Nikah Guru Sendiri Beza Usia 26 Tahun Tak Halang Danial Jamilah Sulam Cinta


Muhammad Danial Ahmad Ali, 22, dan isteri, Jamilah Mohd, 48. - FOTO ihsan Muhammad Danial Ahmad Ali

KOTA TINGGI: Jarak usia 26 tahun bukan halangan untuk Muhammad Danial Ahmad Ali menyulam cinta dengan gurunya, Jamilah Mohd hingga ditakdirkan berumah tangga.

Muhammad Danial, 22, tidak menyangka akan terpikat dengan Jamilah, 48, hingga berani menyuntingnya sebagai isteri.

Bagaimanapun, takdir menentukan mereka menjadi suami isteri dan kisah pasangan berkenaan mendapat perhatian selepas Muhammad Danial berkongsi video pendek menunjukkan peralihan fasanya daripada seorang pelajar menjadi suami kepada Jamilah.

Muhammad Danial yang bekerja di syarikat air dan menetap di Felda Air Tawar 2, di sini, berkata, dia berkenalan dengan Jamilah ketika di Tingkatan Tiga, iaitu pada 2016 sewaktu isterinya ditugaskan mengajar subjek Bahasa Melayu.

Meskipun menyenangi keperibadian Jamilah, Muhammad Danial mengakui hubungan mereka ketika itu tidak lebih sekadar guru dan pelajar, tanpa ada perasaan terhadap satu sama lain.

Muhammad Danial dan Jamilah bernikah pada 25 November 2021. - FOTO ihsan Muhammad Danial Ahmad Ali


"Saya anggap dia (isteri) sebagai cikgu saja walaupun menyenangi sikapnya yang penyayang dan rapat dengan pelajar, tidak kira dari kelas depan mahupun belakang.

"Setahun juga isteri mengajar kelas saya, namun kami terputus hubungan selepas saya masuk ke Tingkatan Empat.

"Kami ada terserempak di bilik guru, saya ada menyapanya dan bertanya khabar, tetapi setakat itu saja," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Muhammad Danial, keinginan mengenali hati budi Jamilah mula ada selepas isterinya menghantar kiriman ucapan sempena ulang tahun kelahirannya ketika dia di Tingkatan Lima.

"Sejak itu, kami jadi rapat dan timbul perasaan sayang hingga saya berasa untuk cuba dekat dengannya.

"Pada satu hari, saya beranikan diri untuk luahkan perasaan, namun isteri tolak dengan alasan faktor dan statusnya sebagai guru.

"Akan tetapi, saya enggan berputus asa dan cuba cari jalan dengan menghubungi dan menghantar kiriman WhatsApp hingga pada satu hari, dia tidak mengangkat panggilan serta membalas mesej saya.

"Tindakannya yang mendiamkan diri itu membuatkan saya nekad ke kawasan perumahannya walaupun tidak tahu lokasi yang tepat. Ditakdirkan saya jumpa rumahnya, kemudian terus datang serta berterus terang dengannya," katanya.

Menurutnya, Jamilah masih menolak untuk menjalin hubungan serius dengannya ketika itu kerana tidak yakin sejauh mana ia akan bertahan.

"Saya tak mengalah dan cuba memujuknya hingga dia lembut dan terima saya. Sejak awal lagi, saya sudah berterus terang dengan keluarga dan Alhamdulillah, kedua belah pihak beri restu serta tidak menghalang.

"Berkat restu mereka, kami sepakat untuk berkahwin dan perancangan awalnya (kahwin) pada 2019 kemudian 2020, tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka tarikh pernikahan ditangguhkan ke 25 November 2021.

"Kami nikah di Masjid Jamek Bandar Kota Tinggi dan ada buat majlis persandingan, cuma kecil-kecilan saja dengan menjemput keluarga serta kenalan terdekat," katanya yang merahsiakan hubungan daripada rakan sekolah hingga ramai terkejut dengan perkahwinannya.

Muhammad Danial bersyukur kerana dikurniakan jodoh pada usia muda walaupun dapat pasangan lebih berusia.

Katanya, usia hanya angka dan dia akan cuba sehabis baik untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami.

"Syukur Allah permudahkan setiap urusan saya dari awal sampai sah menjadi suami. Banyak lagi yang saya perlu belajar dan saya berasa bertuah kerana isteri banyak membantu memberi nasihat.

"Malah kami sering bertukar pandangan bagi memastikan rumah tangga kekal harmoni," katanya yang terkejut selepas video dimuat naik di TikTok meraih tontonan tinggi hingga tular di laman sosial.

Sementara itu, Jamilah berkata, sejak berpisah dengan bekas suaminya pada 2007, fokusnya hanya untuk bekerja dan tidak menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki atau terfikir mencari pengganti.

"Memang ada yang nak kenal, tetapi saya tak mahu, malah puas saya tolak dan jauhkan diri daripada suami sekarang selepas dia meluahkan perasaannya. Bagaimanapun, saya tak dapat elak kerana Allah sudah tetapkan dia jodoh saya.

"Suami datang dengan keyakinan dan orangnya bersungguh malah tidak rahsiakan hubungan kami dengan keluarganya. Jadi itu antara sebab saya terima juga lamarannya," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/05/nikah-guru-sendiri-beza-usia-26-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
26 Tahun Jarak Usia Danial Kata Itu Hanya Angka Tertarik Dengan Sikap Penyayang Cikgu Jamaliah

26 Tahun Jarak Usia Danial Kata Itu Hanya Angka Tertarik Dengan Sikap Penyayang Cikgu Jamaliah

papar berkaitan - pada 5/5/2023 - jumlah : 287 hits
Status dan usia bukan penghalang bagi pasangan untuk menyulam cinta seterusnya ke gerbang perkahwinan Muhammad Danial Ahmad Ali 22 membuktikan cinta tidak mengenal usia dan dia sendiri tidak menyangka akan terpikat dengan Jamilah 48 yang ju...
Anak Sendiri Deal Dengan Staff Kedai Emas Budak 9 Tahun Hadiahkan Cincin Emas Buat Ibu Undang Reaksi Netizen

Anak Sendiri Deal Dengan Staff Kedai Emas Budak 9 Tahun Hadiahkan Cincin Emas Buat Ibu Undang Reaksi Netizen

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 217 hits
Anak sendiri deal dengan staff kedai emas budak 9 tahun hadiahkan cincin emas buat ibu undang reaksi netizen Sejak kebelakangan ini kita seringkali mendengar dan melihat para ibu sibuk memuat naik video duit raya yang diterima oleh anak ana...
Lucu 6 Anak Artis Ini Sudah Menginjak Usia 1 Tahun Tingkahnya Makin Gemesin

Lucu 6 Anak Artis Ini Sudah Menginjak Usia 1 Tahun Tingkahnya Makin Gemesin

papar berkaitan - pada 24/4/2023 - jumlah : 274 hits
Momen ulang tahun menjadi momen yang ditunggu bagi setiap orang Apalagi momen ulang tahun yang pertama Sederet anak artis ini merayakan momen ulang tahun yang pertama Di usianya yang menginjak 1 tahun potretnya makin mencuri perhatian Potre...
Permohonan Jawatan Guru Dibuka Pelbagai Negeri Tahun 2023

Permohonan Jawatan Guru Dibuka Pelbagai Negeri Tahun 2023

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 332 hits
Permohonan Jawatan Guru Dibuka Pelbagai Negeri Tahun 2023 Terkini Permohonan Guru Seluruh Negara telah membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan Mohon untuk baca dan fahami dengan teliti kehe...
Tahun Pertama Belajar Buat Ketupat Palas Sendiri

Tahun Pertama Belajar Buat Ketupat Palas Sendiri

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 357 hits
Assalamualaikum Cerita raya tahun ni tak banyak sangat sebab sambutan dia macam biasa jer Nak kata meriah tak meriah sangat la Mana taknya tahun ni belum sempat pakai baju raya rumah dah kena serbu Haha Mandi pun belum ko Busy punya pasal n...
Raja Funfair Sudah Tiada Mael Xpdc Meninggal Dunia Pada Usia 55 Tahun

Raja Funfair Sudah Tiada Mael Xpdc Meninggal Dunia Pada Usia 55 Tahun

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 393 hits
Vokalis kumpulan XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Muar sekitar jam 9 30 malam hari ini Berita duka tersebut telah disahkan anak perempuannya Sharifah Irfatasha menerusi satu kiriman teks m...
Bersemut Tengok Suami Sambut Ulangtahun Perkahwinan Almy Nadia Alhamdulillah Genap Usia Perkahwinan Yang Ke 9 Tahun

Bersemut Tengok Suami Sambut Ulangtahun Perkahwinan Almy Nadia Alhamdulillah Genap Usia Perkahwinan Yang Ke 9 Tahun

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 482 hits
Pelakon filem Dunia Baru The Movie sekitar tahun 2008 iaitu Datin Almy Nadia sentiasa positif dan ceria dalam membesarkan empat orang cahaya mata Figura yang suka tersenyum ini sentiasa disenangi oleh orang ramai Tanggal 26 April lalu telah...
Menghasut Orang Bab Kwsp Tapi Bab Pekerja Dia Sendiri Pun Tak Tahu Jaga

Menghasut Orang Bab Kwsp Tapi Bab Pekerja Dia Sendiri Pun Tak Tahu Jaga

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 313 hits
Haah kan Kemain dia hasut rakyat suruh tuntut pengeluaran KWSP Rupanya pekerja PAS guru guru di PASTI tak dibayar KWSP pun selama ni Memang pemeras betul la Habis cikgu PASTI kena buli dek PAS Tapi bab menghasut rakyat macam dia baik sangat...
Macam Ibu Anak Beza 26 Tahun Babak Panas Kim Seohyung Lee Siwoo Dalam Pale Moon Dikecam

Macam Ibu Anak Beza 26 Tahun Babak Panas Kim Seohyung Lee Siwoo Dalam Pale Moon Dikecam

papar berkaitan - pada 5/5/2023 - jumlah : 453 hits
Boleh tahan liar ya sesetengah K Drama yang ditayangkan sejak kebelakangan ini Fuhhh ARTIKEL BERKAITAN Walaupun tidak dapat mencapai rating yang membanggakan kerana hanya mampu berkegar legar dalam lingkungan 1 dan ke bawah namun ramai yang...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket