Niat Puasa Ganti Ramadan Hukum Berkaitan



Bagaimana niat puasa ganti yang betul?
Artikel ini akan bantu anda memahami topik Puasa Ganti Ramadan secara lengkap dan menyeluruh yang merangkumi:
Niat puasa ganti (dipermudahkan dengan rumi)
Hukum menggabungkan puasa ganti dengan puasa enam.
Dan perkara-perkara penting yang berkaitan dengan fidyah.
Jom kita meneliti topik ini..

Isi kandungan panduan ini adalah: Pengenalan Niat puasa ganti Hukum gabung puasa ganti dengan puasa enam Golongan yang wajib ganti puasa Bagaimana jika bersetubuh di bulan Ramadan? Fidyah puasa  
Pengenalan Kewajiban puasa pada bulan Ramadhan merupakan rukun Islam ketiga.
Oleh itu, kita wajib menggantikan puasa jika tertinggal.
Ini termasuk bagi kaum wanita yang tidak berpuasa ketika datang haid.
Hukum qada puasa atau menggantikan puasa Ramadhan ini perlu dibuat mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkan.
 
Lafaz Niat Puasa Ganti Lafaz bagi niat puasa ganti adalah seperti berikut:

 Nawaitu shouma ghodin an qadaa’in fardho romadoona lillahi ta’alaa. 
Maksudnya:
Sahaja aku niat puasa esok hari kerana mengganti fardu ramadan kerana Allah Taala.
 
Bolehkan Puasa Ganti Dilakukan Bersama-sama Puasa Enam Syawal Secara Serentak? Diantara persoalan yang sering timbul berkaitan puasa ganti Ramadan ialah:
Adakah boleh menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa ganti dan puasa enam hari di bulan Syawal?
Sebenarnya berlaku khilaf di kalangan ulama mengenai perkara ini.
Terdapat dua pandangan mengenai hal ini.
Pandangan pertama, jumhur ulama mengatakan kita kena puasa ganti ramadan terlebih dahulu, kemudian selepas itu barulah dibuat Puasa Sunat Enam. (pendapat ini lebih afdal) Pandangan kedua, ada sebahagian kecil fuqaha berpandangan bahawa kita boleh melakukan puasa ganti sekaligus dengan Puasa Sunat Enam Syawal. Kita akan dapat dua-dua pahala (qada dan sunat) Dalam perkara khilaf sebegini, ia terpulang kepada kita nak gunakan pendapat yang mana satu.
Jika pilih pandangan pertama pun boleh, pandangan kedua pun boleh
 
Siapakah Yang Wajib Melakukan Puasa Ganti? Golongan yang diwajibkan untuk menggantikan puasa (qada) adalah seperti berikut:
Orang sakit yang ada harapan sembuh. Orang yang bermusafir (bukan kerana maksiat) melebihi dua marhalah. Orang yang kedatangan haid dan nifas. Orang yang meninggalkan niat puasa. Orang yang sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Orang yang pitam/mabuk sewaktu bulan Ramadhan. Orang yang sangat lapar dan dahaga yang tidak membolehkannya berpuasa pada bulan Ramadan.  
Waktu Untuk Melakukan Puasa Ganti Waktu untuk melakukan puasa ganti adalah bermula selepas bulan Ramadan, sehinggalah sebelum tibanya bulan Ramadan akan datang.
Secara mudahnya, anda mempunyai lebih kurang satu tahun untuk melakukan puasa ganti.
Sebaik-baiknya, elakkan dari bertangguh.
akukan puasa ganti secepat mungkin.
Ini kerana puasa ganti perlu ditunaikan sebelum tibanya bulan Ramadan.
Jika tidak, anda perlu puasa ganti dan membayar fidyah.
Sepanjang setahun itu, dibolehkan untuk berpuasa ganti bila-bila masa sahaja, kecuali pada hari yang diharamkan berpuasa.
Antara hari yang diharamkan berpuasa adalah:
Hari Raya Aidilfitri iaitu 1 Syawal Hari Raya Aidiladha iaitu 10 Zulhijjah Hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah  
Bagaimana Jika Bersetubuh Di Bulan Ramadan? Orang yang bersetubuh pada siang hari bulan Ramadhan, maka kedua-dua suami isteri tersebut perlu melakukan puasa ganti (mengqada puasa berkenaan)
Dan suami juga wajib membayar kaffarah (denda) seperti berikut:
Memerdekakan seorang hamba mukmin lelaki atau perempuan, sekiranya tidak mampu; Berpuasa selama dua bulan berturut-turut tanpa terputus kalau tidak terdaya; Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin. Bagaimana pun jika persetubuhan itu dilakukan kerana terlupa, jahil tentang haramnya atau dipaksa ke atasnya, tidaklah wajib kifarat.
 
Fidyah Puasa Terdapat keringanan bagi mereka yang tidak mampu untuk berpuasa ganti.
Bagi mereka yang tidak berdaya seperti orang tua atau sakit kronik, mereka dibenarkan untuk membayar fidyah.
 
Apakah Maksud Fidyah Puasa? Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.
 
Hukum Fidyah Puasa Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB.
Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
Kewajipan ini jelas dinyatakan dalam firman Allah SWT yang bermaksud :
(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu, maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain, dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa).
— al-Baqarah: 184
 
Kadar Fidyah Puasa Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak.
Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan di sesuatu tempat.
Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.
Contoh pengiraan Fidyah Sekiranya seseorang itu meninggalkan puasa sebanyak 7 hari dan tidak menggantikannya sehingga 3 kali Ramadan, maka jumlah Fidyah yang perlu dibayar perlu didarab dengan 3.
Sebagai contoh, taksiran Fidyah bagi 3 tahun dengan purata 7 hari setahun dan harga secupak (675g) makanan asasi (beras) bersamaan RM1.75. (atau mengikut harga beras yang kita sering makan).
Jika anda meninggalkan puasa sebanyak 7 hari dan tidak menggantikannya sehingga melepasi 3 kali Ramadan, maka jumlah Fidyah yang perlu dibayar ialah 21 cupak beras atau bersamaan dengan RM36.75.
Walaupun sudah membayar Fidyah, namun hutang berpuasa itu masih wajib dilakukan dengan meng-qadha puasa tersebut pada hari-hari yang dibenarkan yang mana anda mampu menggantikannya.
Cara mengira harga Fidyah? — 1/4 daripada harga Zakat Fitrah sesebuah negeri.
Sebagai contoh, di Selangor, nilai Zakat Fitrah adalah RM7.
Maka kadar Fidyah sehari tinggal puasa adalah RM1.75, sekiranya tidak menggunakan khidmat institusi.
Untuk lebih mudah, kita boleh membuat kiraan Fidyah menggunakan kalkulator oleh didapati di laman web rasmi Zakat Selangor
 
Golongan Yang Dikenakan Membayar Fidyah Puasa  Sebelum mahu membayar fidyah jika tidak sempat menggantikan puasa terdahulu, ada perkara yang perlu kita fahami dengan jelas kerana bukan semua boleh diselesaikan dengan membayar fidyah, malah puasa tetap wajib diganti juga.
Berikut adalah kategori golongan yang boleh membayar fidyah.
1. Mereka yang tidak dapat ganti puasa sehingga masuk Ramadan kali kedua. Fidyahnya adalah satu cupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan disamping ganti puasa bagi setahun tertinggal.
Kalau tidak diganti sehingga tiba dua Ramadan, maka dikenakan dua cupak tetapi puasa tetap  juga 1 hari (tiada tambahan)
2. Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh. 3. Orang yang terlalu tua dan tidak terdaya untuk berpuasa. 4. Fidyah orang yang meninggal dunia. Orang yang ada ganti puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian.
Maka fidyah tersebut perlud dibuat oleh keluarga si mati atau diambil daripada harta pusakanya.
5. Perempuan yang mengandung dan menyusukan anak Perempuan yang mengandung dan perempuan yang menyusukan anaknya perlu ganti  puasa dan membayar fidyah secupak beras bagi setiap hari yang ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan anaknya.
Tetapi sekiranya dia takut mudarat pada dirinya, dia hanya wajib ganti puasanya.
 
Penutup: Islam Adalah Agama Yang Mudah Apakah penerangan dari artikel ini bertepatan dengan kefahaman anda sebelum ini?
Jika tidak, dimanakah silap faham tersebut?
Dan sudahkah anda membuat puasa ganti pada tahun ini.
Jika terdapat sebarang kemusykilan atau soalan, anda boleh nyatakan perkara tersebut pada ruangan komen di bawah.
The post Niat Puasa Ganti Ramadan & Hukum Berkaitan appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/niat-puasa-ganti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gabung Niat Puasa Ganti Sunat Enam Mufti Perjelas Kekeliruan

Gabung Niat Puasa Ganti Sunat Enam Mufti Perjelas Kekeliruan

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 432 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Boleh Ke Puasa Enam Di Sekali Kan Dengan Puasa Ganti

Boleh Ke Puasa Enam Di Sekali Kan Dengan Puasa Ganti

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 485 hits
Boleh Ke Puasa Enam di Sekali kan Dengan Puasa Ganti Assalamualaikum Bila masuk bulan Syawal ni ramai lah ambil kesempatan untuk buat puasa enam sebab bahang puasa masih membara Kebanyakan wanita la yang ambil peluang sebab dah bercuti masa...
Hukum Qadha Puasa Bersekali Puasa 6

Hukum Qadha Puasa Bersekali Puasa 6

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 753 hits
AssalamualaikumBiasalah orang perempuan perlu mengqadha puasa Ramadhan atas sebab keuzuran Dalam waktu yang sama kita juga ingin menyelesaikan puasa 6 Sebolehnya kita mahu menyelesaikan ke2 2nya Bolehkah kita menghimpunkan ke2 2 puasa ini s...
Kpu Nilai Tim Hukum Prabowo Sandi Tak Taat Hukum Acara Ganti Saksi Telah Disumpah

Kpu Nilai Tim Hukum Prabowo Sandi Tak Taat Hukum Acara Ganti Saksi Telah Disumpah

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 257 hits
Hal tersebut diungkapkan oleh Hasyim menanggapi permohonan tim kuasa hukum pemohon untuk menggantikan dua saksi yang telah disumpah dengan dua saksi baru
Puasa Sunat Enam Dan Puasa Ganti Di Satukan

Puasa Sunat Enam Dan Puasa Ganti Di Satukan

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 514 hits
Puasa Sunat Enam dan Puasa Ganti di Satukan Umi pasti ramai yang dah pun selesai melakukan Puasa Sunat Enam The post appeared first on
Puasa Sunat Hari Putih 2019 Bergabung Dengan Puasa Sunat Syawal Dan Ganti

Puasa Sunat Hari Putih 2019 Bergabung Dengan Puasa Sunat Syawal Dan Ganti

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 1635 hits
Puasa Sunat Hari Putih 2019 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Tahu tak esok lusa dan tulat adalah hari putih 2019 untuk bulan Syawal 1440H Haa actually kita digalakkan untuk puasa sunat hari putih pada setiap bulan Jika tak nak pu...
Hukum Makan Telur Ular

Hukum Makan Telur Ular

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 847 hits
Soalan Saya seorang yang suka masuk ke dalam hutan dan mencari hasil hutan Benarkah Islam menghalalkan semua jenis telur haiwan tanpa perlu melihat hukum binatang tersebut seperti ular Jawapan Dalam menjawab persoalan berkaitan dengan makan...
Sidang Sengketa Pilpres Tim Hukum Prabowo Terkendala Saksi Dari Polisi

Sidang Sengketa Pilpres Tim Hukum Prabowo Terkendala Saksi Dari Polisi

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 251 hits
Terkait saksi polisi yang coba dihadirkan BW dan tim mengaku telah mencoba berkordinasi dengan Polri Kendati info terbaru didapat pagi ini sejumlah saksi dari kepolisian hendak didatangkan mendadak berhalangan
Kuasa Hukum Prabowo Tarik Alat Bukti Yang Belum Sesuai Aturan

Kuasa Hukum Prabowo Tarik Alat Bukti Yang Belum Sesuai Aturan

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 190 hits
Hakim pun meminta Tim Kuasa Hukum Prabowo Sandi menyusun barang bukti sesuai dengan aturan hingga pukul 12 00 WIB Menanggapi hal ini Kuasa Hukum Prabowo Sandiaga Bambang Widjojanto akan menarik dan membatalkan barang bukti tersebut
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation