Negara Dalam Negara Di Malaysia


KEBIMBANGAN sesetengah pihak tentang kemungkinan adanya keadaan politik ‘negara dalam negara’ di Malaysia tidak boleh sesekali dipandang mudah. Ini kerana terdapat sebilangan ciri yang semacam boleh dikaitkan dengan bibit keadaan begini sama ada permulaannya atau yang telah mantap. Ini sudah tentu sama sekali tidak baik untuk pentadbiran negara.
Antara cirinya sebagai bibit ‘negara dalam’, istilah lainnya ialah kekuasaan dan kewibawaan sesuatu pihak yang dicuakkan itu bertambah agresif dalam memperjuang ideologinya yang diikhtiarkan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamatnya melalui perancangan disusun rapi sama ada secara tersurat mahupun tersirat

Kebimbangan ini hendaklah dipandang serius kerana ia bukan sahaja pergerakan yang mahu mencapai sesuatu agenda dan tujuan kepentingan pihak tertentu semata-mata. Ia juga boleh berupa percubaan untuk memanipulasi dan mengawal sesetengah kepentingan negara antaranya peraturan dan dasar dalam bidang tertentu

Ini sudah tentu menggugat kestabilan negara yang kemudiannya mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara. Oleh itu, kebimbangan ini sangat berasas dan perlu diambil perhatian serius juga oleh masyarakat awam. Sehubungan ini, pasti pihak berkuasa bukan sahaja sudah tetapi senantiasa berwaspada tentang ancaman sebegini yang berbahaya kepada sistem politik dan lain-lain yang sedia wujud di negara ini

Dalam pada itu, beberapa peristiwa dan perkembangan dalam negara kebelakangan ini yang dibimbangi sesetengah pihak sebagai manifestasi keadaan politik perlu disiasat untuk tujuan kepastian sama ada ia perancangan sebegini yang boleh mengambil pelbagai bentuk atau sebaliknya, iaitu tiada apa-apa kaitan dengannya

Natijahnya, keadaan politik ini adalah perkara benar yang telah berlaku di banyak negara. Oleh itu, ia harus ditangani sekiranya ada dan diwaspadai jika sebaliknya. Ini kerana ia subversif, iaitu bukan sahaja bercanggah dengan nilai dan prinsip yang terdapat pada sistem sedia ada di negara ini, ia boleh meranapkannya

Dalam meneliti sesuatu kejadian yang dibimbangi berupa keadaan politik ini, seperkara penting untuk diambil perhatian ialah pada kelazimannya pergerakan sebegini bersifat rahsia dan wujud secara bebas, yakni tanpa terikat dengan mana-mana entiti lain agar tidak mudah disyaki apatah lagi dikesani. Namun, unsur kerahsiaan dan kebebasan itu boleh sahaja disamarkan dengan diselindungi pelbagai bentuk luaran yang semuanya kelihatan positif

KONFLIK
Antara perkara yang dikaitkan dengan keadaan politik ini ialah perkembangan pendidikan vernakular khususnya aliran bahasa Cina. Ia dilihat sebagai percubaan untuk memanipulasi sistem pendidikan negara dengan hasrat untuk mengawal sektor vernakular oleh penggiat persekolahan aliran Cina khususnya beberapa pertubuhan tertentu yang begitu agresif dalam memperjuangkannya

Sehubungan ini, sifat penentang dan lantang pertubuhan ini perlu ikut diawasi oleh masyarakat awam selain disiasat pihak berkuasa untuk memastikan sama ada ia gejala negara dalam negara atau keghairahan dan keterujaan berlebihan untuk menegak warisan etnik Cina dan tidak lebih daripada itu

Begitu juga dengan tindakan membersihkan tempat beribadah agama lain oleh kelompok tertentu ekoran banjir teruk yang melanda beberapa negeri di negara ini. Ia mungkin didalangi pihak tertentu dengan agenda dan tujuan jahat untuk mencetuskan konflik antara penganut agama. Ia juga mungkin kesilapan ikhlas yang memang tidak disengajakan melainkan disebabkan kealpaan sahaja. Apa-apa juga, ia hendaklah disiasat dalam konteks gejala negara dalam negara ini untuk kebaikan semua pihak, lebih-lebih lagi negara

Sebelum kebimbangan terbaharu ini, gejala ini pernah dikhuatiri kerajaan yang baharu mengambil alih pemerintahan negara setelah berlaku perubahan kuasa pada 2018. Ia didakwa sebegitu pada awal urus tadbirnya kerana dibimbangi agensi kerajaan tertentu antaranya penjawat awam yang semacam tidak memperlihat tindak balas cepat dan yang selari pula dengan kehendak dan cara pentadbiran baharu negara. Justeru, ia mahu dianggap sebagai konflik antara dua pihak itu

Dengan ini, ia ditanggap sebagai percubaan untuk menghalang, menentang dan mengagalkan arahan dan dasar kerajaan yang mahu dilaksanakan pemerintahan baharu itu. Namun, setelah disiasat dalam konteks negara dalam negara, ia didapati tidak pun begitu melainkan bentuk birokrasi baharu yang diperkenal secara mendadak oleh kerajaan baharu yang tidak merupakan kelaziman mengurus tadbir sebelum ini oleh kerajaan lama

Dalam pada ini, tidak dapat dinafikan keadaan politik negara dalam negara boleh membawa banyak pengertian selain impak negatif. Oleh itu, ia tidak boleh dikenakan sewenang-wenangnya oleh mana-mana pihak kepada sesuatu pihak itu untuk melabelkan sifat dan kegiatannya sebegitu, apatah lagi menuduhnya secara melulu sebagai negara dalam negara. Ini kerana bukan sahaja pihak berkenaan diburuk-burukkan sebagai subversif. Lebih memudaratkan lagi ialah negara ikut terpalit kerana keadaan politik ini ditanggap sebagai kerajaan yang memerintah sedang menghadapi konflik daripada pihak tertentu di dalam negara yang diperintahnya sendiri

Oleh: Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/01/negara-dalam-negara-di-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Obesiti Malaysia Negara Paling Tinggi Di Asia Tenggara

Obesiti Malaysia Negara Paling Tinggi Di Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 263 hits
Obesiti Malaysia negara paling tinggi di Asia Tenggara Kementerian Kesihatan memaklumkan kadar obesiti negara ini adalah tertinggi di Asia Tenggara iaitu sebanyak 15 6 peratus KKM memberitahu jumlah itu mengatasi Brunei yang mencatatkan 14 ...
287 Rakyat Malaysia Pulang Dari Luar Negara Hari Ini Positif Covid 19

287 Rakyat Malaysia Pulang Dari Luar Negara Hari Ini Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 237 hits
AGENDA DAILY Sebanyak 323 kes import positif Covid 19 dikesan dalam tempoh 24 jam hingga 12 tengah hari tadi 9 Januari 2022 Seramai 287 lagi rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan dijangkiti Covid 19 dalam tempoh 24 jam sehin...
Malaysia Is Certainly Open For Business Says Muhyiddin

Malaysia Is Certainly Open For Business Says Muhyiddin

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 243 hits
Muhyiddin hopes that more businesses will invest in Malaysia and for Malaysian companies to venture not just into the United Arab Emirates but across the Gulf Cooperation Council countries 8211 Bernama photo KUALA LUMPUR Malaysia is c
Maggi Sah Malaysia 50 Years Together Campaign Assists B40 Families And Honours Malaysian Frontliners

Maggi Sah Malaysia 50 Years Together Campaign Assists B40 Families And Honours Malaysian Frontliners

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 234 hits
The MAGGI Sah Malaysia campaign which launched in August last year has concluded with the distribution of 50 000 meal kits to B40 households in need MAGGI expressed its appreciation towards healthcare and frontline heroes in Malaysia with M...
Malaysia 2022 Kalau Tegur Vvip Nanti Kena Masuk Lokap

Malaysia 2022 Kalau Tegur Vvip Nanti Kena Masuk Lokap

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 277 hits
Artikel video ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT By Syed Akbar Ali
Iktiraf Taliban Malaysia Tunggu Keputusan Organisasi Antarabangsa

Iktiraf Taliban Malaysia Tunggu Keputusan Organisasi Antarabangsa

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 162 hits
Malaysia belum buat keputusan ambil pendekatan berhati hati PUTRAJAYA Kerajaan Malaysia sedia membuat keputusan berkaitan pengiktirafan terhadap kerajaan Taliban di Afghanistan sekiranya organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Kerjasama ...
1 Malaysia Kena Tipu Varian Deltacron Sebenarnya Tak Wujud Pun

1 Malaysia Kena Tipu Varian Deltacron Sebenarnya Tak Wujud Pun

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 224 hits
1 Malaysia kena tipu varian Deltacron sebenarnya tak wujud pun Selepas satu demi satu varian COVID 19 dikenalpasti kini tular pula tentang para saintis di Cyprus yang dikatakan telah menemui varian terbaharu gabungan Delta dan Omicron yang ...
Spek Mata Tahun Baru Dari Eye Pro Vision Kedai Spek Viral No 1 Malaysia

Spek Mata Tahun Baru Dari Eye Pro Vision Kedai Spek Viral No 1 Malaysia

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 388 hits
SPEK MATA TAHUN BARU DARI EYE PRO VISION KEDAI SPEK VIRAL NO 1 MALAYSIA Assalammualaikum semua Apa khabar semua Selamat Tahun Baru 2022 Apakah resolusi atau azam tahun baru korang Ruby doakan semoga korang dapat mencapai azam tahun baru itu...
Indonesia Tak Lama Lagi Akan Saingi Malaysia Tarik Pelabur Kata Ahli Ekonomi

Indonesia Tak Lama Lagi Akan Saingi Malaysia Tarik Pelabur Kata Ahli Ekonomi

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 199 hits
Indonesia tak lama lagi akan saingi Malaysia tarik pelabur kata ahli ekonomi Seorang pakar ekonomi memberi amaran bahawa Malaysia semakin kehilangan kelebihan berbanding Indonesia dalam persaingan bagi mendapatkan pelaburan asing Carmelo Fe...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun