Nazril Hisham Seorang Lagi Rakyat Malaysia Dilaporkan Cedera Dalam Serangan



Terdapat kemungkinan seorang lagi rakyat Malaysia cedera dalam serangan pengganas di Christchurch pada Jumaat, menjadikan jumlah kesemuanya tiga orang.

Prof. Madya Dr. Zurinawati Mohyi berkata, beliau diberitahu oleh seorang rakan yang tinggal di New Zealand bahawa suaminya, Nazril Hisham Omar, 46, cedera dalam insiden tembakan di masjid yang sehingga kini mengorbankan 49 nyawa.

"Saya tak pasti bagaimana keadaan suami saya, cuma saya dapat khabar dia cedera. Dan saya baru saja pulang dari sana pada Selasa lepas," katanya ketika dihubungi Bernama.

Zurinawati berkata, suaminya dan tiga anak mereka yang masih bersekolah, Muhammad Haqiem Daniel, 18, Muhammad Hazieq Daniel, 14, dan Muhammad Hazriq Daniel, 10, tinggal di bandar raya di New Zealand itu sejak dua bulan lepas.

Terdahulu, Wisma Putra menyatakan dua rakyat Malaysia cedera dalam insiden itu, dengan media tempatan mengenal pasti mereka sebagai Mohd. Tarmizi Shuib dan Rahimi Ahmad.

Zurinawati, Pensyarah Kanan di Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam itu berkata, beliau sedang dalam tugas rasmi membawa pelajarnya melawat sebuah universiti di Thailand ketika menerima perkhabaran itu hari ini.

"Kira-kira pukul 10 pagi waktu Hatyai, seorang pensyarah pengiring yang bersama saya mendapat panggilan telefon daripada bekas rakan universiti di New Zealand dan memaklumkan apa yang terjadi.

"Betapa risaunya saya bila dapat perkhabaran suami cedera dan bila saya cuba hubungi anak-anak pula tiada jawapan," katanya.

Bagaimanapun, Zurinawati menarik nafas lega tidak lama kemudian apabila seorang rakannya di Christchurch memaklumkan telah membawa pulang anak-anaknya (Zurinawati) dari sekolah.

"Anak saya yang ketiga cuba menghubungi telefon bimbit ayahnya tetapi panggilan disambut oleh jururawat. Dan apabila rakan kami ke hospital, mereka tidak dibenarkan masuk.

"Jadi saya benar-benar tidak pasti bagaimana keadaan suami saya ketika ini," tambahnya dalam nada sebak.

Pasangan itu yang mempunyai empat orang anak berkata, anak sulung mereka Muhammad Haiqal Daniel, 20, sedang melanjutkan pelajaran di UiTM Pulau Pinang.

"Saya harap dapat segera tiba di Malaysia untuk menguruskan apa-apa yang perlu. Saya akan ke New Zealand esok bersama anak sulung saya," katanya yang menaiki van dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

Media hari ini melaporkan kejadian tembakan di dua masjid di Christchurch itu menyebabkan sekurang-kurangnya 49 maut setakat ini dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam apa yang disifatkan oleh Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern sebagai serangan pengganas.

Berita penuh: Bernama

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/nazril-hisham-seorang-lagi-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Serangan Masjid Di Christchurch Rakyat Malaysia Cedera

Serangan Masjid Di Christchurch Rakyat Malaysia Cedera

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 470 hits
Seorang rakyat Malaysia cedera dalam insiden tembakan di sebuah masjid di Christchurch New Zealand pada Jumaat Menurut akaun Twitter rasmi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington mangsa kini menerima rawatan di sebuah hospital Seperti yan...
Seorang Lagi Rakyat Malaysia Disahkan Terbunuh Akibat Gempa Bumi Lombok

Seorang Lagi Rakyat Malaysia Disahkan Terbunuh Akibat Gempa Bumi Lombok

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 391 hits
Seorang lagi rakyat Malaysia disahkan terbunuh akibat gempa bumi Lombok Dikemas kini 17 minit yang lalu middot Diterbitkan p
Gempa Bumi Lombok Seorang Rakyat Malaysia Maut

Gempa Bumi Lombok Seorang Rakyat Malaysia Maut

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 471 hits
Gempa Bumi Lombok Seorang Rakyat Malaysia Maut Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerima laporan bahawa seorang warganegara Malaysia terkorban dalam insiden gempa bumi berskala 5 8 Richter yang melanda Lomb...
2 Rakyat Kita Cedera Serangan Keganasan Di Christchurch

2 Rakyat Kita Cedera Serangan Keganasan Di Christchurch

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 469 hits
Mereka yang bertanggungjawab perlu diheret ke muka pengadilan PUTRAJAYA Dua rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam insiden tembakan di Masjid Al Noor dekat Hagley Park dan Masjid Linwood di Christchurch New Zealand hari ini Wisma Putra dal...
Ayah Pergi S0lat Sampai Sekarang Tak Balik Rahimi Ahmad Seorang Lagi Rakyat Malaysia Hilang Dalam Insiden Tmb4kan

Ayah Pergi S0lat Sampai Sekarang Tak Balik Rahimi Ahmad Seorang Lagi Rakyat Malaysia Hilang Dalam Insiden Tmb4kan

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 384 hits
Baru sebentar tadi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia telah mengesahkan seorang rakyat Malaysia antara yang cedeera dalam insiden tembkan rambang di dua masjid dekat Christchvrch lapor ProjekMM Ayah pergi s0lat sampai sekarang tak balik Rahimi Ahm...
Insiden Tembakan Rambang Ketika Solat Jumaat Di Masjid Chrischurch Seorang Rakyat Malaysia Turut Jadi Mangsa

Insiden Tembakan Rambang Ketika Solat Jumaat Di Masjid Chrischurch Seorang Rakyat Malaysia Turut Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 556 hits
Insiden Tembakan Rambang Ketika Solat Jumaat Di Masjid Chrischurch Seorang Rakyat Malaysia Turut Jadi MangsaInsiden Tembakan Rambang Ketika Solat Jumaat Di Masjid Chrischurch Seorang Rakyat Malaysia Turut Jadi Mangsa
Serangan Trem Di Belanda Tiada Rakyat Malaysia Yang Terlibat

Serangan Trem Di Belanda Tiada Rakyat Malaysia Yang Terlibat

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 378 hits
KUALA LUMPUR Wisma Putra hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terbunuh atau tercedera dalam insiden tembakan yang berlaku dalam sebuah trem di bandar Utrecht Belanda semalam Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dalam kenyataan h...
Terkini Gempa Bumi Indonesia Seorang Rakyat Malaysia Terkorban 6 Hilang

Terkini Gempa Bumi Indonesia Seorang Rakyat Malaysia Terkorban 6 Hilang

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 392 hits
nbsp Putrajaya 17 Mac Seorang rakyat Malaysia disahkan terkorban manakala enam lagi hilang dalam kejadian gempa bumi di Lombok Timur Indonesia baru baru ini Perkara itu disahkan oleh Kementerian Luar Negeri Malaysia menerusi satu kenyataan ...
Cyber Insurance Is It Worth The Investment For Small Businesses

Rencana 5 Tahun Finansial Freedom Untuk Gen Z

Top 19 By May 26 Pokbet 68

Celebrate A Grand Festive Season At Grand Millennium Kuala Lumpur

Amerika Syarikat Penerima Terbesar Bantuan Antarabangsa

Web Top 68 By Teresa 17 Dec 2025

Pengalaman Menggunakan Go Move Period Underwear

Nak Masuk Uss Guna Express Lane Ini Cara Mudah Dan Seronok Dapat Reward Nikmati Keistimewaan Macam Vip


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ritual Pagi Yang Bantu Pekerja Remote Lebih Fokus

Skinmade

Sticker Botol Minuman Cara Elak Sticker Tanggal Bila Basah

Kudapan Kacang Goreng Salut Tepung

Th Plantations Catat Kenaikan Untung Bersih Menarik Pada Suku Ketiga 2025

Pandangan Kapten Futsal Harimau Malaya Khairul Effendy Bahrin Mengenai Prestasi Dan Cabaran Pasukan