Hukum Makan Telur Ular



Soalan:
Saya seorang yang suka masuk ke dalam hutan dan mencari hasil hutan. Benarkah Islam menghalalkan semua jenis telur haiwan tanpa perlu melihat hukum binatang tersebut, seperti ular?

Jawapan:
Dalam menjawab persoalan berkaitan dengan makanan ini, perlu untuk difahami beberapa perkara.

Yang pertama, berkaitan dengan perihal makanan ini, sesungguhnya Islam telah menghalalkan pelbagai jenis makanan kepada umatnya. Maka, janganlah sesekali kita mengharamkan makanan-makanan yang telah diizinkan kita untuk menikmatinya. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُحَرِّمُوا طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللَّـهُ لَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-Ma’idah: 87)

Berkaitan dengan hukum memakan telur-telur haiwan, para ulama’ mazhab al-Syafie, secara asasnya membolehkan untuk memakan telur haiwan. [Lihat al-Mu’tamad (2/588)]

Namun begitu dalam isu ini perlu dilihat sekiranya ia memberikan mudarat maka haram dimakan telur tersebut. Ini selaras dengan hadith Nabi SAW:

لَا ضَرَرَ وَلا ضِرَار
“Tidak boleh melakukan perbuatan yang memudaratkan diri sendiri dan orang lain.” [Riwayat Ibn Majah (2341)]


Hal ini turut dibahaskan oleh beberapa fuqaha’ Mazhab al-Syafie antaranya:

سَائِرُ الْبُيُوضِ طَاهِرَةٌ وَلَوْ مِنْ غَيْرِ مَأْكُولٍ وَإِنْ اسْتَحَالَتْ دَمًا بِحَيْثُ لَوْ حُضِنَتْ لَفَرَّخَتْ، وَلَكِنْ يَحْرُمُ أَكْلُ مَا يَضُرُّ كَبَيْضِ الْحَيَّاتِ
“Kesemua telur suci meskipun daripada (haiwan yang) tidak dimakan (dagingnya), walaupun telah berubah (menjadi) darah di mana jika diperam, akan menetas. Namun diharamkan memakan apa yang memudaratkan seperti telur ular.” [Lihat kitab Qalyubi wa Umairah (1/82)]

Imam al-Suyuthi pula dalam menyatakan hukum memakan telur haiwan-haiwan dan telur ular menyatakan bahawa:

لَيْسَ لنا بَيْضٌ يُحَرِّم أَكْلَهُ وَاِسْتَثْنَى بَعْضَهُمْ بَيَّضَ الحَيَّاتِ وَالحَشَرَاتِ وَ لَا شَكَّ فِيهُ
“Tiada telur yang diharamkan bagi kita memakannya. Sesetengah (daripada) mereka (ulama Mazhab al-Syafie) mengecualikan telur ular dan serangga. Tiada syak padanya (pengecualian ini).” [Lihat al-Asybah wa al-Nazoir (1/695)]

Kesimpulan

Berdasarkan hujah di atas, umumnya jelas bahawa telur ular dan serangga haram dimakan. Manakala telur haiwan-haiwan lain dihukum sebagai halal dengan syarat-syarat tidak memudaratkan. Semoga kita mendapat hidayah dan taufiq dalam memahami syariat-Nya. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/hukum-makan-telur-ular.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pernah Makan Telur Goreng Sebiji Bahagi Dua Fizo Omar Throwback Zaman Susah Bersama Kamal Adli

Pernah Makan Telur Goreng Sebiji Bahagi Dua Fizo Omar Throwback Zaman Susah Bersama Kamal Adli

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 618 hits
Pernah Makan Telur Goreng Sebiji Bahagi Dua Fizo Omar Throwback Zaman Susah Bersama Kamal Adli Pelakon dan pengacara popular Fizo Omar dan Kamal Adli menjadi idaman gadis gadis di luar sana sebelum kemunculan artis artis baru Semua sedia ma...
Pengalaman Makan Malam Dinner In The Sky

Pengalaman Makan Malam Dinner In The Sky

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 546 hits
Hai apa khabar semua Bersua kita kembali tak sampai 24 jam dari entri sebelum ini Che Sar dah mula rindukan kalian Ewah nampak ayat amik hati ni hahaha Kalian pun mesti rindu nak baca coretan Che Sar lagi kan Kan Kan Selalunyalah kan kita a...
Minum Air Sejuk Selepas Makan Boleh Gemuk Ke

Minum Air Sejuk Selepas Makan Boleh Gemuk Ke

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 836 hits
Kenikmatan minum air sejuk di musim panas fuh Yaa yaa yaa Che Sar kembali bersiaran chewah chewah Rindu Che Sar lah tu kan Kan Kan Musim musim panas ni hari hari mesti nak minum air sejuk Baru rasa puas minum Tapi kalian selalu dengar tak o...
Makan Makan Di Bazar Karat

Makan Makan Di Bazar Karat

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 379 hits
Assalamualaikum KISAH sebelum Ramadhan ni teringin sangat makan di Bazar Karat nampak macam happening gitu Jadi di suatu malam hitam pekat meronggenglah kami tiga beranak ke sini kui kui Mulanya kami duduk di meja yang terletak di bahagian ...
Misi Nak Limau Takpelah Kak Akak Makan La Yer Pengalaman Misteri Bertugas Di Wad Bersalin

Misi Nak Limau Takpelah Kak Akak Makan La Yer Pengalaman Misteri Bertugas Di Wad Bersalin

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 523 hits
Saya bertugas sebagai seorang jururawat di wad bersalin di sebuah hospital kerajaan Saya ditugaskan bekerja secara syif malam Macam biasa rutin saya ialah akan check semua pesakit dalam wad bersalin tu sebelum pukul 12 malam sebab tidak mah...
Kalau Stress Cuba Makan Buah Ni Insha Allah Boleh Reda

Kalau Stress Cuba Makan Buah Ni Insha Allah Boleh Reda

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 348 hits
Stress lepas raya Banyak kerja tertangguh sebab cuti raya Banyak hal nak diselesaikan Jadinya Overthinking dan menjadikan kita stress MF kalau stress rasa nak makan Tapi ada ke makanan boleh redakan stress Jawabnya ada Makan punya vitamin C...
Makan Di Mana

Makan Di Mana

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 437 hits
Banyak tempat makan yang enak untuk anda sekeluarga Kadang kadang apabila anda melancong ke sesuatu tempat anda terkial kial mencari tempat yang sedap untuk menjamu selera Ramai yang bertanya Pak Cik GOOGLE Ingat kadang kadang yang viral ta...
Setelah Sekian Lama Tak Makan Asam Pedas

Setelah Sekian Lama Tak Makan Asam Pedas

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 582 hits
Assalamualaikum JOHOREAN katanya Dengan asam pedas memang tak dapat dipisahkan Baru beberapa hari tak dapat asam pedas hati dah tak tentu arah dibuatnya hahaha Siapa yang mampu menafikan keenakan air tangan ibu Asam pedas ikan tenggiri ni m...
Makan Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

Makan Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 674 hits
Assalamualaikum ADA orang teringin Kita layankan aje Dah makin beso wehhh Kedai Mak Jah ni Walaupun ada yang tak puas hati masa datang sebelum ni tapi teringin punya pasal kita singgah sini juga sebab Salleh Stall yang dekat pekan nu tutup ...
Why Is A Non Muslim Dap Rep Be Allowed To Poke His Nose In The Running Of Islamic Affairs

Mb Selangor Amirudin Goyang Mungkin Mangsa Seterusnya Yang Bakal Kena Kerat

Kurma Muda

Aku Koyakkan Baju Dia Posting Bos Susu Raih Perhatian Ramai Promote Ais Krim Guna Double Meaning

Kerjaya Sebagai Usahawan Sambilan Kopersi Digital

Apa Yang Menarik Staycation Di Doubletree By Hilton Hotel Penang

Lepak Rehat Hari Jumaat

Tengku Zafrul Keluar Umno Zahid Tuntut Kuota Menteri Dikembalikan Umno Layak Mohon Satu Kerusi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


When The Jackals Rule

Kehilangan Hati

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

Sebab Apa Buat

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Makan Nasi Arab Di Restoran Zaituna