Nestl Malaysia Terus Mempergiat Usaha Penanaman Semula Hutan Sejumlah 1 8 Juta Pokok Ditanam Di Bawah Projek Releaf


Hi Korang,
Usaha penanaman semula hutan Nestlé Malaysia telah mencapai satu lagi mercu penting, selepas berjaya menanam 2.8 juta pokok menerusi Projek RELeaf yang sedang dijalankan dan juga Projek RiLeaf yang telah dilaksanakan sebelum ini


Malah, Projek RELeaf sahaja setakat ini telah berjaya menanam 1.8 juta pokok. Pencapaian memberangsangkan ini sejajar dengan matlamat Syarikat untuk menanam 4 juta pokok di seluruh Malaysia menjelang 2025, untuk menghasilkan sekuestrasi karbon (proses mengikat karbon dioksida dari udara untuk mengurangkan gas rumah hijau akibat pemanasan global) berjumlah kira-kira 700,000 tan

Untuk menggiatkan lagi usaha ini, Syarikat telah meneruskan acara Penanaman Pokok Tahunan di seluruh negara, dengan lebih daripada 400 sukarelawan Nestlé Cares yang penuh berdedikasi dan wakil daripada rakan kerjasamanya, Sime Darby Plantation dan TDM Plantation, berganding bahu untuk menanam sejumlah 5,000 pokok di lima lokasi di seluruh negara, iaitu Taman Alam Kuala Selangor; SDP Labis Utara, Johor; SDP Tiger Estate Tawau, Sabah; TDM Plantation, Terengganu; dan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis


En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Mengimbas kembali usaha ini, kami berbangga dengan kemajuan yang telah kami capai dalam program penanaman semula hutan. Penanaman sejumlah 2.8 juta pokok merupakan satu mercu jaya penting dalam perjalanan ESG kami, dan usaha hari ini mencerminkan dedikasi berterusan kami untuk meluaskan strategi Positif Hutan kami melindungi ekosistem Malaysia yang berharga. Kami kini menetapkan sasaran untuk menanam baki 1.2 juta pokok menerusi Project RELeaf menjelang separuh pertama 2025, seterusnya menuju ke arah mencapai sasaran mutlak menanam 4 juta pokok. Kami juga ingin merakamkan penghargaan kami kepada rakan-rakan kerjasama yang dihormati, iaitu Sime Darby Plantation, TDM Plantation dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia atas sokongan tidak berbelah bagi mereka terhadap inisiatif penanaman semula hutan kami.”

Nama Projek RELeaf Nestlé Malaysia adalah berasaskan singkatan 3 ”R” – REforest, REstore dan REspect (Menanam Semula, Memulihkan dan Menghormati Hutan). Menerusi projek ini, Syarikat bertekad untuk menanam semula pokok di koridor hidupan liar untuk menghubungkan hutan-hutan yang terpisah bagi mengurangkan konflik antara manusia-haiwan dan melindungi habitat hidupan liar, memulihkan zon penampan tebing sungai bagi mengurangkan pencemaran air akibat mendapan tanah dan larian air pertanian, dan lebih penting lagi, menghormati dan menyokong transformasi positif penduduk tempatan

Di samping melindungi alam sekitar, Project RELeaf juga menyokong mata pencarian petani tempatan dan masyarakat Orang Asli, khususnya golongan wanita, di Kinabatangan, Sabah, dan di seluruh Semenanjung Malaysia. Usaha ini dijayakan dengan memberikan latihan yang bertujuan membina kapasiti mereka sambil meningkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya pemuliharaan alam sekitar. Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk menyemai anak benih, memantau pemindahan ke tapak penanaman dan menjaga pokok yang telah ditanam. Setakat ini, Nestlé Malaysia telah melibatkan lebih daripada 90 komuniti tempatan dalam proses penanaman anak benih dan lebih daripada 120 komuniti untuk menanam pokok


Selain daripada melibatkan penduduk tempatan, aktiviti menanam pokok di seluruh negara kali ini juga menjadi medan latihan untuk memberikan pengalaman langsung yang melengkapkan kakitangan dengan ilmu yang diperlukan dalam kaedah penanaman dan pertumbuhan semula hutan. Matlamatnya bukan sahaja untuk meningkatkan kefahaman tentang penanaman semula hutan, tetapi juga menyemai benih kelestarian di dalam organisasi

"Kami di Nestlé Malaysia, benar-benar menghayati kepentingan usaha penanaman semula hutan dan menghormati alam sekitar. Kami berharap dengan menyertai aktiviti penanaman pokok ini, kita semua akan memberi inspirasi kepada insan lain untuk melibatkan diri dalam usaha pemuliharaan alam sekitar. Dengan memupuk budaya kelestarian, kami ingin membawa kesan positif yang berkekalan kepada alam sekitar dan masyarakat di tempat kami berkhidmat,” rumus Aranols




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2024/06/nestle-malaysia-terus-mempergiat-usaha.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Don Daniyal Direhatkan Terus Dari Bersiaran Pengarah Penyiaran Malaysia Luah Rasa Kesal Bila Dah Bagi Peluang

Don Daniyal Direhatkan Terus Dari Bersiaran Pengarah Penyiaran Malaysia Luah Rasa Kesal Bila Dah Bagi Peluang

papar berkaitan - pada 15/6/2024 - jumlah : 189 hits
Pendakwah selebriti Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dilaporkan telah direhatakn terus dari bersiaran dalam program Salam Baitullah terbitan RTM Tindakan tersebut difahamkan terpaksa dilakukan gara gara pendakwah itu sekali lagi mencetuskan ko...
Nestl Malaysia Membawa Kegembiraan Kepada Kumpulan Pertama Pemenang Mingguan Kempen Gaji Seumur Hidup

Nestl Malaysia Membawa Kegembiraan Kepada Kumpulan Pertama Pemenang Mingguan Kempen Gaji Seumur Hidup

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 260 hits
Hi Korang Impian kini menjadi kenyataan bagi rakyat Malaysia yang menyertai kempen Peraduan Nestl Gaji Seumur Hidup Nestl Malaysia telah mengumumkan senarai pertama pemenang mingguan diiringi hadiah wang tunai berjumlah RM3 500 untuk setiap...
Gesaan Ku Li Satukan Orang Melayu Bawah Umno Usaha Sukar Kata Penganalisis

Gesaan Ku Li Satukan Orang Melayu Bawah Umno Usaha Sukar Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 185 hits
freemalaysiatoday com 29 May 2024 08 00 AMAriff Aizuddin Azlan berkata orang Melayu khususnya bekas ahli Umno sudah semakin selesa dengan wadah perjuangan baharu menerusi Perikatan Nasional Tengku Razaleigh Hamzah baru baru ini menggesa Umn...
Singapura Labur S 1 Juta Rancang Semula Kota Untuk Sesuai Didiami

Singapura Labur S 1 Juta Rancang Semula Kota Untuk Sesuai Didiami

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 97 hits
SINGAPURA Singapura akan memulakan projek selama tiga tahun iaitu merancang semula negara kota itu dan menjadikannya lebih sihat serta lebih sesuai untuk didiami Ini berdasarkan penyelidikan semasa yang memberi tumpuan terutamanya pada cara...
Jokowi Lebih Dari 2 1 Juta Situs Judi Online Ditutup

Jokowi Lebih Dari 2 1 Juta Situs Judi Online Ditutup

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 159 hits
Sebentar lagi pemerintah akan selesai membentuk satgas judi online
Macam Ni Hancur Negara 11 Pegawai Kastam Ditahan Sprm Rampas Duit Rm4 4 Juta

Macam Ni Hancur Negara 11 Pegawai Kastam Ditahan Sprm Rampas Duit Rm4 4 Juta

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 264 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan 17 individu termasuk 11 pegawai kastam bagi membantu siasatan kes penyeludupan barangan import dan elak cukai di Pelabuhan Klang membabitkan ketirisan berjumlah RM3 5...
1mdb Fail Injunksi Halang Rosmah Keluar Lupus Aset Lebih Usd346 Juta

1mdb Fail Injunksi Halang Rosmah Keluar Lupus Aset Lebih Usd346 Juta

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 120 hits
BernamaKUALA LUMPUR 1Malaysia Development Berhad dan 10 syarikat lain telah memfailkan permohonan injunksi Mareva terhadap Rosmah Mansor bagi menghalang beliau mengeluarkan atau melupuskan mana mana asetnya yang berjumlah lebih USD346 juta ...
Pengurangan Tenaga Manusia Dalam Pekerjaan

The Wonders Of Watermelon Fruit

Lauk Lunch Yang Mengoda

Doa Ketika Terlilit Hutang Insya Allah Segera Lunas

Bila Suami Ko Sweet Sangat Sampai Boleh Potong Kaki

Bawa La Ramai Lagi Warga Asing Ke Malaysia

Tips Menghilangkan Whitehead Dan Blackhead Dengan Efektif

Sport Edition Jvb Moto S Radical 1988 Harley Fxr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton

5 Kelebihan Utama Bergelar Penjawat Awam di Malaysia

8 Fakta Biodata Anna Jobling Pelakon Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Bintang Filem Lembayung Dan Juri Muzikal Lawak Superstar 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Siri Mr Hiiragi s Homeroom Slot DramaVaganza Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Lembayung 2024 Adaptasi Kisah Benar Lakonan Pelakon Malaysia Anna Jobling


Taksub Dan Kesan Kesannya

Akaun Emas Gap Bukan Emas Digital

The Code Is 001773

Exquisite Diamond Pendants Malaysia Diamond Talk

Discover Play88 Slots A Leading Name In Online Gaming

Free Credit Rm50 No Deposit How To Boost Your Bankroll Without Spending A Dime