Disebalik Surah Al Ikhlas Tersembunyi Siapa Itu Tuhan



Surah al-Ikhlas antara surah popular yang menjadi amalan dalam kehidupan. Dibaca ketika solat, dibaca ketika sebelum tidur dan ada yang mengamalkan tiga kali bacaan kerana ia seperti khatam 30 juzuk al-Quran. Daripada Abu Darda’ R.A, Rasulullah S.A.W pernah bertanya kepada para sahabat:
“Sanggupkah kalian membaca sepertiga al-Quran dalam semalam?” Lalu para sahabat bertanya, “Bagaimana caranya kita membaca sepertiga al-Quran? Lalu Nabi S.A.W menjelaskan, “Qul huwallahu ahad senilai sepertiga al-Quran.”
Hadis riwayat Imam Muslim
Surah al-Ikhlas hanya mempunyai empat ayat sahaja. Namun, isinya menjelaskan tentang tuhan iaitu Allah S.W.T dengan kalimah yang mudah difahami.
Surah ini diturunkan setelah Rasulullah S.A.W ditanya oleh kaum Quraisy (atau pendita Yahudi atau Nasrani), tentang Tuhan Baginda S.A.W. Lalu Allah menurunkan surah ini.
Allah Itu Maha Esa
“Katakanlah (Muhammad), “Dialah Allah, Yang Maha Esa.”
Surah al-Ikhlas 112:1
Allah Esa, Dia adalah tunggal. Tidak ada dua dan tidak ada tiga. Tiada tuhan melainkan Allah S.W.T. Tidak ada sekutu bagiNya. Tidak ada yang dapat menyamai dan sama denganNya.
Mustahillah jika Dia lebih daripada satu. Kalau Dia banyak dan mempunyai dua dan tiga, maka terbagilah kekuasaan-Nya. Jika begitu masing-masing mempunyai kekuasaan tersendiri. Ertinya masing-masing kurang berkuasa. Masing-masing memerlukan. Itu bukan sifat Allah. Allah itu satu. Hanya Dia satu-satunya. Allah jauh daripada sifat kelemahan.
Allah Adalah Segalanya
“Allah tempat meminta segala sesuatu.”
Surah al-Ikhlas 112:2
Segala sesuatu yang berada di bumi dan di langit adalah ciptaanNya. Dialah yang menciptakan segalanya.
Kerana itulah, Allahlah tempat segalanya bergantung harap padaNya. Dialah selayaknya tempat kita bergantung dan berlindung. Abu Hurairah R.A berkata:
“Erti Ash-Shamad ialah segala sesuatu memerlukan dan berkehendak kepada Allah S.W.T, berlindung kepadaNya; sedang Dia tidaklah berlindung kepada sesiapa jua pun.”
Husain bin Fadhal mengertikan:
“Dia berbuat apa yang Dia mahu, dan menetapkan apa yang Dia kehendaki.”
Allah Tiada Anak
“Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;”
Surah al-Ikhlas 112:3
Mustahil Dia beranak. Yang memerlukan anak hanyalah makhluk yang bernyawa yang menghendaki keturunan yang akan melanjutkan hidupnya. Kerana dengan keturunan itu bererti hidupnya akan bersambung. (Tafsir Al-Azhar)
Allah tidak mungkin beranak kerana Dia tidak mati dan tetap hidup selama-lamanya. Dan Allah juga tidak diperanakkan. Allah tidak mempunyai bapa dan tidak mempunyai ibu.
Jika Allah berbapa itu menunjukkan sifat Allah adalah lemah. Dia perlu patuh kepada bapaNya. Hal ini menyebabkan bapaNya pula lebih berkuasa. Itu bukan sifat Allah!
Allah Tidak Serupa Dengan MakhlukNya
“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”
Surah al-Ikhlas 112:4
Tidak ada yang sesiapapun yang sama dengan Allah. Manusia adalah makhluk. Allah adalah Tuhan. Manusia akan mati. Allah tidak akan mati.
Makhluk mempunyai kekurangan dan kelemahan. Allah tidak ada sebarang kekurangan dan kelemahan. Seluruh makhluk yang berada di atas muka bumi adalah tidak sama dengan Allah S.W.T.
Oleh itu, janganlah sewenang-wenangnya membuat satu kenyataan Allah adalah seperti benda itu, seperti benda ini. Segala kenyataan itu adalah salah. Apabila Allah sama dengan makhluk itu bukan Tuhan lagi namanya, itu sudah menjadi makhluk.
Kesimpulan
Sesungguhnya Surah al-Ikhlas telah memberi jawapan kepada yang mencari kebenaran. Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W. Dan Nabi Muhammad S.A.W telah menyampaikan kepada kita semua.
Sungguh beruntunglah kepada sesiapa yang bersahabat baik dengan al-Quran. Daripada Abu Umamah al-Bahili ra, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada golongannya.”
Hadis riwayat Imam Muslim
Akhirnya, apabila berfikir dengan akal yang waras pasti hati kita turut membenarkan. Sungguh benarlah Allah itu Maha Esa. Bayangkan jika sebuah negara ada dua orang Perdana Menteri? Apa akan terjadi?
Pasti akan tercetusnya masalah dan huru-hara. Masing-masing memberi pendapat dan atur cara yang berbeza.
Jika manusia boleh menjadi pancaroba mentadbir negara, bagaimana pula jika di dunia ini ada dua tuhan mentadbir seluruh dunia? Wallahu a’lam.
 
Sumber: tzkrh.com
The post Disebalik Surah Al Ikhlas Tersembunyi Siapa Itu Tuhan appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/disebalik-surah-al-ikhlas-tersembunyi-siapa-itu-tuhan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kongsi Hadis 3 Surah Al Ikhlas Menyamai Sepertiga Al Quran

Kongsi Hadis 3 Surah Al Ikhlas Menyamai Sepertiga Al Quran

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 353 hits
KONGSI HADIS 3 Surah Al Ikhlas Menyamai Sepertiga Al Quran Untuk Perkongsian hadis pada hari jumaat yang mulia ni umi nak cerita pasal Surah Al Ikhlas Umi tau sesiapa je tahu akan kebesaran Surah Al Ikhlas ni jika kita amalkan Terdapat satu...
Babak Bersentuhan Dengan Lelaki Itu Antara Saya Tuhan

Babak Bersentuhan Dengan Lelaki Itu Antara Saya Tuhan

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 317 hits
Baru saja melancarkan muzik video terbarunya Pujaan Hati beberapa hari lalu penyanyi Adira Suhaimi memberitahu dia bersedia menerima kecaman netizen berhubung babak The post appeared first on
22 Gambar Pertumbuhan Janin Dalam Perut Yang Menyentuh Kalbu Ah Kuasa Tuhan Sehebat Itu

22 Gambar Pertumbuhan Janin Dalam Perut Yang Menyentuh Kalbu Ah Kuasa Tuhan Sehebat Itu

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 367 hits
Saat ditanya soal bagaimana proses perkembangan janin dari awal pembuahan hingga melahirkan biasanya kita akan menanggapi dengan jawaban mendasar yang kurang mendalam proses pembuahan janin berkembang dalam perut lalu melahirkan Padahal pro...
Bacalah Surah Al Ikhlas Di 9 Waktu Ini Khasiatnya Menakjubkan Rileks Media

Bacalah Surah Al Ikhlas Di 9 Waktu Ini Khasiatnya Menakjubkan Rileks Media

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 407 hits
SURAH Al Ikhlas seperti surah surah yang lain juga memiliki banyak rahsia dan kebaikan yang terkandung di dalamnya Dinamakan surah Al Ikhlas kerana telah menyelamatkan orang yang membacanya dari kesu litan dunia akhirat dari kesulitan sa ka...
5 Alasan Logis Jadi Supermom Itu Sudah Nggak Zaman Ya Kali Mama Nggak Boleh Capek Sakit Dan Marah Juga

5 Alasan Logis Jadi Supermom Itu Sudah Nggak Zaman Ya Kali Mama Nggak Boleh Capek Sakit Dan Marah Juga

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 270 hits
Mom kewarasan diri itu lebih penting dari citra sempurna yang harus selalu ditunjukkan ke semua orang
Lelaki Mundar Mandir Tengok Ikan Niat Sebenar Lelaki Itu Buat Peniaga Tersentak

Lelaki Mundar Mandir Tengok Ikan Niat Sebenar Lelaki Itu Buat Peniaga Tersentak

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 353 hits
Setiap manusia pasti diuji oleh Allah Hal ini kerana ianya adalah lumrah kehidupan Tiada manusia yang hidup dimuka bumi ini tanpa diuji Namun begitu ujian yang diberikan adalah bergantung kepada tahap kemampuan seseorang Bersabarlah didalam...
Apa Itu Bebas Murni Seperti Yang Dipilih Ahok

Apa Itu Bebas Murni Seperti Yang Dipilih Ahok

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 267 hits
Ahok pernah mengungkapkan alasannya memilih bebas murni ketimbang bebas bersyarat
Setakat Berkali Kali Makan Angin Di Luar Negara Dan Ditanggung Rakyat Sepenuhnya Itu Yang Dikatakan Mahathir Kerja Kuat

Setakat Berkali Kali Makan Angin Di Luar Negara Dan Ditanggung Rakyat Sepenuhnya Itu Yang Dikatakan Mahathir Kerja Kuat

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 367 hits
Menteri Besar Johor Osman Sapian berkata penjawat awam sepatutnya bekerja kuat seperti Mahathir Katanya lagi apabila seseorang memilih untuk berkerjaya sebagai penjawat awam bererti mereka membuat pilihan untuk berkhidmat dan menabur bakti ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi