 60 tahun Bintang Lagenda Bola sepak Argentina ini meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di rumahnya di Buenos Aires Antar...
Perginya Lagenda Bola Sepak Dunia Diego Maradona

Perginya Lagenda Bola Sepak Dunia Diego Maradona

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 272 hits
Legenda bola sepak Diego Maradona salah satu pemain terhebat sepanjang masa telah meninggal dunia pada usia 60 tahun Bekas pemain tengah dan pengurus Argentina itu mengalami serangan jantung di rumah Buenos Aires Dia berjaya menjalani pembe...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Coretan Dari Tingkat 2 Wad 29 Katil 18 Hprz 2

Sambutan Birthday Ke 9 Nur Wardina Soffea

Puding Jagung Yang Sedap

Play88 Online Slots The Evolution Of Graphics And Sound Effects

Iltizam Anak Selangor Aka Anas Yawas Pengganti Tawas

Perkhidmatan Senarai Kiosk Kwsp