Nik Faisal Mungkin Telah Paslukan Tandatangan Dana Src
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa ketua pegawai eksekutif SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil mungkin telah memalsu (meniru) tandatangan pengarah bukan-eksekutifnya, Datuk Suboh Md. Yassin pada dokumen bank bagi memindahkan dana oleh SRC.
Pemindahan dana dikata melibatkan berjuta-juta ringgit dari SRC kepada dua subsidiarinya Gandingan Mentari Sdn. Bhd. dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.
Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();
Pendedahan ini dibuat peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam utama bagi Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyoal balas Suboh pada perbicaraan SRC Najib hari ini di mana pihak pembela menggunakan mesin projektor bagi membandingkan tandatangan Suboh pada beberapa salinan kertas dan pada dokumen yang diimbas.
Peguam itu menimbulkan isu bagaimana semua tandatangan Suboh pada 11 dokumen bank di salinan yang diimbas adalah serupa dengan saiz dan struktur yang sama dan mempunyai padanaan tepat dan bagaimana tandatangan Suboh pada salinan kertas pula berbeza dari salinan imbasan.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Muhammad Shafee menyifatkan perbezaan tandatangan Suboh pada salinan kertas dan pada dokumen imbasan seperti “gajah dengan tikus” hingga mencetuskan gelak ketawa dalam mahkamah. – Bernama
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysianupdate.com/2019/07/nik-faisal-mungkin-telah-palsukan-tandatangan-dana-src/