Netizen Keliru Pendirian Pas Dalam Isu Arak



BANGI, 7 Rabiulakhir 1442H, Isnin – Bukan hanya pelik, malah rata-rata pengguna media sosial ‘pening’ dengan pendirian menteri PAS terhadap isu pengharaman arak di negara ini.

Ia susulan respon terhadap petikan satu temubual eksklusif bersama Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali yang disiarkan di TV Pertiwi hari ini.

Dalam rakaman berdurasi lebih seminit itu, Dr Khairuddin yang ditanya mengenai pengakhiran bagi industri arak berkata, sekiranya minuman keras memudaratkan, ia patut diharamkan untuk dijual secara umum.

Namun, minum arak adalah hak yang diberikan oleh agama masing-masing, dan ia menjadi hak kepada orang bukan Islam.

“Kerana itu hak yang diberikan oleh Allah SWT kepada agama lain dibenarkan.

“Tetapi, kalau judi, tiada agama yang membenarkan judi. Itu perlu bezakan antara judi dan arak. Arak sebahagian agama membenarkannya, kita akan beri hak kepada mereka,” katanya.

Ditanya, adakah PAS akan mendesak kepada pengharaman arak, menurut Dr Khairudin, hak itu masih diberikan kepada orang bukan Islam kerana ia dibenarkan syariat.

“Cuma, bagaimana penjualan itu mesti kita bincang. Kalau dia dijual secara berleluasa hingga menyebabkan memandu dalam keadaan mabuk, itu memudaratkan rakyat.

“Kita tengok bukan pada isu arak, tetapi isu memudaratkan itu menjadi pertimbangan kita. Maka, selagi ia tak mudaratkan orang bukan Islam, teruskan kerana agama mereka membenarkan,” kata Dr Khairuddin.

Keliru dengan kenyataan pemimpin PAS itu, rata-rata netizen mempersoalkan mengenai agama lain yang membenarkan arak seperti didakwa Dr Khairuddin.

“Agama mana yang cakap arak dibolehkan ya akhi?,” tulis Muhammad Anuar.

“Mana ada agama bagi minum arak. Agama apa datuk?,” soal Sit Matsuda.

Sementara, Kety Kety berkata, dalam keadaan sekarang, menjadi kewajaran untuk arak diharamkan memandangkan banyak kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk.

“Betul ke ada agama yang membenarkan minum arak? Betul ke minum arak itu hak diberi oleh Allah kepada agama tertentu, atau video ini dipotong-potong penjelasannya? Ya Allah sungguh mengelirukan,” tulis Rasdan Affandi.

“Setahu saya, belum ada agama di dunia ini yang menghalalkan arak lebih-lebih lagi agama yang dah lama wujud. Kalau agama yang baru wujud tak tahulah pula,” kata Zaey Dean.

https://www.facebook.com/TvPertiwi/videos/851384995437225/



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/11/netizen-keliru-pendirian-pas-dalam-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mana Walaun Pas Isu Arak Dan Beer

Mana Walaun Pas Isu Arak Dan Beer

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 283 hits
1 Mana walaun PAS Lama tak nampak Isu bir masih dibenarkan dijual tak ulas isu Covid 19 naik mendadak tak ulas isu pemandu mabuk tak ulas isu kematian adib senyap bila tarikh pelaksanaan RUU355 hudud pun tak tuntut 2 Waktu PH perintah nampa...
Konon Dulu Pas Serbu Kedai Sebab Jual Arak Rupanya Itu Adalah Bir Kikikikikiii

Konon Dulu Pas Serbu Kedai Sebab Jual Arak Rupanya Itu Adalah Bir Kikikikikiii

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 480 hits
P E J U W A N G I S L E BOB KELANANG Tahun lalu pimpinan Pas Perak Hafez Sabri bersama sekumpulan telah datang sebuah kedai di Manjoi Ipoh gara gara menjual minuman keras Beliau menuntut supaya pasaraya tersebut menghentikan penjualan arak ...
Arak Dah Dipamerkan Bagaimana Pas Membantah

Arak Dah Dipamerkan Bagaimana Pas Membantah

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 306 hits
BOB KELANANG OK kot dulu sorok kalau nak beli arak TAPI sekarang dah terang terangan sebab arak dah dikategorikan minuman xmemabukkan BOLE jer buat bekal KOH KOH KOH jilaker
Kawalan Jualan Arak Ke Mana Hilangnya Suara Mp Dap Yang Menjuarai Isu Melawan Arak Dalam Dap

Kawalan Jualan Arak Ke Mana Hilangnya Suara Mp Dap Yang Menjuarai Isu Melawan Arak Dalam Dap

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 367 hits
MP DAP Batu Gajah V Sivakumar diketahui merupakan juara melawan arak dalam DAP Beliau pernah mengeluh Arak di Malaysia boleh diperolehi dengan mudah seumpama membeli air minuman yang lain sama ada di pasar raya restoran hotel kedai runcit m...
Agaknya Isu Sebenar Bagi Pas Hanyalah Sokong Saja Apa Yang Pm Suka

Agaknya Isu Sebenar Bagi Pas Hanyalah Sokong Saja Apa Yang Pm Suka

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 261 hits
Kalau memperjuangkan lanjutan moratorium lanjutan selama enam bulan lagi dan membenarkan pengeluaran sebanyak RM10 ribu daripada Akaun 1 KWSP bukan isu sebenar apa dia isu yang sebenarnya di ketika pandemik Covid19 melanda ini Dalam isu mor...
Hiburan Instagram Suami Diserang Sarah Hildebrand Seru Netizen Usah Masuk Campur Isu Dirinya Buka Tudung

Hiburan Instagram Suami Diserang Sarah Hildebrand Seru Netizen Usah Masuk Campur Isu Dirinya Buka Tudung

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 669 hits
Selepas tindakannya membuka tudung kini nama pelakon Sarah Hildebrand seakan mula meraih perhatian netizen sehingga ada yang tampil mencaci maki dirinya atas perbuatan tersebut Terbaharu Sarah khabarnya menempelak seorang netizen yang berti...
Masuk Campur Isu Da I Syed Netizen Ungkit Hal Rumah Tangga Pu Abu

Masuk Campur Isu Da I Syed Netizen Ungkit Hal Rumah Tangga Pu Abu

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 491 hits
Gara gara tindakannya menasihati netizen supaya tidak sewenang wenangnya menjatuhkan hukum serta mengadili ujian menimpa Da i Syed kisah rumah tangga Pencetus Ummah Abu Sufya diungkit oleh netizen Menerusi Insta Story PU Abu memuat naik pap...
Inilah Doktor Ketuai Bedah Siasat Zara Qairina Rupanya Bukan Calang Calang

Best Healthy Breakfast Recipe With Eggs

Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Bila Beruk Pun Rajin Menyapa

Masak Kicap Sotong Dan Kes Jenayah

Jay Idzes Pilih Sassuolo Babak Baru Karier Sang Kapten Venezia

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Bursa Efek Indonesia Kalbar Bidik 100 Galeri Investasi Sekolah Pada 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kucing Bernama Dak Jasmine

13 Golongan Yang Kencingnya Menyebabkan Solat Tidak Sah

7 Produk Xdr Yang Popular Dan Dipercayai Tahun 2025

Printing Kotak Packaging Custom Pilihan Terbaik Untuk Bisnes Kecil Sederhana

Bayam Merah

A Soft Wrap With Substance Why Fitbakes Is Gaining Fans Beyond Keto