Ngo Lapor Polis Kongres Anjuran Dong Jiao Zong


FAISAL ASYRAF    Berbagai NGO hari ini memfailkan laporan polis terhadap gabungan persatuan guru dan pengurus sekolah Cina Malaysia, Dong Jiao Zong

Mereka menggesa polis supaya menghalang kongres yang bakal dianjurkan oleh kumpulan pendidikan Cina itu.

Kira-kira 200 orang berkumpul di luar ibu pejabat polis daerah Kajang seawal 9 pagi tadi untuk mewakili dan menyokong NGO masing-masing.

Ketua Penerangan Pertubuhan Kebajikan Darul Islah (Perkid), Masridzi Sat, dalam laporan polisnya, berkata perhimpunan pada Sabtu ini akan menimbulkan kekecohan di kalangan orang Melayu.

Menurut laporan polis yang difailkan, NGO itu meminta pihak polis menyiasat dan menghentikan kongres itu yang dikhuatiri boleh membawa kepada perbalahan kaum.

"Kami menggesa pihak polis menyiasat dan mengentikan Perhimpunan 28 Disember 2019.

"Ini kerana perhimpunan ini dilihat akan menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu yang membawa kepada rusuhan kaum sepertimana yang berlaku pada 13 Mei 1969," kata laporan itu

Dalam laporan polis yang difailkan, Masridzi turut menggesa Kementerian Dalam Negeri untuk mengharamkan Dong Jiao Zong, mendakwa gabungan persatuan guru dan pengurus sekolah Cina itu mempunyai elemen hasutan, "tidak menghormati kontrak sosial, anti-Melayu dan anti-Islam."

Sementara itu, Setiausaha Agung NGO Muafakat Mahmud Hishammuddin mendakwa terdapat lebih 40 NGO yang hadir hari ini untuk membuat laporan polis.

Semalam, Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) menjelaskan kongres pada 28 Disember ini bukan suatu himpunan bantahan tetapi suatu majlis tertutup bagi membincangkan pelaksanaan pelajaran Jawi di sekolah vernkular.
Anggota Jawatankuasa Pusat Dong Zong, Low Chee Chong (gambar, atas) menegaskan pihaknya tidak merancang sebarang himpunan dan pertemuan itu cuma terbuka kepada wakil NGO Cina dan bukannya kepada orang awam.

"Ini adalah pertemuan yang akan membincangkan mengenai topik pendidikan dan isu tulisan Jawi. Pertemuan (dipanggil) untuk menyatakan pendirian (NGO Cina), bukanlah perhimpunan kaum," katanya kepada Malaysiakini.

Minggu lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengingatkan bahawa penganjuran kongres itu akan membawa kepada kekacauan.

Mahathir berkata kumpulan Melayu akan bertindak balas dengan "cara yang sangat Melayu" sekiranya kongres itu diteruskan.

"(Jika) mereka mahu melakukan sesuatu yang sangat Cina, respons orang Melayu akan sangat Melayu, (termasuk) meminta sekolah-sekolah Cina ditutup. Jika anda melakukan perkara seperti itu (Kongres Organisasi Cina) dan anda akan mendapat reaksi.

"Kita (berada di negara) berbilang kaum, adalah penting bagi kita untuk mengambil berat tentang perasaan orang lain," katanya.

Sementara itu, Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa semua pihak supaya membatalkan penganjuran “sidang” berkaitan Jawi, sama ada menolak atau menyokong, tidak diteruskan.

Presiden PKR berkata beliau bimbang ia akan “menghangatkan suhu politik dan kaum”.

“Justeru itu, saya menggesa semua pihak termasuk Dong Zong untuk kembali ke ruang dialog.

“Penganjuran sidang anti-Jawi akan mengundang reaksi sidang pro-Jawi,” katanya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof pada hari ini turut menggesa penganjuran Kongres Organisasi Cina anjuran Dong Jiao Zong, antara lain untuk membantah pengajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular, agar ditangguhkan.

Mujahid berkata, ia bagi memberi ruang kepada pendekatan "lebih berhikmah" seperti rundingan dan dialog berkenaan isu berkenaan.

“Eloklah dibawa bincang dan kembali ke meja rundingan. Saya menggesa pihak yang mahu meneruskan kongres ini agar menangguhkan dahulu bagi memberi ruang berdialog untuk mencari titik persetujuan bersama.

“Semua kita perlu mengambil tanggungjawab untuk mencapai kata persetujuan demi kepentingan negara,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/ngo-lapor-polis-kongres-anjuran-dong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dong Zong Kecewa Polis Halang Kongres Anti Jawi

Dong Zong Kecewa Polis Halang Kongres Anti Jawi

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 389 hits
Sebanyak 17 kumpulan pendidikan Cina kecewa terhadap tindakan polis mendapatkan injunksi mahkamah untuk menghalang kongres yang dijadualkan esok bagi membincangkan pengenalan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular mulai tahun depan...
Mca Pemuda Dap Pertikai Arahan Pembatalan Kongres Jawi Dong Jiao Zong

Mca Pemuda Dap Pertikai Arahan Pembatalan Kongres Jawi Dong Jiao Zong

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 477 hits
BERITAMCA menyuarakan bantahannya terhadap pembatalan kongres anjuran Dong Jiao Zong berhubung tulisan Jawi yang dijadual berlangsung esok Menyifatkannya sbagai diskriminasi setiausaha agungnya Chong Sin Woon membangkitkan penganjuran Kongr...
Dong Jiao Zong Ngo Cina Bertegas Tak Nak Jawi Untuk Murid Darjah 4

Dong Jiao Zong Ngo Cina Bertegas Tak Nak Jawi Untuk Murid Darjah 4

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 415 hits
KOW GAH CHIE Sebanyak 17 NGO Cina diketuai Dong Jiao Zong teguh dengan pendirian mereka bahawa kerajaan wajar membatalkan pengajaran tulisan Jawi dalam buku teks Bahasa Malaysia tahun empat di sekolah vernakular tahun depan Kami gesa keraja...
Hanipa Tak Setuju Polis Mohon Perintah Mahkamah Terhadap Dong Zong

Hanipa Tak Setuju Polis Mohon Perintah Mahkamah Terhadap Dong Zong

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 388 hits
Hanipa Maidin tidak bersetuju dengan tindakan polis memohon perintah mahkamah untuk kumpulan pendidikan Cina Persekutuan Persatuan persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia tidak meneruskan persidangan membantah pengenalan Jawi di se...
Polis Dapat Perintah Mahkamah Batal Persidangan Bantah Jawi Dong Zong

Polis Dapat Perintah Mahkamah Batal Persidangan Bantah Jawi Dong Zong

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 496 hits
Mahkamah Kajang memerintahkan agar Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia tidak meneruskan persidangan bantahan tulisan jawi di Kolej New Era Kajang Sabtu ini Loading Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisione...
Dong Jiao Zong Agrees With Anwar But Remains Firm On Jawi Script Congress

Dong Jiao Zong Agrees With Anwar But Remains Firm On Jawi Script Congress

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 364 hits
Dong Jiao Zong has welcomed PKR president Anwar Ibrahim s call for all parties to engage in dialogues over the teaching of Jawi script to Standard Four pupils in national and vernacular schools However the Chinese educationist group appeare...
Adakah Kerajaan Malaysia Mesti Tunduk Pada Tekanan Pertubuhan Ultra Kiasu Dong Jiao Zong

Adakah Kerajaan Malaysia Mesti Tunduk Pada Tekanan Pertubuhan Ultra Kiasu Dong Jiao Zong

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 373 hits
Asyraf Farique dalam portal Fokus menulis pengharaman Dong Jiao Zong akan mengundang campurtangan kuasa besar China Penulis juga melontarkan pendapat bahawa hubungan yang baik antara Dong Zong dengan negara China serta kuasa ekonomi besar n...
Himpunan Dong Jiao Zong Musuhi Identiti Negara

Himpunan Dong Jiao Zong Musuhi Identiti Negara

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 324 hits
Kerajaan kena halang sikap biadab pertubuhan rasisBANGI Penganjuran Kongres Pertubuhan Cina pada 28 Disember depan boleh dianggap sebagai satu himpunan yang bersifat memusuhi identiti tanah air tercinta Malaysia Ketua Penerangan Berjasa Pus...
Melampau Dong Jiao Zong Perhimpunan Anti Jawi Hina Perlembagaan Malaysia

Melampau Dong Jiao Zong Perhimpunan Anti Jawi Hina Perlembagaan Malaysia

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 597 hits
Sidang akhbar ini bukan di adakan di luar negara Malangnya di manakah bahasa kebangsaan kerana label di depan meja itu pun tidak guna bahasa kebangsaan Jika bahasa kebangsaan pun disampahkan begitu sahaja apa lagi nilai perlembagaan Malaysi...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare