Netizen Kagum Sikap Warga Emas Jepun Kutip Sampah Di Cameron Highlands
WARGA JEPUN DAN KOREA SANGAT BERDISIPLIN SOAL KEBERSIHAN
Berikut adalah perkongsian oleh Wartawan Berita Harian mengenai budaya warga Jepun dan Korea ketika beliau pernah membuat liputan sewaktu kejohanan Bolasepak Piala Dunia 2002. Ikuti pengalaman beliau;
Berbalik kepada budaya Jepun dan juga Korea, jika anda pergi ke negara berkenaan mesti anda tidak pernah nampak satu butiran sampah berada di jalanan dan tepi semak samun. Penulis masih ingat lagi ketika berada di pulau peranginan Jeju, Korea Selatan pada 2010, apabila terpaksa mencari tong atau bakul sampah di serata sudut hotel namun tidak langsung menjumpainya.
Malah penulis berasa malu apabila pekerja hotel yang ditanya mengapa tiada satu pun bakul sampah pantas menghulurkan dua tangannya mengambil kertas yang dironyok penulis lantas memasukkan ke dalam poket seluarnya. ‘Rahsia’ tiada tong sampah ini tidak lain hanya untuk mendidik dan melatih rakyat negara itu ke satu tahap disiplin yang amat tinggi iaitu tidak membuang sampah sewenang-wenangnya.
Sesuailah dengan DASAR PANDANG KE TIMUR, yang sekali lagi diserapkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad setelah diperkenalkannya 37 tahun lalu.
Sudah menjadi budaya hidup dan tabiat bekerja warga Jepun terutama selepas kalah Perang Dunia Kedua yang amat menepati masa, berdisiplin, menjaga kebersihan, membaca dan menghormati orang tua.
Nampaknya amalan ini masih utuh dipertahankan. Walaupun mereka sudah menjadi masyarakat dan negara maju terbilang, sifat menjaga kebersihan ini telah mereka dibawa ke serata dunia termasuk pada perlawanan bola sepak FIFA di Russia.
Ia mungkin nampak kecil, namun penyokong Jepun telah menunjukkan akhlak baik dan patut dicontohi. Justeru, kepada rakyat di Malaysia, anda bila lagi?
(Artikel di atas ialah pengalaman yang dikongsi oleh Wartawan Zainudin Isa dari Berita Harian disiarkan pada Jun 2018)
KUTIP SAMPAH DI CAMERON HIGHLANDS : NETIZEN KAGUM DAN PUJI WARGA JEPUN
CAMERON HIGHLANDS – Rakyat Jepun obses terhadap kebersihan bukan sahaja sekadar di rumah malah di mana sahaja.
Amalan mereka itu telah menjadikan Jepun sebuah negara yang terkenal kerana kebersihannya.
Boleh dikatakan mustahil untuk menemui sampah-sarap yang dibuang merata tempat mahupun di jalan raya termasuk tandas sentiasa bersih.
Dek sikap rakyat Jepun sangat berdisplin, rendah diri, membuatkan seorang lelaki dari negara matahari terbit itu tular di negara ini.
Baru-baru ini, satu video tular di Twitter memaparkan seorang warga emas sedang memungut sampah di sekitar kawasan pelancongan itu.
Tindakan lelaki dari negara Jepun itu nyata menarik perhatian orang ramai yang mengagumi niat murninya.
Menerusi ciapan Twitter Cen Polo, dia menerima kiriman klip video berdurasi 44 saat itu menerusi aplikasi WhatsApp.(LIHAT VIDEO DI BAWAH)
“Seseorang telah berkongsi video ini menerusi WhatsApp. Lelaki Jepun dilihat sedang membersihkan sisa sampah dari kawasan pelancongan tanah rata hingga ke Balai Polis Brinchang.
“Dia melakukan tugas itu setiap hari pada jam 6.30 pagi. Memang sangat memalukan apabila sesetengah masyarakat kita masih membuang sampah merata-rata tempat,” katanya.
Ternyata penularan video itu membuka mata netizen mengagumi lelaki itu.
ZainiHashim, berkata, “pungut sampah sesuatu yang dihormati di Jepun… itu sebab Jepun bersih”.
Kata walkbyf4ith pula, “orang Malaysia memang kurang sivik tentang kebersihan. Tengah jalan buka tingkap lontar plastik makanan, tisu ke luar”
(VIDEO) WARGA JEPUN SEDANG MENGUTIP SAMPAH DI BRINCHANG DAN TANAH RATA
The post (VIDEO) Netizen Kagum Sikap Warga Emas Jepun Kutip Sampah Di Cameron Highlands appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suaraviral.org/video-netizen-kagum-sikap-warga-emas-jepun-kutip-sampah-di-cameron-highlands/