Netizen Bengang Lihat Lelaki Baling Mercun Dekat Oku Tampil Mohon Maaf
Kenapa wujud manusia macam ni? Baru-baru ini ada satu video yang telah menaikkan rasa kurang senang di kalangan netizen apabila seorang remaja yang menunggang sebuah motosikal telah membaling mercun ke arah Orang Kelainan Upaya (OKU) yang ketika itu sedang berjalan di kaki lima.
Tanpa rasa bersalah, video berkenaan dikongsikan olehnya di Instagram berdurasi 15 saat dan sempat di sebarkan oleh seorang pengguna Twitter Abang Baby yang menunjukkan situasi itu berlaku.
Beruk ni dah kena tangkap belum? pic.twitter.com/to2aiIRnLn— Abang Baby (@InjangNation) May 19, 2020
Remaja berkenaan dilihat memberhentikan motosikalnya di tepi jalan sambil dirakam oleh rakannya di sebuah motosikal satu lagi dan kemudian membakar mercun sebelum baling ke arah OKU yang sedang berjalan. OKU itu kemudian terus melarikan diri untuk menyelamatkan diri.
Tindakan macam ini tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana manusia yang mempunyai akal. Disebabkan netizen terlalu geram, akhirnya berjaya menjumpai Instagram yang dipercayai milik remaja terbabit selepas melihat motosikal yang digunakan sama.
Apa yang lebih mengejutkan, tanpa rasa bersalah dia tetap memasukkan video tersebut dengan caption 'Selamat hari raya maaf zahir dan batin' dan mengajak netizen untuk menantikan video terbaru sambil meletakkan nama Ustaz Ebit Lew, Caprice, PDRM dan banyak lagi. Bagaimanapun posting ini telah dipadam dan dinaikkan satu lagi video yang menunjukkan dirinya telah berjumpa dengan OKU terbabit untuk memohon maaf dan mengharpkan agar netizen tidak besar-bersarkan kes ini.
View this post on Instagram
@capriceofficial @hobikamimahal @pdrmsia_official @aliff_mzzln @abil_choo @shaa_moyy @jebat.cheong @borakdaily @bilfamiA post shared by aril (@_arilnaqi) on May 20, 2020 at 8:50am PDT
OHMEDIA: BERFIKIRLAH DAHULU SEBELUM MELAKUKAN APA-APA PERBUATAN.
+ Baca respon pembaca yang geram dengan sikap macam ini di Facebook Oh! Media.
Sumber : OhMedia.My
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganusebelas.com/2020/05/video-netizen-bengang-lihat-lelaki.html