Nikah Itu Simbiosis Bukan Parasitisme Nukilan Kak Hana


AssalamualaikumBismillah
Kelmarin, entah macam mana terlalu kat wall sorang sahabat. Dia share video viral ceramah sorang ustaz pasal isteri di awal pernikahan VS beberapa tahun kemudian.
Masa awal nikah, rumah sentiasa kemas, bilik tidur wangi, cadar katil simetri, bantal pun susun selari, bantal peluk betul-betul centre kat tengah katil. Takda satu sampah pun atas lantai. Pintu almari tertutup rapi. Langsir dihias seimbang kanan dan kiri. Tingkap licin takda sebutir kotoran. Bawah bantal tersedia daun pandan. Fuh harumnya bau wangi-wangian

Isteri pun mekap comel-comel, tangan kaki berinai. Buku lali ada gelang loceng bunyi ting ting ting. Pakai pulak baju seksi. Rambut letak bunga-bungaan. Perfume sampai 15 jenis. Mata kening terkebil-kebil nak goda suami. Excited lah tok laki. Nak keluar gi mengail pun tak jadi



Sekarang dah 6 tahun nikah, semua dah berubah. Hilang sudah kecantikan si isteri. Dah tak wangi.  Dah jarang pakai baju seksi. Atas kepala dah takda bunga-bungaan menghiasi. Rumah pun dah start bersepah.  Bawah bantal dah takda daun pandan, yang ada taik kucing (gurau)

Ustaz kata, sebab tulah suami malas nak balik rumah. Sebab isteri dah tak pandai jaga suami. Gi main badminton, gi mengail, gi main dam 3-4 jam layan kawan-kawan lelaki lagi seronok. Cuba kalau isteri buat macam malam pertama. Comel, seksi, wangi, pastu menari pulak.  Fuh, kompom suami tak gi keluar dah. Melekat saja di rumah

Kak Hana faham ustaz hanya niat bergurau. Audience pun seronok dengar tak kira lelaki mahupun perempuan. Tapi, tiba-tiba hati rasa sebak. 
Allahu. Entah kenapa tersentuh sangat hati saya, ustaz. Pertama sekali saya minta maaf, bukanlah niat nak membela wanita. Cuma saya takut ramai lelaki salah faham, terutama yang belum nikah tu. Saya risau para lelaki semua masuk ke gerbang perkahwinan hanya harapkan kepuasan nafsu semata. Saya juga risau lelaki-lelaki berkahwin dengan mindset:
“Balik keja isteri kena tunggu depan pintu, siapkan air teh panas untuk aku”
“Isteri kena layan nafsu aku setiap hari”
“Senanglah lepas kawin nanti, dah tak payah susah-susah basuh baju, sidai kain, lipat baju. Uniform kerja pun ada orang gosokkan setiap malam, bolehlah bangun lewat skit”
“Untunglah lepas kawin nanti, hari-hari ada isteri masakkan. Bangun pagi pun breakfast dah tersedia, takdalah kena makan mamak dah pepagi”
“Bestnya lepas kawin, ada orang kemaskan rumah, lepas makan pun takyah basuh pinggan dah, isteri buat semua”
Seolah-olah pernikahan itu satu KESENANGAN untuk lelaki tapi KESUSAHAN untuk wanita. KEUNTUNGAN untuk lelaki tapi BEBANAN untuk wanita.Sedangkan si isteri kat rumah hari-hari macam medan perang. Dari celik mata sampai pejam mata semua benda dia urus seorang. Ustaz cuba bayangkan, mungkin situasi lepas 6 tahun kawin dah tak sama macam 6 hari pertama lepas kawin.
Lepas 6 tahun kawin, anak dah berderet ustaz, 4 orang rapat-rapat, selang 1-2 tahun sorang. Berdua-duaan dengan suami TAK SAMA DAN TAK AKAN SAMA dengan hidup dengan anak-anak kecik yang perlu diuruskan

Saya cuba explain ya

Anak yang 5 tahun & 3 tahun biasanya juara berkreativiti (baca: sepahkan rumah).  Jadi selalunya baru kemas rumah tak sampai 5 minit dah sepah semula, itu biasa. Baru habis mengemop dah ada yang terbabas kencing atas lantai, itu biasa

Anak yang 2 tahun dan 2 bulan pulak masih menyusu badan. Mungkin kain baju yang berbasuh tak sempat nak sidai, yang dah kering belum sempat nak lipat. Sebab selang 1-2 jam, si kecil 2 orang tu nak menyusu tandem kanan dan kiri. 
Mungkin juga dapur tak sebersih dulu, lantai tak sekilat dulu. Yelah, baru je nak kemas, empat-empat anak meraung berebut perhatian si ummi. Baru je nak sinsing lengan basuh pinggan, yang sulung terkencing pulak dalam seluar, yang kedua terberak, yang ketiga main kasar dengan adik, yang baby dah menangis sebab sakit

