Negeri Kaya Rakyat Miskin Begini 45 Tahun Hidup Dalam Hutan




MENGHUNI dalam hutan lebih 45 tahun tidak menjadi faktor penghalang kepada sepasang warga emas di Batang Kali, untuk meneruskan kelangsungan hidup meskipun kemiskinan begitu menghimpit mereka.Berlindung dalam sebuah rumah usang yang hampir menyembah bumi memberi ketenangan Mohd Lazim Ismail, 74 dan isterinya, Fatimah Mat Rani, 64 dalam melayari bahtera kehidupan mereka.Mohd Lazim yang mesra dipanggil Atok Lazim berkata, biarpun hidup mereka penuh kedaifan, miskin dan perit namun tidak sekali menyesal.Katanya, dia dan isterinya bekas pekerja di Estet Goh Tong , Sungai Remuk di Batang Kali kini hilang pekerjaan tetap setelah ladang itu ditutup beberapa tahun lalu.
"Kami diberikan peluang bekas majikan untuk kekal tinggal di sini setelah estet ditutup. Saya bina sendiri rumah usang ini dengan lebihan kayu rumah kongsi yang ditinggalkan majikan dan juga kayu pokok hutan di sini."Untuk mencari sesuap nasi, kami melakukan kerja kampung seperti mencari buluh lemang, pucuk paku dan sayur-sayuran untuk dijual di bandar Batang Kali setiap minggu," katanya ketika ditemui di rumahnya, Estet Sungai Remuk, Jalan Genting Highlands di Batang Kali.Pasangan ini tetap bersyukur dan tenang hidup tanpa bekalan elektrik dan air bersih sejak tinggal di sini. Mereka menggunakan air dari bukit berhampiran dan pelita minyak tanah dan lilin sebagai sumber asas untuk meneruskan kehidupan.Mohd Lazim berkata, untuk membeli keperluan harian seperti beras, minyak , gula dan lauk-pauk, dia perlu berjalan kaki sejauh 20 kilometer ke pekan Batang Kali daripada rumahnya itu.Katanya, dia bernasib baik apabila kadang-kadang ada jiran dan penduduk Kampung Hulu Rening dan Genting Malik yang sudi menumpangkannya ke bandar."Kami juga makan apa yang ada di dapur setiap hari. Ada beras dan telur pun cukup mengalas perut. Tidak perlu nak sesalkan hidup ini. Allah akan beri rezeki sekiranya rajin berusaha."Keprihatinan masyarakat setempat yang ambil peduli nasib kami ini amatlah dihargai. Ada yang sudi menghantar bekalan makanan dan menghulurkan wang ihsan setiap masa," katanya.Mohd Lazim berkata, mereka juga ada menerima sumbangan dan peruntukan RM300 setiap bulan daripada Lembaga Zakat Selangor sejak 2016 lalu dan juga daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Hulu Selangor.Katanya, dia selalu mengingatkan isterinya agar sentiasa bersyukur selalu dan jangan terlalu mengharapkan sumbangan orang bagi meneruskan hidup di dalam hutan itu.Isterinya, Fatimah yang mesra dikenali Nek Timah berkata, kudrat yang ada digunakan untuk membantu suami memasak makanan, mencari buluh lemang dan hasil hutan untuk dijual.Katanya, pada Ramadan dan Aidilfitri lalu ada wakil badan bukan kerajaan (NGO) yang berkunjung memberikan sumbangan keperluan hari raya seperti makanan dan wang untuk mereka gunakan."Sebenarnya saya berasal dari Ajil, Kuala Terengganu dan suami berasal dari Machang, Kelantan. Kami berhijrah ke sini untuk mencari rezeki bersama setelah berkahwin."Kami ada lima anak dan beberapa cucu. Saya selalu rindukan mereka setiap kali tibanya Aidilfitri. Namun kami tidak menyesal walaupun mereka membawa haluan masing-masing mencari rezeki," katanya sambil mengalirkan air mata.Dia berkata, ibu mana yang tidak tersentuh hati apabila mengingati anak yang dilahirkan sejak kecil lagi kini tidak lagi menjenguk orang tua mereka kembali."Saya doakan anak diberikan Allah kekuatan semangat dan dapat bertemu kami semula di dalam hutan ini. Kami reda dengan ketentuan Allah ini."Sebagai ibu saya tetap bersyukur dan restui mereka yang kini mencari rezeki menyara keluarga masing-masing. Ada masa jenguklah kami di sini sekali-sekala, " katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah tempias dari negara bersistem kapitalis. Yang kaya bertambah kaya, yang miskin terus merimpat. Oleh itu kembalilah kepada sistem hidup Islam.

Ingat pesan Nabi, “bukanlah seorang mukmin jika ia kenyang, sementara tetangganya sedang kelaparan”, (H.R. al-Hakim). Allahu A’lam.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/06/negeri-kaya-rakyat-miskin-begini45.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gegara Air Keran Di Masjid Kecil Marbot Sebut Hidup Nabi Susah Dan Miskin

Gegara Air Keran Di Masjid Kecil Marbot Sebut Hidup Nabi Susah Dan Miskin

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 334 hits
MS seorang marbot sebuah masjid di Kabupaten Karimun Kepulauan Riau harus berurusan dengan polisi Penyebabnya dia mengunggah status berisi ujaran kebencian di akun media sosial Facebook miliknya Saat diamankan di Mapolres Karimun kepala MS ...
Tepat 3 Tahun Kepergian Julia Perez Para Sahabat Kenang Sosoknya Semasa Hidup Baik Banget

Tepat 3 Tahun Kepergian Julia Perez Para Sahabat Kenang Sosoknya Semasa Hidup Baik Banget

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 316 hits
Meski raganya nggak ada di dunia lagi namun kebaikannya nggak bakal hilang dari ingatan para sahabat
11 Potongan Gambar Dari Kartun Anime Ghibli Ini Bikin Kita Berasa Hidup Di Negeri Dongeng Deh

11 Potongan Gambar Dari Kartun Anime Ghibli Ini Bikin Kita Berasa Hidup Di Negeri Dongeng Deh

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 648 hits
Kalau lagi capek sama keadaan bumi pengin gitu rasanya pindah ke tempat tempat yang ada di film Ghibli Tapi bukan di Spirited Away lo ya D
Saya Bersumpah Untuk Jaga Rakyat Dan Negeri Saya Ini Amaran Sultan Ibrahim Kepada Ahli Politik

Saya Bersumpah Untuk Jaga Rakyat Dan Negeri Saya Ini Amaran Sultan Ibrahim Kepada Ahli Politik

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 401 hits
NEGERI JOHOR Jika sebelum ini Pengerusi parti AMANAH Johor mengatakan bahawa mereka mempunyai kerusi bagi menguasai kembali kerajaan negeri Johor Saya Bersumpah Untuk Jaga Rakyat dan Negeri Saya Ini Amaran Sultan Ibrahim Kepada Ahli Politik
Rentas Negeri Tanpa Syarat Lepas 9 Jun Tak Sangka Akhirnya Terbongkar Keputusan Akhir Undian Mkn Buat Untuk Rakyat

Rentas Negeri Tanpa Syarat Lepas 9 Jun Tak Sangka Akhirnya Terbongkar Keputusan Akhir Undian Mkn Buat Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 918 hits
Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dilaksanakan kini banyak memberi kelonggaran kepada rakyat berbanding PKP yang dilaksanankan sebelum ini Namun apakah yang diharapkan akan diputuskan selepas berakhirkan fasa ini selepas 9 Jun...
Ali Rustam Yang Dipertua Negeri Melaka Rakyat Ucap Tahniah

Ali Rustam Yang Dipertua Negeri Melaka Rakyat Ucap Tahniah

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 621 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Watikah Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka ketujuh kepada Tun Mohd Ali Rustam Foto oleh Miera ZulyanaMELAKA 4 Jun Kera...
Rakyat Malaysia Disaran Menggunakan Minyak Petrol Petronas Untuk Pergerakan Rentas Negeri Bermula 10 Jun Ini

Rakyat Malaysia Disaran Menggunakan Minyak Petrol Petronas Untuk Pergerakan Rentas Negeri Bermula 10 Jun Ini

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 668 hits
Umum mengetahui bahawa 10 Jun 2020 rakyat Malaysia di benarkan untuk membuat pergerakan rentas negeri selepas selama 3 bulan di kenakan perintah kawalan pergerakan pada 18 Mac 2020 Sejak dari hari tersebut ekonomi Malaysia telah jatuh dan k...
Tiada Laporan Rasmi Rakyat Malaysia Meninggal Dunia Di New York Kementerian Luar Negeri

Tiada Laporan Rasmi Rakyat Malaysia Meninggal Dunia Di New York Kementerian Luar Negeri

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 420 hits
PUTRAJAYA 28 Mei Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di New York masih belum menerima sebarang laporan rasmi daripada mana mana agensi kerajaan Amerika Syarikat berhubung rakyat Malaysia yang dijangkiti atau meninggal dunia akibat COVID 19 di...
Cacing Tanah Akan Subur Tanaman

Happy Chinese New Year 2025

Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Panduan Memilih Kertas Yang Lebih Ramah Lingkungan Dan Berkelanjutan

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Apa Yang Buat Korang Selalu Semangat Untuk Pergi Kerja

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa