Malaysia, merupakan antara penyumbang terbesar kepada kedatangan pelancong ke Taipei ini. Oleh yang demikian, pihak New Taipei City secara rasminya telah mengumumkan pelancaran “New Taipei City, New Adventure!” dan dipromosikan melalui akhbar sewaktu persidangan yang diadakan di JW Marriott, Kuala Lumpur.
Pesuruhjaya Chang Chi-Chiang daripada Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan New Taipei City menegaskan bahawa New Taipei City sentiasa menjadi bandar yang wajib dikunjungi oleh pelancong Malaysia yang akan datang ke Taiwan manakala Jiufen, Tamsui, Shifen dan Yeliu pula adalah destinasi paling popular di kalangan rakyat Malaysia.
Sejak tahun 2009, New Taipei City dan EVA Air telah membentuk bekerjasama bagi melancarkan banyak promosi pelancongan di luar negara termasuklah Malaysia. Menurut EVA Air Senior Vice President, Bahagian Pengurusan Penumpang EVA Air kini mengendalikan 7 penerbangan dalam seminggu antara Taipei dan Kuala Lumpur. Sebagai tindak balas kepada promosi ini, EVA Air melancarkan dua diskaun untuk produknya iaitu : Pakej Individu 4H3M bermula dari RM1,329 sebelum cukai dan Pakej Berkumpulan 7H6M pada harga bermula dari RM 2,599.
EVA Air juga telah merangkul anugerah Syarikat Penerbangan bertaraf 5 Bintang oleh SKYTRAX selama empat tahun berturut-turut. Selain daripada itu bagi memenuhi keperluan penumpang yang beragama Islam, EVA Air turut menawarkan servis makanan halal yang mendapat pengiktirafan dan sijil halal sepenuhnya daripada badan yang bertanggungjawab. Penumpang yang memerlukan makanan halal boleh menghubungi bahagian khidmat pelanggan sebelum penerbangan mereka.
Dari 20 hingga 22 September, kerajaan New Taipei City dan EVA Air telah menganjurkan pameran “New Taipei City New Adventure!” di Nu Sentral Shopping Mall Kuala Lumpur. Selain mempromosikan pengalaman Chipao, Bike Rail Shen’ao yang popular dengan menggunakan model skala penuh dan cenderahati yang lazat seperti kek nanas dan eggrolls, Pesuruhjaya Chang Chi-Chiang dan Senior Naib Presiden Charlie Pan juga turut membuat beberapa hidangan Bubble Milk Tea untuk dikongsi bersama pengunjung. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |