Niat Puasa 6 Syawal Gabung Puasa Ganti Jakim


Setelah selesai melaksanakan puasa Ramadan, umat Islam berpeluang untuk menunaikan Puasa 6 Syawal.
Tahukah anda apakah kelebihan puasa ini?
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Puasa Enam Syawal.
Apakah Kelebihan Puasa Enam Syawal? Dalam kemeriahan kita meraikan Hari Raya Aidilfitri tahun ini selepas 2 tahun PKP, jangan lupa melaksanakan Puasa 6 tau!
Nak tahu kenapa? Ganjaran Puasa Sunat Enam di bulan Syawal ini amat besar!
Menurut sebuah hadis:
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian di ikuti dengan 6 hari puasa di bulan Syawal pula, samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun”.
(Riwayat Muslim Ahmad Abu Daud Al Tarmizi Ibnu Majah)
Oleh itu, sementara kita masih mempunyai masa janganlah kita melepaskan peluang untuk meraih pahala puasa enam yang hanya datang setahun sekali ini!
Cara Pelaksanaan Puasa enam hari dalam bulan Syawal boleh dilakukan secara berselang-seli, berturut-turut atau mana-mana hari dalam bulan tersebut selain hari pertama Hari Raya Aidilfitri.
Tetapi cara yang paling afdhal adalah berturut-turut selepas hari pertama bulan Syawal (iaitu mulai 2 Syawal).
Ini kerana, melewatkannya akan menimbulkan rasa malas sedangkan bersegera melakukan ibadah adalah afdhal.
Lafaz Niat Puasa 6 Syawal LAFAZ NIAT PUASA 6 SYAWAL
نَوَيتُ صَوْمَ غَدٍ عَن سِنَّةٍ مِنْ شَوَّالٍ سُنَّةً لِلَّهِ تعَالى
Bacaan Rumi : Nawaitu souma ghodin ‘an sittatin min syawwalin sunnatan lillahi taala
Maksudnya: “Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari Syawal kerana Allah Ta’ala”
NIAT PUASA QADHA’ PUASA RAMADHAN
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى.
NAWAITU SHAUMA GHADIN ‘AN QADHA’I FARDI RAMADHANA LILLAAHI TA’ALA.
Artinya : “Saya niat berpuasa besok dari mengqadha’ fardu ramadhan Lillaahi Ta’ala.”
NIAT GABUNG PUASA 6 DAN PUASA QADHA’ (GANTI) BULAN RAMADAN
Cara lafaz niat bagi puasa ganti (wajib) dan puasa-puasa sunat yang digabungkan:
“Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadan bersama puasa sunat enam hari bulan Syawal kerana Allah Taala.”
Baca juga: JAKIM : Doa Berbuka Puasa & Ketika Hampir Berbuka
Hukum Gabung Puasa 6 Dengan Puasa Ganti Saban tahun, persoalan menggabungkan puasa enam dengan puasa ganti kerap ditanya.
Bagi wanita khususnya, ramai yang inginkan kepastian sama ada ganti puasa boleh disekalikan dengan puasa enam.
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menggabungkan antara puasa wajib dengan puasa sunat hukumnya HARUS.
Meskipun diharuskan, menutut mazhab Syafie, tetapi ganjaran atau pahala puasa diperolehi kurang sempurna. Ini kerana ia lebih afdal dilakukan pada hari berlainan.
Rujuk: https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3458-al-kafi-1275-bolehkah-niat-puasa-enam-dan-puasa-ganti-secara-serentak
Qadha Puasa vs Puasa Syawal – Oleh Ustazah Asma’ Harun PUASA QADHA VS PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL: MANA SATU YANG PERLU DIDAHULUKAN ATAU BOLEH DISEKALIKAN 
Pandangan Ulama Mengenai Hal Ini
• Fuqaha dalam Mazhab Syafie berselisih pendapat tentang isu MENGGABUNGKAN NIAT puasa enam di bulan Syawal dan puasa qadha.
PANDANGAN PERTAMA: HANYA SAH PADA SATU NIAT SAHAJA
Syaikhul Islam Zakaria al-Ansari (ulama di dalam mazhab Syafie) berpandangan, sepertimana yang dijelaskan dalam kitab Syarqawi ‘ala al-Tahrir;
“Jika seseorang berpuasa pada bulan Syawal untuk puasa qadha atau selainnya sama ada puasa nazar atau puasa sunat lain maka terhasil pahala sunatnya. Pahala yang sempurna tidak akan diperoleh melainkan dengan hanya berniat puasa khusus untuk enam hari di bulan Syawal sahaja.”
PANDANGAN KEDUA: SAH NIAT KEDUA-DUANYA
Pandangan Imam Ramli, Imam Ibnu Hajar al-Haitami, Imam Sulaiman al-Bujairimi, Imam as-Suyuthi dan ulama-ulama lain di dalam mazhab Syafie.
Imam Ramli (ulama mazhab Syafie) menukilkan dalam kitab Fatawa Imam Ramli iaitu:
“Bahawa berhasil puasa qadha Ramadhan walaupun menggabungkan niat puasa qadha dengan puasa yang lain. Dan berhasil pahala puasa enam hari di bulan Syawal. Masalah ini disebut oleh ramai ulama terkemudian (mutaakhirin).”
Imam Ibnu Hajar al-Haitami (ulama mazhab Syafie) pula membincangkannya dalam kitab al-Fatwa al-Kubra:
“Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan pusat wajib), dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau jika diniatkan salah satu, maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya.”
Dalam kitab Hasyiah al-Bujairimi karya Imam Sulaiman al-Bujairimi (ulama mazhab Syafie) pula mengqiyaskan (menyamakan hukum) menggabungkan niat puasa enam di bulan Syawal dan puasa qadha dengan pahala solat sunat Tahiyatul Masjid walaupun seseorang itu tidak melakukannya. Beliau menyebutkan:
“Terhasil pahala solat sunat Tahiyatul Masjid dengan melakukan solat fardhu atau sunat yang lain, sama ada diniatkan atau tidak solat sunat Tahiyatul Masjid tersebut.”
Hal ini berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim:
“Apabila masuk salah seorang daripada kamu ke dalam masjid, hendaklah ia solat dua rakaat sebelum ia duduk” dan kerana itu juga, maksud ayat bagi ‘solat sebelum duduk’ yang disebutkan dalam hadis tersebut adalah termasuk dengan melakukan solat fardu atau solat sunat yang lain.
Imam as-Suyuti (ulama mazhab Syafie) menjelaskan dalam kitab Asybah Wan Nadzoir:
“Sekiranya seseorang berpuasa sunat, qadha atau nazar atau kafarah dan menggabungkan niat puasa sunat dengan wajib, maka al-Barizi telah memberi fatwa bahawa sah puasa dan terhasil pahala untuk kedua-duanya. Begitu juga halnya jika dia ithlaqkan (niat secara umum) maka keadaan tersebut mengikut seperti hukum solat Tahiyatul Masjid.”
KHILAF ITU RAHMAT DAN PILIHAN, BUKAN BALA BAGI UMAT UNTUK MELAGAKAN
PANDANGAN PERTAMA: PUASA QADHA TERLEBIH DAHULU
Yusuf al-Qaradawi cenderung untuk bersegera menggantikan puasa qadha terlebih dahulu:
“Saya memilih wanita itu mesti menggantikan puasa qadha terlebih dahulu, kemudian barulah berpuasa sunat. Ini kerana, manusia tidak terjamin usianya. Orang sihat boleh jatuh sakit, orang muda akan menjadi orang tua dan orang yang kuat boleh menjadi orang yang lemah.”
PANDANGAN KEDUA: BOLEH MEMILIH SAMA ADA PUASA QADHA ATAU PUASA ENAM TERLEBIH DAHULU
Jumhur ulama menyatakan hujah berdasarkan firman Allah SWT:
وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ
Maksudnya: “Dan sesiapa yang sakit atau dalam safar (bermusafir) maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.”
(Surah al-Baqarah: 185)
Ayat tersebut tidak menyatakan bahawa wajib menggantikan puasa dengan kadar segera. Justeru, dibolehkan sekiranya ingin melakukan puasa enam di bulan Syawal terlebih dahulu berbanding puasa qadha.
KESIMPULAN:
Mengikut pendapat yang muktamad, afdhal (lebih baik) mengasingkan niat puasa enam di bulan Syawal dengan puasa qadha.
Walau bagaimanapun, sah jika menggabungkan niat puasa enam di bulan Syawal dengan puasa qadha serta mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang dhaif (lemah).
Dibolehkan puasa enam terlebih dahulu jika:
1. Dibimbangi tidak sempat untuk puasa enam jika didahului puasa qada.
2. Sihat walafiat untuk puasa qada selepas itu.
Namun begitu, menyegerakan untuk menggantikan puasa terlebih dahulu adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak terutama kepada sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan syarak.
Wallahu A’lam.
RUJUKAN: Sumber asal oleh FB Ustazah Asma Harun
1. Al-Quran
2. Kitab Syarqawi ‘ala al-Tahrir karya Syaikhul Islam Zakaria al-Ansari
3. Kitab Fatawa Imam Ramli karya Imam Ramli
4. Kitab al-Fatwa al-Kubra karya Imam Ibnu Hajar al-Haitami
5. Kitab Hasyiah al-Bujairimi karya Imam Sulaiman al-Bujairimi
6. Kitab Asybah Wan Nadzoir karya Imam Suyuthi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/niat-puasa-6-syawal/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=niat-puasa-6-syawal

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2024 Di Malaysia Jakim

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2024 Di Malaysia Jakim

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 340 hits
Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2024 SIARAN LANGSUNG Pengisytiharan Hari Raya Aidilfitri 1445H Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi tahun ini ditetapkan pada petang Selasa 9 April 2024 bersamaan 29 Ramadan 1445 Hijrah dan pengisytiharan tar...
Sumbangan Iftar Ramadhan Madani Sebanyak 10 000 Juadah Berbuka Puasa Disediakan Jakim

Sumbangan Iftar Ramadhan Madani Sebanyak 10 000 Juadah Berbuka Puasa Disediakan Jakim

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 240 hits
Sebanyak 10 000 juadah berbuka puasa disediakan kepada pengunjung terawal dialu alukan jemputan membawa tikar dan juadah sampingan masing masing Berita baik buat warga lembah klang dan yang berhampiran dimana pada 28Mac2024 ini bermula jam ...
Tangkap Ja Dia Ni Bulan Puasa Ni

Tangkap Ja Dia Ni Bulan Puasa Ni

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 117 hits
LAIN KALI NAK BERNIAGA DI BANDARAYA MINTA LA LESEN
Tak Pernah Ambik P Sau Paksa Awak Join Penyanyi Dikecam Letak Harga Rm60 Untuk Event Berbuka Puasa Bersama Peminat

Tak Pernah Ambik P Sau Paksa Awak Join Penyanyi Dikecam Letak Harga Rm60 Untuk Event Berbuka Puasa Bersama Peminat

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 229 hits
Bekas peserta Big Satge 2023 Meer Nash menerima kecaman daripada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakannya mengenakan harga RM60 untuk peminat yang ingin berbuka puasa bersama samanya Menerusi satu hantaran di Instagram St...
Lelaki Maut Ditikam Kerana Minum Air Oren Rakan Ketika Buka Puasa

Lelaki Maut Ditikam Kerana Minum Air Oren Rakan Ketika Buka Puasa

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 137 hits
hmetro com mySeorang lelaki warganegara Bangladesh maut ditikam rakan sekerja ketika sedang berbuka puasa dalam kejadian di hostel pekerja sebuah kilang di Seksyen 36 dekat sini semalam Ihsan PolisShah Alam Seorang lelaki Bangladesh maut di...
Perjuangan Orang Kecil Di Bulan Puasa

Perjuangan Orang Kecil Di Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 113 hits
Puasa itu perjuangan Ia mengingatkan kita kepada Rasulullah SAW yang bertempur di medan perang pada bulan yang panas ini Memanglah selamanya tidak akan sama besarnya perjuangan kita yang kerdil ini berbanding kehebatan tokoh agung tersebut ...
Ini Saranan Dari Pakar Nak Ajar Anak Puasa Perlu Ikut Peringkat Umurnya

Ini Saranan Dari Pakar Nak Ajar Anak Puasa Perlu Ikut Peringkat Umurnya

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 403 hits
Lain anak lain caranya Begitu juga dalam mendidik anak berpuasa Ada anak yang mudah diajar berpuasa namun ada juga yang mengambil tempoh masa tertentu untuk berpuasa Semuanya bergantung kepada anak itu Namun sebagai mak ayah janganlah kita ...
Sirap Rose Yang Wangi Untuk Berbuka Puasa

Sirap Rose Yang Wangi Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 176 hits
Alhamdulillah saya masih diberi kekuatan untuk update blog saya hari ini Nanti jangan lupa bagi satu klik iklan untuk blog saya ya Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih Kali ini saya nak kongsikan sifat datuk nenek kaum Yahudi...
Puasa Dapat Cegah Kanser

Puasa Dapat Cegah Kanser

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 215 hits
Puasa adalah amalan disiplin memerlukan pengamal untuk menahan diri makan dan minum untuk sesuatu tempoh yang ditetapkan Rutin ini membolehkan sistem pencernaan badan berehat dan memulih Biarpun itu lebih difahami sebagai ibadat puasa menda...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri