Nik Elin Dan Anak Menitikkan Garis Sempadan


ULASAN SEGERA

Nik Elin dan anakandanya.MAHKAMAH Rayuan Putrajaya hari ini telah menerima bantahan dibuat oleh seorang peguam wanita Nik Elin Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman terhadap 16 peruntukan dalam enakman Syariah Negeri Kelantan 2019.

Keputusan itu dibuat oleh sembilan hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan 8-1. Lapan hakim bersetuju menerima bantahan Nik Elin dan seorang sahaja menolak.

Antara perkara yang diterima mahkamah untuk dimansuhkan ialah berhubung, peruntukan yang dianggap tidak sah, ialah mengenai pemusnahan dan mencemarkan tempat ibadat (Seksyen 11), liwat (Seksyen 14), persetubuhan dengan mayat (Seksyen 16), persetubuhan dengan bukan manusia (Seksyen 17), dan gangguan seksual (Seksyen 31).

Kesalahan jenayah syariah lain yang menjadi pertikaian dalam permohonan itu ialah memiliki dokumen palsu dan memberi maklumat palsu (Seksyen 34), mabuk (Seksyen 36), persediaan untuk melakukan maksiat (Seksyen 45), dan penyalahgunaan label halal (Seksyen 42). Bagaimana pun dua perkara ini dikekalkan.

Dua peruntukan dikekalkan membabitkan penyerahan anak kepada orang bukan Islam atau Muslim yang rosak akhlaknya (Seksyen 13), dan perkataan yang boleh memecahkan keamanan (Seksyen 30). Petisyen Nik Elin itu tidak diterima total menggambarkan bahawa Mahkamah menitik beratkan kepada keadilan. 

Penerimaan Mahkamah terhadap petisyen Nik Elin ini sudah pasti mengecewakan golongan politik khasnya Pas dan golongan "senak Islam" lain yang cuba mengeksplotasikan isu itu untuk kepentingan mereka.

Semalam Pas telah membuat kerahan umum agar orang ramai hadir berhimpun di Putrajaya bagi mendengar bicara bantahan itu. Dan mereka yang mudah diperalatkan tanpa memeriksa hujung pangkal datang beramai-ramai atas keyakinan apa yang mereka perjuangkan itu benar. Datang berselawat, bertasbeh dan berdoa dengan harapan hakim terpengaruh dengan aksi politik murahan mereka. 

Kehadiran mereka itu kononnya untuk membela enakmen berkenaan yang ditafsirkan cabaran (petisyan) terhadap enekman berkenaan sebagai cuba mengancam kedaulatan Islam di negeri ini. Pempetisyen dianggap sebagai sekular, anti Islam dan jahil. Mereka tidak membaca apa tersumbat dalam sanubari Nik Elin sebagai pengamal undang-undang dengan tindakannya itu.  

Pembatalan 16 peruntukan itu memberi kesan negatif kepada parti berkenaan yang memerintah Kelantan. Ia juga memalukan bila mana pembatalan itu berlaku kerana menunjukkan kekhilafan nyata pihak kerajaan yang sepatutnya tidak berlaku.

Bahawa pembubalan ekanmen berkenaan ketika di buat ia tidak mengikut semangat Perlembagaan Negara yang berkedudukan lebih tinggi daripada kedudukan kuasa negeri-negeri. Tampak sekali penggubalannya dibuat secara tergesa-gesa dan tidak mengambil kira pandangan sesetengah pakar perundangan dan lebih kepada syok sendiri.

Sebelum ini sudah pun ada pihak menjelaskan bahawa apa-apa enakmen yang hendak digubal diperingkat DUN hendaklah tidak bertentangan dengan Perlembagaan negera, jika tidak ia akan menghadapi implikasi seperti berlaku ke atas enakmen berkenaan itu.

Apa yang berlaku hari ini merupakan balasan kepada pihak penggubal undang-undang berkenaan (kerajaan Kelantan) yang enggan mematuhi Perlembagaan negara dan bertindak mengikut akal mereka sendiri. Bak kata orang ikut rasa badan binasa, ikut kepala sendiri maka terkucil sambil berlari. Bagaimana pun penerima bantahan Nik Elin itu menimbulkan kemarahan oleh pendukung Islam ala Pas. Perkara itu akan digunakan oleh Pas dan golongan memperjuangkan Islam secara saborono tanpa mempedulikan undang-undang sebagai satu bentuk serangan ke atas kedaulatan Islam di negeri ini dilakukan oleh Nik Elin. Perkara berkenaan akan dijadikan isu popular dalam pilihan raya akan datang. 
Ekoran itu ia juga akan ikut sama mengheret Kerajaan Madani hari ini sebagai bersekongkol dengan keputusan hakim itu. Dengan mudah mereka akan menuduh kerajaan tiada inesiatif untuk "menasihat" mahkamah agar membenarkan menolak petisyen Nik Elin. 

Justeru jika itu terjadi, adalah wajar bagi kerajaan untuk memantau dan bertindak kepada mana-mana pihak yang cuba melanggar keputusan Mahkamah itu yang memperalatkan khalayak agar bersama mereka. Kerajaan jangan bersikap "tak apa" kali ini, sebalik perlu bertindak lebih tegas. Mana-mana pihak pun yang cuba mengeksploitkan agama sebagai isu politik perlu ditindakan. 
Perbuatan mereka hendaklah dibanteras. Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) khususnya dan agensi bersangkut perlu bergabung dalam satu unit khas untuk bentuk skuad bagi membenteraskan fenomena ini. 

Dalam pada itu, kepada pejuang Islam baik dari parti politik dan NGO serta pertubuhan sosial lain, mereka tidak perlu gusar dengan apa diputuskan mahkamah hari ini. Jika mereka mempunyai keazaman dan daya ikhlas tinggi untuk menegakkan Islam dengan mengwujudkan syariah Islam, mereka perlu berbuat sesuatu yang praktikal dan rasional. Tindakan mereka hendaklah selari dengan kanun kitab negara.

Dalam hal ini mauduk utama ialah meminda perlembagaan untuk diselaraskan dengan kuasa Dewan-Dewan Negeri dalam menggubal undang-undang dan enakmen terutamanya bersabit hal ehwal Islam.

Untuk itu pembangkang perlu menguasai parlimen 2/3 bagi membolehkan pindaan perlembagaan di fasal fasal tertentu boleh dipinda. Selagi perlembagaan Persekutuan tidak diselaraskan, maka pengubalan undang-undang diperingkat negeri yang bertentangan, hanya sia-sia sahaja, melainkan ia sengaja dilakukan untuk dijadikan polimek dan isu politik yang rangup.

Selain itu, pembangkang boleh mengemukakan Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) di parlimen, meminta parlimen meminda mana-mana fasal dalam perlembagaan yang menghalang penggubalan undang-undang seperti enakmen syariah itu.

Dalam sidang akan datang, hendaknya ada wakil rakyat pembangkang membawa RUU untuk tujuan itu. Sebelum ini RUU bagi tujuan bermaksud sama, meminda perlembagaan bagi memartabatkan mahkamah syariah telah pun dibentang, ketika Tok Dor Haji jadi ketua pembangkang,

Sayangnya, ia setakat dibentang tetapi tidak dibincangkan. Hal sama, RUU berhubung pindaan perlembagaan lebih konkrit bagi membolehkan Dewan-Dewan Undangan Negeri gubal undang-undang seperti Enakmen Syariah Kelantan itu dikemukakan nanti.

Kepada Nik Elin dan anakandanya, kita ucapkan terima kasih kerana telah menitik sesuatu yang sebelum ini samar-samar dan kabur. Dengan adanya keputusan mahkamh rayuan hari ini, maka hal sama tidak berulang di kemudian hari dan akan menjadi precedent.  Peranan mahkamah rayuan itu ialah meletakkan mentara dan sempadan perundangan di antara Persekutuan dengan negeri, tidak lebih dari itu.

Kepada pendokokong Islam yang diperalatkan oleh penguasa politik tertentu, usah salah dan kecam Nik Elin dan anaknya kerana mereka hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai warga negara Malaysia sahaja dalam mendapat keadilan mengikut lunas undang-undang. Dari satu sisi kita berterima kasih atas keberanian mereka berdua. Dari lebih 2 juta rakyat Kelantan keberanian itu hanya ada kepada mereka. 
Juga jangan sesekali cuba mempertikaikan keputusan hakim Mahkamah Rayuan itu kerana mereka membuat keputusan berdasarkan prinsip perundangan yang dalam pengetahuan mereka. Dibimbangan jika terlalu berani sangat menegurnya nanti dikenakan contempt of court. [wm.kl. 10:47 am 09/02/2024]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2024/02/nik-elin-dan-anak-menitikkan-garis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjelasan Ketua Hakim Negara Yang Perlu Kita Fahami Dalam Keputusan Saman Nik Elin

Penjelasan Ketua Hakim Negara Yang Perlu Kita Fahami Dalam Keputusan Saman Nik Elin

papar berkaitan - pada 10/2/2024 - jumlah : 85 hits
Petisyen mencabar kuasa Badan Perundangan Negeri Kelantan menggubal beberapa peruntukan dalam Enakmen Kanun Syariah Jenayah 2019 tiada kena mengena dengan kedudukan Islam atau mahkamah syariah kata Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan ...
Keputusan Nik Elin Tidak Akan Lemahkan Mahkamah Syariah

Keputusan Nik Elin Tidak Akan Lemahkan Mahkamah Syariah

papar berkaitan - pada 10/2/2024 - jumlah : 140 hits
Sebarang keputusan mengenai kes petisyen yang dikemukakan oleh Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman terhadap Kerajaan Negeri Kelantan tidak akan melemahkan mahkamah syariah Yang Dipertua Yayasan Dak...
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Keputusan Kes Nik Elin V Dun Kelantan Perspektif Ahli Legislatif

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Keputusan Kes Nik Elin V Dun Kelantan Perspektif Ahli Legislatif

papar berkaitan - pada 10/2/2024 - jumlah : 131 hits
HarapandailyPas seharusnya menerangkan kepada pengikutnya dan umat Islam yang terkeliru dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan terhadap petisyen Nik Elin Zurina Adalah lebih baik Pas bersikap jujur daripada menggunakan keputusan ini sebagai...
Penghakiman Kes Nik Elin

Penghakiman Kes Nik Elin

papar berkaitan - pada 10/2/2024 - jumlah : 100 hits
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan 16 Seksyen dalam Enakmen Jenayah Syariah Kelantan tidak sah dan tidak berperlembagaan Keputusan hari ini sudah boleh dijangka jika kita melihat kes duluan Iki Putra Mubarrak dan SIS Forum Asas kepada...
Do Not Politicise Nik Elin Case Warn Cops

Do Not Politicise Nik Elin Case Warn Cops

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 91 hits
Kuala Lumpur police chief Allaudeen Abdul Majid said people should not make the Federal Court ruling a political matter KUALA LUMPUR Kuala Lumpur police chief Allaudeen Abdul Majid has warned the public to not politicise the Federal Court r...
Nik Elin S Fearless Challenge On Kelantan S Syariah Laws

Nik Elin S Fearless Challenge On Kelantan S Syariah Laws

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 138 hits
The Iki Putra case puts the nail in the coffin while the Nik Elin case sets the tombstone in place said lawyer Yusfarizal Yussoff We need to understand the background of several cases that want to challenge the Syariah Court this Nik Elin c...
Bukan Hanya Walaun Mahiaddin Pun Jahil Rupanya Kes Nik Elin

Bukan Hanya Walaun Mahiaddin Pun Jahil Rupanya Kes Nik Elin

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 109 hits
HarapandailyAHMAD MURSIBekas Perdana Menteri Mahiaddin Yassin mendakwa di Facebook selepas keputusan Mahkamah Persekutuan beberapa kesalahan syariah tidak lagi jadi kesalahan di Kelantan Kalau Mahiaddin berani datanglah ke Kelantan dan lang...
Biodata Puan Nik Elin Zurina Seorang Peguam

Biodata Puan Nik Elin Zurina Seorang Peguam

papar berkaitan - pada 10/2/2024 - jumlah : 113 hits
Mungkin ramai yang mula mengenali nama Puan Nik Elin Zurina selepas mengemukakan pestisyen untuk batal 18 peruntukan di dalam Enakmen Syariah Kelantan selepas DUN didakwa mempunyai bidang kuasa diluar bidangnya Selepas melalui beberapa siri...
Kecuh Kes Nik Elin

Kecuh Kes Nik Elin

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 186 hits
BUAT LA APA APA KOMEN SELAGI TIDAK BERSEMUKA SELAGI ITU KECUH BERTERUSANULASAN Kes Nik Elin Hakim putuskan kes berdasarkan PerlembagaanJIKA KEPUTUSAN BERDASARKAN PERLEMBAGAAN MAKA ERTINYA TIDAK BERDASARKAN SYARI AH SEDANGKAN YANG DIHAPUSKAN...
Adapting To Consumer Behavior

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Mcmc S Police Report Against Writer Murray Hunter Is High Handed And Has A Chilling Effect On Freedom Of Speech

Keluarga Berang Terima Kiriman Jenazah Individu Lain

Kfc Malaysia Tutup Lebih 100 Restoran Francais Kesan Boikot

There Is An Awakening

App Inarah

Netizen Mohon Maaf Asyik Mengutuk Ruhainies Beri Respon Saya Dah Tak Fikir Sekarang Nak Fokus On Being Happy



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Cik Piah Nak Suami Raya Chord

Dap Sudah Perangai Sama Sakau Kenapa Tiada Tindakan Terhadap Nga Kor Ming Azmin Ali

Polis Raub Menahan Empat Lelaki Bantu Siasatan Kes Gaduh Di Pakir Sebuah Kuil Pada Ahad Lalu