Sungguh tak sama, dah nikah 6 tahun dengan baru nikah 6 hari. Mandi pun kadang ala kadar, apatah lagi nak berseksi-seksi berwangi-wangi. Badan pun cuma mampu pakai "perfume" natural bau susu masam setiap hari

Anak bangun menyusu gilir-gilir sepanjang malam, kadang terlalu exhausted sampai tak terlayan kehendak suami. Nak ambil perancang, suami pula tak bagi. Kata cik abang, dapat baby tu kan rezeki. Lebih sadis kalau ditambah dengan BABY TUA yang bernama suami, tapi tak pandai urus diri sendiri, dan tak pula ringan tulang bantu isteri

Suami hanya tahu bila balik kerja, rumah kena tiptop. Makanan terhidang atas meja.  Anak-anak bersih dan wangi. Kain baju dah siap basuh dan berlipat rapi. Baju untuk esok dah siap gosok hari ini

Nak tolong basuh pinggan? Hello, tu tugas isteri. Nak sidai kain kat luar? Oh never, jiran kata aku kena queen control nanti. Nak basuh berak anak? Sori aku geli. Nak vacuum dan mop rumah? Jatuhlah maruahku sebagai suami. Nak lipat kain? Uii dayuslah aku macam ni

Jika begini, Janganlah harapkan layanan 5 star dari isteri. Kalau suami langsung tak bother nak bantu uruskan anak & rumah tangga sekali. Isteri itu pun manusia biasa. Bukan robot, bukan malaikat. Dia punya perasaan. Dia juga keletihan

Sedangkan Nabi pun uruskan dirinya sendiri, jahit baju sendiri, repair kasutnya sendiri, ringan tulang bantu isteri, angkatkan air dan perahkan sendiri susu kambing untuk santapan keluarganya. Nabi sangat berlembut terhadap isteri, jaga hati isteri, tak pernah tinggi suara apatah lagi maki hamun isteri. Dengan akhlak suami yang begitu mulia persis sang Nabi, selayaknya lah Nabi sebut, "Jika dibolehkan manusia sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan isteri sujud kepada suami" Suami sebegini memang layak dapat penghormatan dari isteri, bukan saja sebab suami tu bagi nafkah kat isteri, bukan saja sebab kedudukan (dan tanggungjawab) suami lebih tinggi, tapi juga sebab suami tu sendiri sangat muliakan isteri

Tapi sayang, hadith ni selalu disalahguna nak agungkan kedudukan lelaki sampai boleh buat isteri macam hamba, kerah isteri macam bibik sampai takda sikit pun tenaga yang tersisa


Kak Hana jumpa ramai sangat isteri yang berkorban sampai TERKORBAN

Terkorban kesihatan fizikal
Terkorban kewarasan mental sampai depresi
Terkorban kecantikan dan pengurusan diri
Terkorban ketenangan emosi
Terkorban amal ibadah fardhi

Saya hormat cara ustaz didik wanita islam untuk muliakan suami dalam hidup berumahtangga. Dan saya akui ada juga ceramah ustaz yang ingatkan suami supaya hargai isteri, ingatkan suami pada pengorbanan isteri. Terima kasih ustaz

Cuma yang ni, saya respon pada satu particular video tu saja

Just nak ajak sama-sama bermuhasabah.Bahawa perkahwinan memang SUSAH DAN BERAT bagi seorang isteri, TAPI JAUH LEBIH BERAT bagi seorang lelaki bergelar suami. Suatu TANGGUNGJAWAB BESAR yang menambah beban buat suami, bukan tempat membuang beban ke bahu isteri.Maaf lagi sekali, tulisan ni bukan berniat nak lebihkan wanita berbanding lelaki. Hanya reflection terutama untuk diri sendiri

Kak Hana tau, ramai suami-suami hebat yang tak kekok buat kerja rumah, tak kisah tukar lampin anak, ringan tulang lipat kain kemas rumah, walau di celah-celah kesibukan mencari nafkah, walau saban malam busy dengan urusan dakwah tarbiyah. Anda semua suami mithali, moga Allah berkati hidup tuan-tuan

Dan tabik spring juga untuk isteri yang banyak handle urusan anak-anak dan rumah sendiri, tanpa rehat, tanpa cuti. Anda semua memang ohsem, macam isteri & ibu dalam komik kat bawah ni. But please remain healthy, emotionally & physically💚 get help if you need it.
Terima kasih encik suami, mengemudi keluarga penuh santun. Moga Allah balas dengan sebaik-baik ganjaran

Nukilan Kak Hana, Bukan isteri sempurna
"Tulisan dan perkongsian ini ditulis sepenuhnya oleh Kak Hana. Semoga apa yang dikongsikan ini memberi manfaat buat kita semua"

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ciknurul23.blogspot.com/2019/02/nikah-itu-simbiosis-bukan-parasitisme.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Disebalik Surah Al Ikhlas Tersembunyi Siapa Itu Tuhan

Disebalik Surah Al Ikhlas Tersembunyi Siapa Itu Tuhan

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 534 hits
Surah al Ikhlas antara surah popular yang menjadi amalan dalam kehidupan Dibaca ketika solat dibaca ketika sebelum tidur dan ada yang mengamalkan tiga kali bacaan kerana ia seperti khatam 30 juzuk al Quran Daripada Abu Darda R A Rasulullah ...
Malaysia Dicoret Jadi Tuan Rumah Kejuaraan Dunia Karena Tolak Atlet Israel Mahathir Israel Itu Negara Penjahat

Malaysia Dicoret Jadi Tuan Rumah Kejuaraan Dunia Karena Tolak Atlet Israel Mahathir Israel Itu Negara Penjahat

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 363 hits
Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad menanggapi pencoretan negaranya sebagai tuan rumah kejuaraan renang difabel Komite Paralimpiade Internasional mengumumkan pencoretan setelah Malaysia menolak atlet Israel berlaga dalam Kejuaraan Dun...
Isu Yadim Dia Kan Melayu Islam Itu Bukan Masalah Besar Kata Lim Guan Eng

Isu Yadim Dia Kan Melayu Islam Itu Bukan Masalah Besar Kata Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 397 hits
Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh dari DAP Sheikh Omar Ali dalam Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia tidak sepatutnya menimbulkan kontroversi kerana beliau berbangsa Melayu dan beragama Islam Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata...
Disebabkan Melayu Itu Malas Punca Deb Gagal Tun M

Disebabkan Melayu Itu Malas Punca Deb Gagal Tun M

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 452 hits
SHAH ALAM Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kegagalan Dasar Ekonomi Baharu memajukan kaum Melayu adalah disebabkan kamu itu sendiri Dr Mahathir berkata DEB telah beri banyak peluang dan bantuan kepada Melayu tetapi tetap g...
Erick Thohir Tanggapi Bpn Prabowo Penegakan Hukum Itu Tidak Pandang Bulu

Erick Thohir Tanggapi Bpn Prabowo Penegakan Hukum Itu Tidak Pandang Bulu

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 202 hits
Ketua Tim Kampanye Nasional Jokowi Ma ruf Erick Thohir meminta dibedakan antara kasus hukum dengan kriminalisasi Sehingga tidak semua kasus hukum dipandang sama
Macam Nak Kata Mujahid Sheikh Omar Itu Iblis Pula

Macam Nak Kata Mujahid Sheikh Omar Itu Iblis Pula

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 338 hits
Ramai warga maya pimpinan politik dan golongan agamawan terlajak lidah kata unit komunikasi agama exco Kedah
Tudung Itu Mahal Harganya Di Akhir Zaman Pu Amin

Tudung Itu Mahal Harganya Di Akhir Zaman Pu Amin

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 282 hits
Menerusi Instagram Pencetus Ummah Amin meluahkan rasa kesal apabila banyak cerita yang tidak sedap didengar tentang wanita bertudung sejak kebelakangan ini PU The post appeared first on
Inspiratif Ibu 7 Anak Ini Dobrak Streotip Berkeluarga Bikin Cepat Tua 10 Foto Ini Bukti Awet Muda Itu Cuma Soal Usaha

Inspiratif Ibu 7 Anak Ini Dobrak Streotip Berkeluarga Bikin Cepat Tua 10 Foto Ini Bukti Awet Muda Itu Cuma Soal Usaha

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 328 hits
Jadi Mama kece dan awet muda itu bisa kok Asal rajin dan punya tekad kuat Intinya sih giat berusaha bukan cuma sibuk nyinyirin orang saja di media sosial
Jangan Paksa Anak Duduk Diam Itu Tandanya Anak Bijak Tujuh Deria Ini Perlu Dirangsang Supaya Anak Bijak

Jangan Paksa Anak Duduk Diam Itu Tandanya Anak Bijak Tujuh Deria Ini Perlu Dirangsang Supaya Anak Bijak

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 437 hits
Anak anak memang tak tahu penat sebab mereka dalam proses untuk membesar Tapi kadang kadang kita sebagai ibu bapa penat melayan perangai anak anak Dalam tak sedar kita sebagai ibu bapa terkasar dengan anak anak semata mata nak minta anak an...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba