Neraka Dunia 1
30 Januari 2019,
Bagi orang lain mungkin hari ini hanyalah hari biasa dalam kehidupan mereka. Mereka keluar rumah mencari rezeki dan pulang kembali untuk menatap wajah-wajah kesayangan mereka. Makan malam bersama dan berbual mesra dengan pasangan masing-masing. Kehidupan mereka itu terulang hampir setiap hari dan mungkin di sepanjang hidup mereka. Mereka tidakpernah merasa tersalah memilih pasangan. “Rumahku Syurgaku” akan selalu menjadi slogan sempurna. Dimana lagi tempat berdamai, menghela lelah dan mencari cinta abadi jika bukan di rumah dan bersama keluarga.
AKU…
Tidak pernah merasakan itu di dalam hidup ini. Terkadang aku jadi lelah…lelah yang teramat sangat. Aku mengejar kesempurnaan agar aku tidak pernah dipandang hina dan tercela. Aku cuba sebaik mungkin untuk tidak ada ruang orang lain menabur fitnah atau mencari kekurangan aku. Adakala aku kekok untuk mencampuri urusan orang tetapi aku belajar ambil peduli tentang kesakitan orang lain. Aku tahu kekurangan aku tidak boleh diterima akal mereka akan tetapi ada sebab kenapa ALLAH itu mencipta aku berada di dalam kelompok mereka. Aku berbuat baik sebisa mungkin. Bukan aku mahu dipuji dan bukan juga aku mahu dihargai dijungjung . Aku Cuma mahu orang sedar perlunya kasih sayang, keikhlasan dan keperimanusiaan dalam berinteraksi sesama insan. Bukan hanya mementingkan diri mereka sahaja dan tidak pernah ambil peduli tentang kesakitan orang lain. Sehingga orang lain berputus ada dan berhenti berbuat kebaikan. Puncanya adalah kita….
KITA…
Yang selalu merasakan diri hebat dan sukar ditandingi orang lain. Sampai masa orang tidak lagi punya hati untuk peduli. Itu kan mahu kamu? Atau juga itu tidak mampu memuaskan hati kamu yang ego? Karma! Pernah dengar? Jika kamu memusnahkan sekeping hati tanpa kamu berusaha mengenal ia, maka begitulah orang lain bisa menghancurkan hati kamu bagai debu-debu yang berterbangan di udara.
Semenjak aku mengambil keputusan untuk kembali ke kampung halaman, aku fikir aku sudah membuat keputusan yang terbaik, namun aku silap. Sebenarnya, aku baru sahaja menempah ‘kubur’ sendiri di sini…
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://dindamaisarra.blogspot.com/2019/05/neraka-dunia-1.html