New E Commerce In Progress
Salam.
Bulan September ni kedai online asmafeltbox kat yezza akan expired
Setakat ni cuba teka berapa order dah saya dapat melalui yezza
1 order
Hahaha
Selama dekat setahun ni cuma ada 1 order je. Unbelievable
Puncanya saya pun tak tahu
Saya tak begitu cakna sangat dah sekarang. Kalau dulu memang nak siasat, tapi sekarang cam tak larat nk siasat²
Mungkin (mungkin je ni) yezza tu adalah hibrid e-commerce dan whatsapp.
Order yang masuk tu akan berhubung dengan whatsapp. Kat situ saya sendiri pun pening sikit. Mungkin customer pun pening, so diorang pun dm saya atau terus beli kat shopee, senang sikit.
Oleh itu saya takkan sambung dah langganan yezza tu, walaupun harganya berpatutan
Sekarang ni saya tengah bina kedai online baru. Dan penat sangat la bina kedai online baru setiap tahun. Ada dekat 200 barang kot nak listing, tak larat aku tiap tahun kene macam ni
Sebelum ni 4 tahun pakai third party punya e-commerce. Memang puas hati cuma harga tu agak tinggi untuk jualan barang² craft supply
Oleh itu saya bina sendiri je la kali ni. Harap² ok la. Ingat tak haritu saya ada bina sendiri kedai online, pastu dia hilang.Hahaha. Kalut giler time tu
Kali ni saya dah plan buat backup awal²
Lagipun ada kedai shopee, so bole redirect korang ke sana
Inilah kedai online yang masih in progress :
Tak siap lagi tapi excited nak tunjuk
Suka theme dia, nampak macam cute sangat kan. Cuma susun letak dia tu gedabak sangat. Itu tak bole tukar setting dah. Memang dah terletak kat situ
Korang jangan order lagi kat sini tau
Belom siap lagi
Korang order kat kedai yezza, tak pon kat shopee je
Nanti bulan 9 baru start bole guna (in shaa Allah).
Wassalam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://asma-felt-box.blogspot.com/2021/06/new-e-commerce-in-progress.html