New Normal Lagi Pembangkang 2 Kepala



Pakatan Harapan (PH) yang merupakan blok pembangkang terbesar pada ketika ini, belum memutuskan siapa yang akan dilantik menjadi ketua pembangkang

Pada masa ini, ada dua calon yang mungkin akan diangkat sebagai ketua pembangkang iaitu Presiden PKR, Anwar Ibrahim (Port Dickson) dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad (Langkawi)

Secara konvensional, jawatan itu akan dipegang pemimpin dari parti pembangkang terbesar. Dalam kes ini, parti berkenaan ialah DAP

Namun, menurut Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, DAP menyatakan mereka tidak berminat untuk jawatan tersebut semasa Majlis Presiden PH bermesyuarat sebelum ini

"Kami sudah membincangkan perkara itu minggu lalu selepas Anwar memberitahu kami bahawa dia menerima surat daripada menteri di Jabatan Perdana Menteri

"Saya menganggapnya dari Takiyuddin Hassan, yang bertanya mengenai kedudukan pemimpin pembangkang

"Perkara itu dibincangkan berdasarkan dua persetujuan yang diterima bersama," kata Saifuddin kepada Malaysiakini

Satu parti dua sisi
Jelas ahli parlimen Kulim - Bandar Baru itu, hal penting itu dibincangkan bagi mendapatkan persetujuan dalam kalangan ahli parlimen pembangkang

Saifuddin turut mendedahkan beliau bertemu dengan Mahathir yang juga pengerusi Bersatu, dan Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal, baru-baru ini bagi pihak sekretariat PH untuk perbincangan awal mengenai perkara itu

Katanya masih ada masa selama beberapa minggu lagi sebelum mereka membuat keputusan menjelang sidang Dewan Rakyat selama sehari pada 18 Mei ini

"Saya tidak ada jawapan. Kami belum sampai ke tahap itu," katanya ketika ditanya mengenai apakah nama Mahathir akan mengisi jawatan yang sebelum ini dipegang Anggota Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob

Sementara itu ketika dihubungi, Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, mengesahkan bahawa partinya tidak akan memegang jawatan ketua pembangkang

Selain hanya berlangsung sehari, sidangan Dewan Rakyat kali ini juga - buat pertama kalinya - akan menyaksikan ada sebuah parti politik akan duduk di dua sisi berasingan sekali gus

Bersatu - yang menawan Putrajaya melalui Perikatan Nasional (PN) bersama BN dan PAS - mempunyai wakil di kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang

Tempat wakil Bersatu akan ditentukan oleh pendirian mereka, sama ada menyokong Mahathir atau Muhyiddin Yassin.
Keputusan berdasarkan parti
Pada 24 Feb lalu, Bersatu menarik diri dari PH sementara Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri

Ini membawa kepada kejatuhan kerajaan PH dan akhirnya Muhyiddin diangkat sebagai perdana menteri baru dengan sokongan sebahagian besar anggota parlimen parti berkenaan, dan semua wakil Umno, PAS dan Gabungan Parti Sarawak

Sekumpulan kecil anggota parlimen yang dipercayai masih setia kepada Mahathir akan bergabung dengannya dengan duduk di bangku pembangkang, terutama anaknya, Mukhriz (Jerlun) dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar)

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub pula berkata partinya akan mematuhi konsensus PH untuk memilih pemimpin pembangkang

Ditanya secara khusus apakah parti itu akan menerima Anwar atau Mahathir, Salahuddin bekata parti itu terbuka untuk membincangkannya

Anwar dalam sesi temu ramah Consider This pada Isnin malam bagaimanapun memberikan jawapan samar-sama berhubung perkara itu
"Buat masa ini, saya ketuai pembangkang

"Pakatan Harapan ada 92 wakil dan telah membuat keputusan berdasarkan parti yang masih ada iaitu DAP, PKR dan Amanah

"Bagi PH, ia masih sama, sayalah ketua. Namun, kami akan terus bekerjasama dengan pemimpin dari parti pembangkang yang lain," katanya dipetik Astro Awani
Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/04/new-normal-lagi-pembangkang-2-kepala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jomo Malaysia New Normal

Jomo Malaysia New Normal

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 444 hits
Pakar ekonomi Dr Jomo Kwame Sundaram berkata krisis politik yang berlaku di tanah air pada pertengahan bulan Februari telah membazirkan masa negara untuk bersiap sedia menghadapi penularan wabak Covid 19 Saya berurusan dengan kerajaan sebel...
Sabah Firms Adapting To New Normal

Sabah Firms Adapting To New Normal

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 313 hits
Brandon Young s Mexican restaurant in better times KOTA KINABALU Business owners in several sectors here concede they have no choice but to tailor their trades to suit the abnormal situation brought about by the Covid 19 threat Association ...
More Like New Abnormal Tok Mat Says On New Normal

More Like New Abnormal Tok Mat Says On New Normal

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 294 hits
Umno deputy president Mohamad Hasan PETALING JAYA Umno deputy president Mohamad Hasan has urged Putrajaya to announce a holistic strategy and implementation plan for Malaysians to adapt and subsequently move on from the new normal caused by...
10 Desain Inovatif Lawan Corona Sangat Menunjang Kehidupan New Normal Manusia Seperti Sekarang

10 Desain Inovatif Lawan Corona Sangat Menunjang Kehidupan New Normal Manusia Seperti Sekarang

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 290 hits
Alat alat yang sangat kita butuhkan saat ini mulai helm pendeteksi suhu tubuh sampai kostum pemakaman khusus untuk pelayat
A New Normal

A New Normal

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 399 hits
The rare leatherback turtles appear to be returning to the beaches in Thailand In India the Himalayas are clearly visible from Delhi for the first time in years In Turkey dolphins are seen closer to the shores in Istanbul In Malaysia the sk...
Keeping Flying Safe In New Normal Environment

Keeping Flying Safe In New Normal Environment

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 377 hits
AirAsia Chief Safety Officer Captain Ling Liong TienPre COVID 19 sounds like the distant past to most of us now and nearly everything has changed including safety standards on how we keep all of our aircraft serviceable and safe throughout ...
Ridzuan Halim Makin Biasakan Diri Dengan The New Normal

Ridzuan Halim Makin Biasakan Diri Dengan The New Normal

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 375 hits
Bekas pemain futsal Pahang dan skuad kebangsaan Ahmad Ridzuan Abdul Halim mengakui dia semakin membiasakan diri dengan kehidupan the new normal sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan Menurut Ridzuan yang ketika ini merupakan penolon...
Ramadan New Normal 2020 Salam Ramadan

Ramadan New Normal 2020 Salam Ramadan

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 862 hits
hai assalammualaikumRamadan New Normal Salam Ramadan Harini hari pertama kita berpuasa Puasa seperti biasa tahan lapar daripada makan dan minum bermula terbit fajar hingga terbenam matahari Tapi suasananya berlainan untuk tahun ni Tahun 202...
Branding The Heartbeat Of Business

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447h 2025m

Tips Mengatasi Lidah Pahit

Ghatah Siput Bakaq Kuala Sungai Baru

Menegurlah Dengan Hikmah

Cekodok Pisang Buat Nellisa

Buasir Otak Tv Bila Orang Cakap Tengah Fokus Buat Kerja

Tinjauan Menunjukkan 95 Rakyat Malaysia Utamakan Penjagaan Kesihatan Dan Pencegahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi Elit Politik Malaysia Perlu Muhasabah Dari Insiden Di Indonesia

Dua Kanak Kanak Lemas Polis Tahan Lelaki Dan Wanita Beri Keterangan Meragukan

Datuk Zaharil Dimasukkan Ke Hospital Akibat Serangan Jantung

Thomas Arya Izinkan Ku Menyintamu Chord

British Teen David Balisong Found Safe In Kl Hotel

Tabung Haji Chairman Abdul Rashid Named Tokoh Perdana Maulidur Rasul Award Recipient