Nie Chin Mohon Maaf Gara Gara Lahabau Melaka Jom Undi


Manzaidi Mohd Amin Poster kempen Nie Chin tersilap bahasa dan dipadam dari layar Facebooknya. KUALA LUMPUR – Perkataan ‘hawau’ tiba-tiba menjadi sebutan popular di Melaka selepas empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lompat parti sehingga menyebabkan kerajaan negeri itu tumbang dan berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN).
Mengikut kamus, perkataan ‘hawau’ membawa maksud kata makian iaitu ‘celaka’ dan sebutan itu kemudian menjadi gurauan dalam kalangan pemimpin serta ahli politik.
Tidak ketinggalan untuk bergurau dengan loghat Melaka itu, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching yang memuatnaik poster kempen PRN dengan tersilap menulis ‘lahabau’.
Maksud ‘lahabau’ pula ialah tidak berguna, tidak boleh diharap, haprak.
Tanpa menyedari kesilapan berlaku, sebaik poster “Lahabau Melaka, Jom Undi” dimuatnaik dalam akaun Facebooknya, beliau diserang bertalu-talu oleh netizen.
Bagaimanapun, poster itu kemudian dipadamkan dan diganti dengan kenyataan mohon maaf dari beliau.
Dalam permohonan maaf atas kesilapan bahasa itu, bekas Timbalan Menteri Pendidikan dari bekas kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu memberi alasan larangan ketat berkempen pada PRN Melaka memaksakan beliau melakukan melalui media sosial.
Katanya, dalam keghairahan kempen media sosial itu, ramai petugas PH khususnya DAP, hampir tidak cukup tidur dalam usaha menyediakan bahan kempen.
“Namun, manusia tidak pernah lepas daripada kesilapan, termasuk diri saya sendiri. Akibatnya, terserlah kesilapan bahasa yang memalukan melalui media sosial.
“Saya cuma ingin berkempen melalui frame percuma yang boleh didapati di dalam Facebook tanpa memahami maksud sebenar perkataan tersebut.
“Dengan ini, saya dengan penuh rendah hati, memohon maaf atas kekhilafan menyiapkan dan memuatnaikkan bahan kempen yang telah tersalah menggunakan bahasa,” katanya.
Beliau berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini dalam memuatnaikkan bahan-bahan kempen media sosial untuk PRN Melaka.
“Dengan menyusun sepuluh jari memohon maaf buat semua, terutamanya rakyat dan pengundi Melaka,” katanya.- MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/nie-chin-mohon-maaf-gara-gara-lahabau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Lahabau Melaka Teo Nie Ching Mohon Maaf Guna Perkataan Tidak Baik Dalam Kempen Prn Melaka

Hiburan Lahabau Melaka Teo Nie Ching Mohon Maaf Guna Perkataan Tidak Baik Dalam Kempen Prn Melaka

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 327 hits
Teo Nie Ching yang merupakan Ahli Parlimen Kulai tampil memohon maaf di atas keterlanjurannya menggunakan perkataan yang kasar dan tidak baik dalam kempen mengundi sempena pilihan raya negeri Melaka yang akan diadakan tidak lama sahaja lagi...
Teo Nie Ching Mohon Maaf Tersilap Guna Perkataan Lahabau Tanpa Memahami Maksudnya

Teo Nie Ching Mohon Maaf Tersilap Guna Perkataan Lahabau Tanpa Memahami Maksudnya

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 251 hits
Teo Nie Ching mohon maaf tersilap guna perkataan lahabau tanpa memahami maksudnyaGara gara menggunakan perkataan lahabau dalam gambar profile tanpa memahami maksud perkataan itu bekas timbalan menteri pendidikan yang juga Ahli Parlimen Kula...
Kepada Pengundi Melaka Jangan Lupa Pecahkan Undi Anda Dan Sila Dengar Mesej Rani Kulup Aka Ayah

Kepada Pengundi Melaka Jangan Lupa Pecahkan Undi Anda Dan Sila Dengar Mesej Rani Kulup Aka Ayah

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 310 hits
Sila lihat Sdra Rani Kulup aka Ayah memberi nasihat dan sepatah dua kata untuk makluman para Wakil Rakyat Jelaslah bahawa jawatan Wakil Rakyat sekarang makin menjadi jawatan yang paling pari h dalam negara kita Persepsi umum terhadap Wakil ...
Prn Melaka Undi Awal 16 Nov Mengapa Warga Tentera Perlu Pilih Pakatan Harapan

Prn Melaka Undi Awal 16 Nov Mengapa Warga Tentera Perlu Pilih Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 212 hits
PRN Melaka akan bermula seawal 16 Nov ini dengan pengundian awal undi pos dan tarikh mengundi biasa adalah pada 20 Nov ini Undi awal pos akan melibatkan banyak pihak majoritinya adalah warga tentera yang berpengkalan di beberapa kem tentera...
Prn Melaka Gara Gara Menganjurkan Sidang Media Muda Di Kompaun Sebanyak Rm4 000

Prn Melaka Gara Gara Menganjurkan Sidang Media Muda Di Kompaun Sebanyak Rm4 000

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 381 hits
MELAKA Parti Ikatan Demokratik Malaysia dikompaun RM4 000 selepas mengadakan sidang media berkaitan Pilihan Raya Negeri Melaka di bangunan Stadthuys di sini pada Rabu Kompaun itu dikeluarkan susulan penganjuran berkenaan dikatakan menyebabk...
Usaha Kembalikan Mandat Rakyat Melaka Melalui Peti Undi

Usaha Kembalikan Mandat Rakyat Melaka Melalui Peti Undi

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 292 hits
ZIN MAHMUDPilihan raya negeri kali ini adalah suatu yang istimewa dan bersejarah dalam politik semasa negara Ia tidak dijangka berlangsung kerana penggal belum berakhir yang mana selalunya pilihan raya negeri diadakan serentak dengan PRU se...
Perang Israel Hamas Suatu Naskah Yang Di Ulang Ulang

Jackfruit And What Are The Dishes Or Snacks Made From This Fruit

Ringgit Opens Higher Against Greenback After Washington Pauses Tariffs

Perkongsian Empower Quran Global

Kembali Ke Realiti Kehidupan

Ambil Alih Tanggungjawab Mak

15 Evacuated After Kajang Flash Flood

Prk Ayer Kuning Polis Kenal Pasti Individu Cenderung Buat Provokasi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Samsuri Bukan Penjenayah Legaaa

Tahun Pertama Raya Tanpa Dia

Kereta Yusoff Rawther Terkunci Tak Dapat Diakses Orang Lain

Hasrat Bertemu Isteri Tidak Kesampaian Lelaki Maut Kemalangan

Cornflakes Madu Resepi Mudah Bahan Bahan 5 Cawan Cornflakes 1 4 Cawan

China Balas Tarif Trump Dengan 125 Sindir Akan Jadi Bahan Jenaka