Netizen Terkejut Ustaz Minta Sumbangan Rm500 000 Untuk Bina Kubah Surau


Netizen terkejut, ustaz minta sumbangan RM500,000 untuk bina kubah surau




Beberapa hari yang lalu, seorang pendakwah bebas memuat naik status di Facebook memohon sumbangan orang ramai bagi membina kubah surau di Pusat Kecemerlangan As-Syafie. 


Apa yang menarik perhatian ramai adalah, kos pembinaan yang menelan belanja hampir setengah juta ringgit itu menjadi persoalan. 


Menurut Ustaz Abdullah Khairi, pihaknya memerlukan kos sebanyak RM490,000 bagi membina kubah dengan keluasan 60 kaki x 60 kaki. Kutipan setakat yang dimaklumkan telah mencecah RM84,567.50. 





"Ini adalah kos sebenar untuk pembinaan Kubah Surau Pusat Kecemerlangan As-Syafie. Sekarang dengan duit yang ada, kita bina kubah sementara dulu untuk menjadikan realiti surau dapat digunakan sebelum raya Haji ni. 

"Jumlah kos sebenar untuk kubah dengan keluasan 60 kaki x 60 kaki adalah RM490,000, boleh lihat quotation yang diberikan. InsyaAllah sudah ada RM84,567.50.


"Siapa yang nak berwakaf untuk kubah tersebut, boleh transfer dalam akaun sekolah: Pusat Kecemerlangan Assyafie," demikian tulisnya pada status tular itu.





Bagaimanapun, kos belanja pembinaan itu dikatakan tidak masuk akal. Seorang netizen yang dikenali sebagai Hafiz berkata, dengan kos sebanyak itu mampu membina beratus-ratus pondok pelajar. 

"Terkejut perut saya baca untuk buat kubah surau di sebuah pusat pengajian hampir setengah juta ringgit. Harga begini jika dibahagikan untuk pondok, boleh siapkan beratus-ratus pondok pelajar. 


"Saya bimbang ini menunggang atas nama pusat pengajian untuk mengaut keuntungan masuk poket sendiri sahaja. Kubah bukan satu keperluan mendesak. Jika tiada kubah sekalipun, solat tetap sah. Tidak perlu membazir sumbangan orang ramai," ujarnya. 


Netizen, Roman, turut mengambil contoh sebuah masjid di Dhaka yang tiada kubah. Masjid tersebut menang Aga Khan Award, iaitu anugerah untuk senibina yang memberi tumpuan kepada nilai-nilai Islam, sustainability dan conservation (kurang pembaziran). 








Sementara itu, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebelum ini pernah mengulas mengenai isu pembinaan kubah berkata, sekiranya pembinaan kubah tersebut menelan kos seperti membina sebuah masjid, kubah itu tidak termasuk dalam wakaf masjid kerana benda itu di luar keperluan. Tidak boleh menggunakan duit wakaf untuk membuat perhiasan-perhiasan yang memakan harga yang begitu mahal. 
Tonton video penjelasan penuh Dr MAZA di bawah:




Seorang lagi netizen, Azari Mat Yasir, yang pernah berkongsi mengenai pandangannya pada tahun 2021 bahawa masjid tidak perlu kubah, tidak perlu binaan yang gah dan kata-kata yang indah. Sebaliknya yang paling penting adalah fungsi. 


"Ini masjid yang paling penting: Hati kita. Pakailah walau songkok dan tengkolok sebagai penutup kepala, kerana memakai kaffiyeh tidak menjadikan kita lebih islamik kalau perangai masih tak betul," katanya yang turut melampirkan beberapa gambar masjid binaan dalam negara dan luar negara tanpa kubah. 


Hari tu aku ada kongsikan foto tentang Masjid Al-Irsyad Satya di Indonesia. Ada kawan2 yang kata tak minat dengan rekaan macam ni. Cara Indonesia buat masjid tanpa kubah, tak nampak Islamik.

Meh aku nak explain sikit: Masjid tak perlu KUBAH.

1/17 pic.twitter.com/r6UMEozhvE
— Azari Mat Yasir (@azarimy) September 12, 2021Ramai yang masih lagi menganggap masjid PERLU ADA KUBAH, kena ada ukiran ayat2 Quran, barulah rasa macam masjid dan sebagainya. Sebenarnya, kat Malaysia pun ada aje masjid tanpa kubah. Ni di Johor Bahru. Bumbung cerun landai disorok di sebalik ornamen fasad.

2/17 pic.twitter.com/COdrdHtlVo
— Azari Mat Yasir (@azarimy) September 12, 2021Ini pulak di Cyberjaya. Bumbung meru (piramid) berlapis. Ini sebenarnya berasal-usul dari senibina masjid di Nusantara sejak beratus2 tahun dahulu. Ini kerana tukang2 kayu zaman dulu mengadaptasi teknologi sezaman untuk interpret senibina masjid dari Timur Tengah.

3/17 pic.twitter.com/BpIt7tTtth
— Azari Mat Yasir (@azarimy) September 12, 2021Ini juga di Cyberjaya. Masih ada elemen kubah kat sini, tapi ia dah dimodenkan menggunakan bentuk geometri. Ia nampak harmoni dengan corak geometri yang diaplikasikan di seluruh fasadnya.

4/17 pic.twitter.com/g5UGCMhzWY
— Azari Mat Yasir (@azarimy) September 12, 2021Betul ke masjid nusantara dulu2 takde kubah?

Betul cu, ni contoh antara masjid tertua di Malaysia: Masjid Kampung Hulu di Melaka. Dibina 1728. Pernah pergi? Sekarang masih teguh berdiri.

5/17 pic.twitter.com/RvWMlIW8jp
— Azari Mat Yasir (@azarimy) September 12, 2021Nak lagi tua? Nah ni Masjid Kampung Laut di Kelantan. Dibina sekitar kurun ke-15. Pernah rosak kerana banjir dua kali. Lepas tu diangkat dan dipindahkan oleh rakyat setempat untuk menyelamatkannya.

Tak berat ke angkat masjid? Angkat dosa lagi berat, bro.

6/17 pic.twitter.com/yL9ryJcHRG
— Azari Mat Yasir (@azarimy) September 12, 2021Masjid An-Nur Peringgit, Melaka. Binaan asal 1726, tapi roboh dan dibina semula pada 1868. Pun tak ada kubah.

7/17 pic.twitter.com/8rWjrpbIDe
— Azari Mat Yasir (@azarimy) September 12, 2021Memang kubah dah jadi sinonim kat dunia melambangkan senibina masjid dan Islam. Tapi ia bukan satu2nya identiti senibina Islam.

Di Muar, Masjid Jamek ini menggunakan senibina neo-klasikal. Takde kubah juga.

9/17 pic.twitter.com/7ETVotBZTU
— Azari Mat Yasir (@azarimy) September 12, 2021OK kembali ke zaman sekarang: Banyak sebenarnya masjid di Malaysia yang tak pakai kubah pun. Jadi tak patut timbul isu "masjid tanpa kubah tak nampak Islamik". Ni Masjid Negeri, NS.

Tau tak betapa susahnya nak figure out bumbung melengkung 9 sudut tu tanpa AutoCAD?

10/17 pic.twitter.com/UxlnElpMrB
— Azari Mat Yasir (@azarimy) September 12, 2021Dan takkan korang tak pernah nampak Masjid Negara, kan? Mana kubahnya? TIADAAAAA!

Tahukah anda, dalam dunia senibina, bumbung piramid berlipat ni sangat unik dan memang jadi sebutan ramai? Korang je yg tak appreciate haha!

11/17 pic.twitter.com/4XvZKkxaM0
— Azari Mat Yasir (@azarimy) September 12, 2021Kita ke UK pula. Ini di East London. Jangan risau, dia takde kubah bukan kerana ada sentimen anti-kubah atau anti-Islam di UK. Banyak aje masjid berkubah merata2 di UK tu.

Ini adalah design yang disengajakan.

12/17 pic.twitter.com/KDYaMvLBVH
— Azari Mat Yasir (@azarimy) September 12, 2021Kembali ke Indonesia, masjid di Jawa Barat. Sungguhpun Zaha Hadid mungkin meronta2 kat dalam kubur dia melihat deconstructivism ditunggang sebegitu rupa, tapi kita patut respek cubaan berani dari arkitek ini! :D

13/17 pic.twitter.com/BmOEh4lK2I
— Azari Mat Yasir (@azarimy) September 12, 2021Di Pakistan, bayangkan berapa ramai jemaah yg boleh memenuhi masjid ini? Pakailah teknologi yg ada sebaiknya - konkrit, space frame, pneumatic air-bubble structure dan sebagainya.

Islam tak mengongkong imej dan identiti.

15/17 pic.twitter.com/5MJALaghdx
— Azari Mat Yasir (@azarimy) September 12, 2021Masjid Agadez di Niger, berumur lebih 500 tahun, sezaman dengan umur Melaka. Masih terus berdiri. Masih terus berfungsi. Tak terkejar2 identiti.

16/17 pic.twitter.com/BnkltNExAE
— Azari Mat Yasir (@azarimy) September 12, 2021Ini masjid paling penting: Hati kita. Ia tak perlukan binaan yang gah dan kata2 indah. Yang penting fungsi.

Pakailah walau songkok dan tengkolok sebagai penutup kepala, kerana memakai kaffiyeh tak menjadikan kita lebih Islamik kalau perangai masih tak betul!

17/17 end. pic.twitter.com/D3PGpuk3BW
— Azari Mat Yasir (@azarimy) September 12, 2021

Sumber: FB Hafiz Adnan, Twitter Roman Akramovich, Dr MAZA, Twitter Azari Mat Yasir


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2022/04/netizen-terkejut-ustaz-minta-sumbangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kubah Rm500k Biar Langau Mencari Taik Kita Terus Cari Madu Dari Debunga Ustaz Tampil Nafi Dakwaan Bazir Wang Sumbangan

Kubah Rm500k Biar Langau Mencari Taik Kita Terus Cari Madu Dari Debunga Ustaz Tampil Nafi Dakwaan Bazir Wang Sumbangan

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 282 hits
Kubah RM500K Biar langau mencari taik kita terus cari madu dari debunga Ustaz tampil nafi dakwaan bazir wang sumbangan Syukran Jazilan Dengan viral pasal kubah tu oleh Azhar Ismail dan Miqdad Zakaria Alhamdulillah lagi ramai orang menderma ...
Netizen Persoal Jkr Sarawak Kos Bina Jeti Rm50 000

Netizen Persoal Jkr Sarawak Kos Bina Jeti Rm50 000

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 216 hits
Netizen persoal JKR Sarawak kos bina jeti RM50 000 Jabatan Kerja Raya Sarawak mencuri perhatian selepas memuat naik beberapa keping gambar majlis penyerahan jeti kayu di Kampung Mutap Miri Sarawak yang bernilai RM50 000 Menurut catatan Face...
Ex Water Dept Director Paid Over Rm500 000 In Cash For Condo Unit Court Told

Ex Water Dept Director Paid Over Rm500 000 In Cash For Condo Unit Court Told

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 423 hits
Ag Mohd Tahir Ag Mohd Talib his wife Fauziah Piut and his former deputy Lim Lam Beng are charged with 37 counts of money laundering involving RM61 million KOTA KINABALU A witness in the Sabah water department corruption trial told the court...
Bantuan Maik Permohonan Bantuan Am Rm500 Rm3 000 L Terma Dan Syarat

Bantuan Maik Permohonan Bantuan Am Rm500 Rm3 000 L Terma Dan Syarat

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 360 hits
Bantuan Maik Bantuan Am RM500 RM3 000 Terma Dan Syarat Di zaman Pandemik COVID 19 ini ramai diantara kita yang terjejas dan amat memerlukan bantuan dari pihak kerajaan pusat atau negeri Bagi membantu mereka yang memerlukan dan terjejas piha...
Hiburan Macam Projek 5k Je Jkr Miri Update Jeti Kayu Siap Dibina Netizen Persoal Kos Sampai Rm50 000

Hiburan Macam Projek 5k Je Jkr Miri Update Jeti Kayu Siap Dibina Netizen Persoal Kos Sampai Rm50 000

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 397 hits
Posting Jabatan Kerja Raya Miri di Facebook baru baru ini tentang jeti di Kampung Mutap mendapat perhatian ramai warganet itu adalah tentang majlis penyerahan jeti kayu yang sudah siap dibina itu Namun apa yang membuatkan ia menarik perhati...
Beli Emosi Islam Anthony Loke Sumbang Rm108 000 Kepada Masjid Dan Surau

Beli Emosi Islam Anthony Loke Sumbang Rm108 000 Kepada Masjid Dan Surau

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 132 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook memperuntukkan sumbangan berjumlah RM108 000 untuk 15 masjid dan 78 surau di kawasan Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Seremban Ia merupakan susulan kepada peruntukan RM78 000...
Sprm Sahkan Tiada Unsur Rasuah Dalam Projek Bina Jeti Kayu Belian Rm50 000

Sprm Sahkan Tiada Unsur Rasuah Dalam Projek Bina Jeti Kayu Belian Rm50 000

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 184 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan tiada sebarang unsur rasuah dalam projek pembinaan jeti kayu di Kampung Mutap Bekenu Miri Sarawak seperti yang didakwa di media sosial beberapa hari lalu Sumber dari SPRM yang dipetik oleh ...
Sungai Itu Banyak Buaya Jkr Miri Kata Faktor Keselamatan Antara Punca Kos Projek Bina Jeti Rm50 000

Sungai Itu Banyak Buaya Jkr Miri Kata Faktor Keselamatan Antara Punca Kos Projek Bina Jeti Rm50 000

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 262 hits
Susulan projek pembinaan jeti kayu bernilai RM50 000 di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya Miri dipertikaikan netizen jabatan berkenaan tampil memberi penjelasannya JKR Miri berkata kos RM50 000 tersebut antaranya termasuk kos logistik selain...
Diorang Solat Macam Ni Ha Lelaki Hina Cara Orang Bersolat Dalam Bas Surau Bergerak Dikecam Netizen

Diorang Solat Macam Ni Ha Lelaki Hina Cara Orang Bersolat Dalam Bas Surau Bergerak Dikecam Netizen

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 270 hits
The ReporterTindakan seorang lelaki mempersendakan cara orang beragama Islam solat di dalam bas Surau Bergerak mengundang kemarahan netizen Video yang dimuat naik di laman TikTok itu menunjukkan wanita yang juga perakam video itu terdahulu ...
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar