Niat Puasa Hari Putih Tarikh Fadhilatnya
BERIKUT KAMI KONGSIKAN NIAT, TARIKH DAN FADHILAT PUASA HARI PUTIH
Puasa hari putih atau puasa “Ayyaamul Bidh” merupakan puasa sunat yang boleh dijalankan setiap bulan pada hari ke 13, 14, dan 15 bulan Islam kecuali pada 13 Dzulhijjah kerana tarikh itu sebahagian daripada Hari Tasyriq.
Puasa ini sangat digalakkan untuk dilakukan oleh umat Islam, kerana kebaikan yang diperoleh jika anda melakukannya adalah sangat banyak. Perkara ini telah dinyatakan Rasulullah S.A.W dalam hadis riwayat berikut.
Puasa pada 3 hari tiap bulannya merupakan serupa puasa sepanjang tahun.
Hadis riwayat Bukhari :1979
Untuk mengetahui lebih lagi tentang amalan puasa sunat ini, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung artikel.
Apa itu Puasa Hari Putih?
Seperti yang dinyatakan pada bahagian awal tadi, puasa hari putih atau puasa Ayyaamul Bidh adalah puasa sunat yang dijalankan pada setiap pertengahan bulan Islam iaitu pada 13, 14, dan 15 hari bulan (Kecuali pada 13 Dzulhijjah [Hari Tasyrik])
Puasa ini sangat digalakkan untuk dilakukan umat Islam kerana ia merupakan salah satu ibadah yang telah disebutkan Baginda Rasulullah S.A.W dalam wasiatnya bersama dengan ibadah Solat Sunat Dhuha dan Solat Sunat Witir seperti yang dinyatakan dalam riwayat di bawah:
“Kekasihku ﷺ mewasiatkan kepadaku untuk melakukan tiga (3) perkara, iaitu agar aku tidak meninggalkan selama hidupku, puasa tiga (3) hari tiap bulan, solat dhuha dan tidak tidur sebelum solat witir.”
Hadis Riwayat al-Bukhari, no.1178
Puasa ini dinamakan puasa hari putih kerana pada malam-malam berkenaan bulan mengambang penuh dan berada dalam keadaan paling cerah dan menerangi muka bumi.
Dapatkan buku “Pedoman Puasa-puasa Sunat” bagi mengenal lebih lagi tentang ibadah puasa sunat ini.
Tarikh Puasa
Puasa Ayyaamul Bidh ini boleh dilakukan sebanyak 3 kali setiap bulan mengikut takwim Islam. Namun begitu, Rasulullah sangat menekankan ia dilakukan pada pertengahan bulan iaitu pada 13, 14, dan 15 hari bulan. (Kecuali pada 13 Dzulhijjah)
Perkara dapat dilihat dalam riwayat Abu Daud di bawah:
Daripada Qatadah bin Milhan Radhiyallahu’anhu:
“Rasulullah S.A.W menyuruh kami berpuasa pada hari-hari putih, iaitu 13, 14, dan 15 hari bulan. Baginda juga bersabda: Puasa tiga hari tersebut seolah-olah puasa sepanjang tahun.”
Hadis Riwayat Abu Daud, No. 2449
Sebagai contoh, pada bulan Disember 2023 ini, puasa putih ini boleh dilakukan pada 26 Disember 2023 (13 JamadilAkhir 1445) sehingga 28 Disember (15 JamadilAkhir 1445)
Niat Puasa Hari Putih
Bagi anda yang ingin mengamalkan puasa sunat Ayyaamul Bidh, dalam kehidupan harian anda, berikut adalah niat puasa sunat ini:
Fadhilat Puasa Ayyaamul Bidh
Terdapat banyak fadhilat atau kebaikan yang bakal diperoleh bagi orang yang mengamalkan puasa sunat ini dalam kehidupan seharian mereka. Antara kebaikannya ialah:
1. MEMPEROLEH GANJARAN PAHALA PUASA SETAHUN
2. DAPAT MENINGKATKAN KESIHATAN TUBUH BADAN
Seperti yang kita ketahui, berpuasa ini sangat bagus bagi kesihatan manusia. Berdasarkan kajian saintifik, puasa sunat ini dapat membantu dalam mengawal penyakit-penyakit berikut:
Mengurangkan tekanan darah
Mencegah kencing manis
Mengurangkan faktor risiko penyakit jantung
Menurunkan berat badan
Mengurangkan simptom penyakit pencernaan (GERD)
Meningkatkan daya tumpuan otak.
3. MENGIKUT DAN MENGAMALKAN SUNNAH NABI
Sebagai umat Islam mengamalkan gaya hidup yang mengikut sunnah nabi adalah sangat digalakkan dalam Islam.
Jadi dengan mengamal dan melakukan puasa Ayyaamul Bidh ini, kita mengikut amalan Rasulullah S.A.W secara tidak langsung.
Perkara ini, seterusnya akan membantu kita sebagai umat nabi Muhammad untuk mendekatkan diri kita dengan Baginda dan Allah S.W.T.
4. MENJADI BENTENG MENCEGAH MAKSIAT
Dengan melakukan puasa sunat Ayyaamul Bidh ini, ia mampu melatih sifat sabar dan menjadi benteng yang melindungi diri seseorang daripada melakukan perbuatan keji dan maksiat, juga memeliharanya daripada azab di akhirat.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
الصِّيَامُ جُنَّةٌ، فَلاَ يَرْفُثْ وَلاَ يَجْهَلْ، وَإِنِ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ مَرَّتَيْنِ
“Puasa adalah perisai. Maka (orang berpuasa) janganlah berkata keji dan janganlah bertindak jahil. Jika seseorang hendak bergaduh atau memakinya, maka katakanlah: “Sesungguhnya aku berpuasa” diulangi dua kali.”
HR Bukhari, No. 1894
Diharapkan melaluli artikel ini, anda dapat memahami tentang apa itu Puasa Sunat Hari Putih, dan seterusnya dapat mengamalkannya.
Baca juga:
Solat Sunat Tahiyatul Masjid: Niat & Panduan Melaksanakannya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/niat-puasa-hari-putih/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=niat-puasa-hari-putih