Newsfeed Media Kekal Sebagai Agensi Pemasaran Rasmi Fareha Holding Sdn Bhd


NEWSFEED MEDIA KEKAL SEBAGAI AGENSI PEMASARAN RASMI FAREHA HOLDING SDN BHD | Assalammualaikum semua! Hari ini telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum (MoU) pelan pemasaran Fareha Holding Sdn Bhd bersama Newsfeed Media

Berita gembira semestinya dihebahkan. Meraikan kesinambungan kerjasama di antara kedua-dua pihak adalah sesuatu yang manis. Walaupun penuh onak dan duri. Ini kerana perjalanan melaksanakan pelan pemasaran bukanlah semudah ABC

Pelan pemasaran yang jitu dan mengikut garis masa yang ditetapkan amat penting. Ia ibarat Personal Assistant (PA), setiausaha peribadi dan pengawal masa. Komitmen yang berterusan dari kedua-dua pihak amat diperlukan selain dari komunikasi yang jelas. 
Ruby perhatikan ramai usahawan yang masih melaksanakan pemasaran secara individu. Mereka lebih suka bergerak sendiri dan oleh kerana itu, mereka akan mengambil masa yang lama untuk dikenali. 
Jenama Fareha adalah fenomena luar biasa dalam perniagaan tudung. Siapa sangka, tudung yang mampu dimiliki, rekaan yang cantik dan sentiasa mengadakan promosi berterusan ini menjadi kegemaran muslimah. 

Tahniah Newsfeed Media dan Fareha Holding Sdn Bhd. Semoga kerjasama ini memberi manfaat kepada semua pihak, terus sukses dan berlandaskan syariat Islam. 
NEWSFEED MEDIA KEKAL SEBAGAI AGENSI PEMASARAN RASMI FAREHA HOLDING SDN BHD
Fareha Holding Sdn. Bhd. merupakan kilen Newsfeed Media dengan jumlah pelaburan tertinggi pemasaran luar talian bejumlah RM3,727,075.00


Newsfeed Media, syarikat yang membantu usahawan SME menyusun dan menjalankan pelan pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan khasnya menerusi medium luar talian (Offline) hari ini mengadakan majlis menandatangani MoU pelan pemasaran bersama Fareha Holding Sdn. Bhd. 
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Norzira Syarini Mohammed Pauzi, majlis ini juga diadakan sebagai tanda penghargaan pihaknya kepada Fareha Holding Sdn. Bhd. setelah kerjasama kedua-dua pihak sejak ogos 2020. 

“Pada 2021, Fareha Holding Sdn. Bhd merupakan klien kami dengan jumiah pelaburan tertinggi dalam pemasaran luar talian sebanyak RM2,238,835.00 dan tahun ini sekali lagi Fareha bersetuju untuk menyambung pemasaran luar talian menerusi medium radio berjumlah RM1.5 juta menjadikan keseluruhan kos pemasaran yang dilaburkan bemilai RM3,727,075.00 setakat ini," Norzira Syarini. 
Menurut beliau, selain radio, Fareha turut memberi kepercayaan kepada pihaknya untuk menyusun kemunculan jenama FAREHA dalam program temubual di beberapa siaran stesen TV termasuk TV3, RTM, TValhijrah, menaikkan papan iklan (billboard) di lebuhraya dan dalam bandar, siaran dalam akhbar-akhbar tempatan dan arus perdana serta banyak lagi medium pemasaran lain. 
“Bermula dari pertemuan pertama sejak Ogos 2020, kami merangka dan menyusun pemasaran yang berstrategi agar jenama FAREHA lebih terkedepan dan dikenali. 
“Fareha telah membuktikan bahawa produk tempatan dan usahawan SME dengan produk tudung bawal anti kedut berharga RM27 sehelai mampu untuk mencipta jenama ke peringkat luar biasa dan di kenall di seluruh negara, malah mendapat tempat pertama di hati pencinta tudung bawal. 
Tambah beliau, kepercayaan dan amanah yang diberikan buat kali kedua sangat besar nilainya, dan turut berbangga dengan pencapaian Fareha Holding Sdn. Bhd. 
Sementara itu, Pengarah Urusan Newsfeed Media, Mohd Afiq Abu Hasan mengajak usahawan semua untuk menjalankan pemasaran dengan lebih tersusun. 
“Usahawan yang melabur dengan jumlah yang tinggi untuk pemasaran belum tentu dapat memperkenalkan jenama masing-masing dengan baik dan dikenall, sekiranya tidak di lakukan secara berstrategi. 
Jelasnya, pemasaran luar talian juga masih relevan, terutama dalam membina kepercayaan masyarakat atau pengguna, meningkatkan kredibiliti dan lebih diyakini kesahihannya berbanding pemasaran secara dalam talian yang boleh di muat naik, di ubah dan di padam pada bila-bila masa. 
“Kami sangat komited dan sentiasa bersedia untuk membantu usahawan semua dan memberikan pelan pemasaran yang strategik untuk semua. 

Simbolik kepada majlis menandatangani MoU ini, Pengarah yang juga Pengasas Fareha, Nurul Fareha Anuar hadir menurunkan tandatangan pada replika cek berjumiah RM3,727,075.00. Selain itu, beliau turut menerima trofi ‘The Most Outstanding Brand 2021’ onjuran Newsfeed Media. 

Majlis bertema serba putih ini turut dihadiri oleh seramai 50 tetamu jemputan yang terdiri dari pihak Newsfeed Media, pihak Fareha Holding Sdn Bhd, wakil dari Astro, dan juga rakan-rakan media. 
MENGENAI FAREHA HOLDING SDN BHD
FAREHA ialah jenama tudung bawal dalam talian Malaysia dengan tanda dagangan “Bawal Anti Kedut”.  FAREHA dilancarkan secara rasmi pada  2016. Semua produk dari jenama ini direka bentuk dan dibina berdasarkan tiga elemen;  Moden, Mudah dan Kontemporari.  Tudung Bawal Fareha sangat senang dipakai dan tidak perlu di seterika.

MENGENAI NEWSFEED MEDIA
Newsfeed Media merupakan syarikat penjenamaan, pemasaran dan pengiklanan yang telah beroperasi sejak Januari 2020. Newsfeed Media ialah penyelesaian sehenti yang terjamin untuk menjenamakan, memasarkan produk dan menguruskan perkhidmatan perniagaan usahawan. Sama ada melalui pelbagai platform luar talian atau digital Newsfeed Media. 
Mempunyai pengalaman lebih sepuluh tahun dalam industri media, usahawan juga boleh bergantung kepada Newsfeed Media untuk memenuhi semua keperluan pengurusan acara mereka. Setiap ahli pasukan Newsfeed Media merupakan pakar dalam bidang masing-masing. Ini kerana mereka telah berada dalam industri selama bertahun-tahun. 
Newsfeed Media adalah sebuah agensi media bertauliah yang berdaftar di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Kewangan (MOF), kami berbangga untuk mengatakan Newsfeed Media berani berfikir di luar kotak pengiklanan untuk mencipta kempen yang memberi kesan kepada pelanggan kami

FAREHA | FACEBOOK | INSTAGRAMNEWSFEED MEDIA | FACEBOOK | INSTAGRAM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2022/01/newsfeed-media-kekal-sebagai-agensi-pemasaran-rasmi-fareha-holding-sdn-bhd.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alami Simptom Depresi Anxiety Taemin Shinee Akan Sambung Khidmat Tentera Sebagai Pekerja Awam

Alami Simptom Depresi Anxiety Taemin Shinee Akan Sambung Khidmat Tentera Sebagai Pekerja Awam

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 269 hits
SM Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai servis khidmat ketenteraan Tae min SHINee Pada 14 Januari SM Entertainment mengumumkan bahawa Tae min telah dipindahkan daripada kumpulan tentera ke perkhidmatan awam kerana menga...
Mahkamah Tetap 15 Februari Sebagai Pengurusan Kes Saman Fitnah Azam Baki

Mahkamah Tetap 15 Februari Sebagai Pengurusan Kes Saman Fitnah Azam Baki

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 179 hits
Saman terhadap Lalitha Kunaratnam atas dakwaan terbit artikel memfitnah Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi menetapkan 15 Februari depan sebagai pengurusan kes bagi saman yang difailkan oleh Ketua Pesuru...
Khairuddin Dipecat Sebagai Ajk Pas

Khairuddin Dipecat Sebagai Ajk Pas

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 238 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 14 2022 12 51 PMPresiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini mengesahkan jawatan Mohd Khairuddin Razali sebagai ahli jawatankuasa PAS digugurkan Pemecatan itu dibuat tidak sampai dua bulan dia dilantik ke jawatan i...
Lelaki Indonesia Dibayar Rm4 Juta Jual Gambar Swafoto Sebagai Nft

Lelaki Indonesia Dibayar Rm4 Juta Jual Gambar Swafoto Sebagai Nft

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 248 hits
Ghozali merakam gambar swafoto dirinya yang melihat ke arah skrin komputer setiap hari sejak 2017 Twitter JAKARTA Seorang lelaki dari Indonesia tidak menyangka koleksi swafoto dirinya yang dirakam di hadapan komputer sejak lima tahun lalu b...
8 Juta Lebih Warga Jakarta Tercatat Sebagai Penerima Vaksinasi Booster

8 Juta Lebih Warga Jakarta Tercatat Sebagai Penerima Vaksinasi Booster

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 222 hits
Kepala Dinas Kesehatan Provinsi DKI Jakarta Widyastuti mengatakan ada delapan juta warga Ibu Kota yang merupakan penerima vaksin booster Mereka merupakan warga DKI berusia 18 tahun ke atas dan sudah mendapatkan dosis kedua
Sering Dipilih Sebagai Ikon Jennie Blackpink Kongsi Pendapatnya

Sering Dipilih Sebagai Ikon Jennie Blackpink Kongsi Pendapatnya

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 241 hits
Jennie BLACKPINK telah dipilih menjadi bintang muka depan majalah Elle edisi Februari Sebagai model kempen global koleksi barang kemas Chanel Coco Crush Jennie telah melakukan penggambaran dengan cara yang kreatif sambil mengetengahkan semu...
Hari Ini Bareskrim Periksa Kadishub Depok Sebagai Tersangka Kasus Mafia Tanah

Hari Ini Bareskrim Periksa Kadishub Depok Sebagai Tersangka Kasus Mafia Tanah

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 208 hits
Sebelumnya Penyidik Direktorat Tindak Pidana Umum Bareskrim Polri melakukan pemeriksaan terhadap anggota DPRD Depok Nurdin Al Ardisoma Diketahui dirinya sudah ditetapkan sebagai tersangka atas kasus dugaan mafia tanah
Istimewa Madu Lebah Sebagai Penawar Penyakit

Istimewa Madu Lebah Sebagai Penawar Penyakit

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 194 hits
Istimewa Madu Lebah Sebagai Penawar Penyakit Madu lebah memiliki khasiat yang tersendiri dan ia merupakan bahan semulajadi yang dapat mengubati pelbagai penyakit Dalam sebuah buku bernama Tib an Nabawi Ibnu Wayyim al Jauzi memetik hadis Ras...
Azalina Persoal Muhyiddin Lantik Azam Baki Sebagai Pengarah Sprm

Azalina Persoal Muhyiddin Lantik Azam Baki Sebagai Pengarah Sprm

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 203 hits
January 10 2022 Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said membangkitkan soalan sama ada pemeriksaan menyeluruh sudah dibuat terhadap Tan Sri Azam Baki sebelum dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Mal...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah