Ni Sebab Korang Kena Ada Channel Youtube Jom Subscribe Sekarang
Korang ada akaun youtube? Mesti ada kan sebab kalau buka gmail dan tengok video youtube korang automatik dah ada channel dan boleh upload video di Youtube
Orang sekarang ramai dah ada youtube channel sendiri, semua orang boleh buat dan publish video sendiri. Bila korang manfaatkan youtube korang dah macam ada siaran dan stesen TV sendiri
TV dan astro sekarang tak berapa orang nak tengok dah, cari dalam youtube semua ada. Isu semasa, sukan, video lucu, viral dll.
Youtube trending masakini..
Dah jadi trend masakini. Korang kalau takde channel dan manfaatkan upload video youtube ni memang dikira agak ketinggalan lah hehe. Selain boleh share ilmu, boleh juga buat duit dari youtube ni
Saya juga sejak 10 tahun lalu dah ada beberapa channel youtube sendiri. Waktu belum monetize lagi. Sama macam blog, saya ada lebih dari 1 blog (belas2 kot semua ada niche sendiri 😅). Upload suka-suka untuk koleksi sendiri.
Sekarang ni lebih seronok buat youtube sebab boleh monetize. So sambil sharing boleh dapat side income sendiri. Tak perlu fulltime atau partime, suka2 time je
So baru-baru ni saya buka 1 lagi channel youtube yang lebih kepada suka-suka dan selari dengan konten blog ni. So ia takkan kacau 'niche' dalam channel youtube saya yang lain. Niche ni penting supaya cepat berkembang tapi banyak je channel youtuber yang hebat-hebat pun kandungan videonya bercampur-campur. Ada cerita pasal memasaklah, jalan-jalan, tanam2 pokok, bela kucing, melukis-lukis dll
Jom lawat dan SUBSCRIBE channel saya DI SINI
Beza jadi blogger dan youtuber
Memang beza! Kalau blogger cuma perlu menulis dan upload gambar. Buat video youtube perlukan rakaman, pergerakan, editing, perlu bercakap, konfiden mesti ada
Tapi takpe semua tu, buat je dan akan jadi biasa. Untuk edit video saya cadangkan guna aplikasi inShot je. Boleh edit video seperti nak combine video, split, letak muzik dan suara latar, subtitle dll yang penting takde watermark
Ni antara kelebihan bila jadi seorang Youtuber :
-Boleh tunjukkan kelebihan diri. Inilah masa nak tunjukkan bakat atau share aktiviti yang korang suka buat
-Boleh buat sideincome sampingan dengan adsense bila subscriber dah capai 1000 dan watchour 4000 jam
- Share untuk kenangan masa akan datang
- Jimat space dalam telefon. Rakam video banyak guna space! So upload video di youtube, boleh delete file video dalam telefon.
- Senang promote bisnes. Boleh juga share link pada description video.
- Mudah naik view. Jika kena dengan nasib, ada video yang viral boleh naik subs dan view dengan cepat. Share la benda yang baik2 je. Kalau viral benda tak baik kan tak elok
- Manfaatkan data youtube. Pelan internet sekarang ada plan data untuk youtube. Manfaatkannya
Ni cuma antara beberapa kelebihan bila manfaatkan channel youtube.
Enjoy the process....
Bila korang upload video dan mengharapkan dapat terus view yang banyak anda silap, kita bukan level artis upload video terus dapat view. Ambil masa juga. Kadang seminggu, sebulan mungkin setahun. Ada video dalam channel saya yang lain ada mencecah 5 juta tontonan. Semuanya ambil masa dan bergantung pada setting dan keyword video juga
Dengan youtube channel ni la sebenarnya kita boleh guna untuk tonjolkan kelebihan diri. Kita akan semakin kreatif nak pikir apa aktiviti yg boleh divideokan. Selain tu kita juga lebih berkeyakinan nak cakap depan kamera.
Paling penting juga nak generate income supaya boleh la beli barang sikit dan bayar bil bulanan. Best kan bila hobi dan bakat yang kita tonjolkan dalam bentuk video ni boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan? Syukur boleh bantu2 kita di saat ekonomi merudum ni
Korang yg takde talent apa2 pun boleh cuba buat youtube channel sendiri. Tak rugi. Takde risiko langsung. Kalau rasa suka memasak walaupun tak jadi, upload je. Kalau suka makan, buat video makan, klu suka bercakap, buat video ulas apa-apa isu. Mesti ada org tengok punya.
Untuk beginner boleh belajar tutorial di youtube, ada banyak sangat terutama tips jadi youtuber pemula. Macam saya takde sape ajar, semua explore sendiri. Jiran kita Indonesia ramai yang dah ada subscriber juta2 tambahan mereka sangat supportive untuk subscribe youtuber lain. Di Malaysia ni youtuber2 hebat sedang baru nak sedang berkembang. So apa tunggu lagi.
Korang yg dah lama follow youtuber2 popular mcm Syahmi Sazli, Sugu, dan lain-lain tu cuba start. Kalau tak mulakan memang rugi la sebab ramai org dah start. Jangan tangguh2 "nanti baru aku start". Jeles tau tengok channel kawan sebelah makin berkembang hehe
Subscribe itu gratisss (percuma je)
Jom lawat dan subscribe channel youtube saya di LINK INI iaitu CIKGUZIM TV.
Boleh drop komen dalam video channel untuk saya lawat balik channel korang ye. View mana2 video lebih dari 4 minit (elak spam) baru subscribe elak youtube auto unsubscribe.
Panjang pula post kali ni..🤣
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikguzim.blogspot.com/2020/07/ni-sebab-korang-kena-ada-channel.html