Happy New Year 2021 A New Year With Lots Of Dreams
As Salam,Hi.Finally.We are here.Syukur Kepada Allah Yang Maha baik, atas kurniaanNya, atas limpahan rahmat yang Maha luas, sehingga kita berada dan masih dapat menghirup nafas pada tahun 2021.Yup.Tahun baru kata semua orang.Tapi jika masih dengan roh dan semangat lama, confirm tak akan kemana juga hala tuju hidup kita
Sebenarnya, sejak semalam lagi.Saya dah punya list yang panjang untuk diselesaikan menjelang bulan pertama tahun ini.Saya mahu semuanya dalam keadaan saya bersedia sepenuhnya menjelang persekolahan 2021.Walaupun nampak samar-samar adakah masih lagi Work from home atau boleh mengajar seperti biasa, saya tetap mahu bersedia.InshaAllah:)
Saya ambil kesempatan ini untuk ucapkan Selamat menempuh Tahun dan kehidupan yang pastinya akan jadi lebih mencabar jika kehidupan sebelum ini tidak diuruskan dengan baik
Allah tetap dekat dengan kita.Cuma tahun ini sejauh mana kita mahu lebih dekat dan lebih jauh berlari mengejar Allah
Bagi saya, tahun baru ini, mahu buat sesuatu dan capai hal baru dalam hidup saya.Mungkin saya mahu buat kelainan. Buat hal sama, tapi dengan pendekatan dan cara yang lebih baik, mungkin lebih kreatif dan lebih membahagiakan insan-insan yang saya kasihi.aamin
Tahun ini juga, saya mahu lebih banyak menulis impian saya untuk 10 tahun mendatang ( dengan bacaan, jika Allah masih izin saya bernyawa lagi )-saya pernah kongsikan sebelum ini, bagaimana satu demi satu impian saya Allah kabulkan menjadi realiti depan mata saya.Alhamdulillah:)
Semuanya hanya perlu saya tuliskan apa impian saya, dan imaginasikan yang saya sudah pun mendapatnya.Allah maha berkuasa atas tiap sesuatu yang berada di langit dan di bumi. Usah fikirkan bagaimana Allah akan kabulkan doa kita, itu bukan tugas kita.Allah cuma mahu kita berdoalah kepadaNya
Tak perlu pun buat azam baru setiap awal tahun baru, yang penting kemahuan untuk terus istiqamah atau konsisten dengan apa yang sudah kita rencanakan.
Sampai jumpa lagi :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikmatahariku.blogspot.com/2021/01/happy-new-year-2021-new-year-with-lots.html