Nazri Aziz Talam Dua Muka


 



Nazri Aziz kata dia kena tipu dengan Zahid

June 25, 2021 Pemimpin veteran Umno, Mohamed Nazri Aziz mendedahkan, tindakannya menarik kembali sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Januari disebabkan “ditipu” oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, tindakannya yang disusuli selepas Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakob menarik kembali sokongan terhadap kerajaan PN merupakan perancangan yang dilakukan Zahid.
“Dia (Zahid) yang merancang lepas tu dia sendiri tak tarik diri, dia tipu kalau tidak kenapa saya nak tarik diri takde sebab. Saya memang rasa saya ditipu,” katanya kepada MalaysiaNow.


“Benda ini dirancang oleh presiden. Dalam kalangan kumpulan ahli Parlimen ketika itu presiden membuat keputusan kita tarik diri satu demi satu.”
Pada Januari, Nazri yang juga bekas menteri Kabinet sewaktu Barisan Nasional (BN) memerintah mengumumkan menarik kembali sokongan terhadap kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Keputusannya itu diumumkan beberapa jam selepas Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat keselamatan bagi memerangi pandemik Covid-19.
“Atas mandat yang diberikan bahagian saya dan Majlis Tertinggi Umno, maka saya pada hari ini hendak mengumumkan saya Mohamed Nazri Aziz, ketua Umno Padang Rengas merangkap ahli Parlimen BN dengan rasminya menarik sokongan yang diberikan kepada Muhyiddin Yassin.”
Nazri berkata, kini beliau berpendirian untuk mematuhi keputusan yang dibuat Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini untuk kekal bersama kerajaan PN sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Jadi saya ikut parti punya keputusan saya orang parti jadi saya ikutlah,” katanya.
Nazri berkata, pada 2018 beliau menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim semata-mata untuk menyelamatkan Umno daripada diharamkan sekiranya presiden PKR itu menjadi perdana menteri.
“Ketika itu, saya rasa perlu rapat dengan PM akan datang, dan kemudian pujuk dia supaya tidak bubarkan Umno.
“Perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad mahu bubarkan Umno, jadi saya fikir saya perlu buat sesuatu untuk selamatkan Umno,” katanya kepada MalaysiaNow.
Bagaimanapun, selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Februari 2020, segalanya berubah terutamanya apabila Umno kembali menyertai kerajaan.
“Sekarang saya yakin Umno tak akan dibubarkan, jadi saya tidak perlukan lagi Anwar.”
Nazri mengulangi pengakuannya, menjadi penggerak dalam mengumpulkan tandatangan akuan berkanun (SD) bagi 25 daripada 41 ahli Parlimen Umno supaya Menteri Luar Hishammuddin Hussein dapat menyampaikan hasrat parti itu kepada Agong.
“Saya ambil inisiatif itu kerana saya tahu Zahid and team apabila Agong panggil nak jumpa ketua parti dia akan cakap benda yang tidak dipersetujui oleh kita.
“Saya tahu perangai dia,” katanya..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/nazri-aziz-talam-dua-muka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ye Saya Maklum Muka Daddy Makin Besar Scha Akui Dua Anak Daranya Versi Awal

Ye Saya Maklum Muka Daddy Makin Besar Scha Akui Dua Anak Daranya Versi Awal

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 452 hits
Kejap je buah hati kedua Scha Al Yahya dan Awal Ashaari besar Rasa baru je Scha melahirkan Lyla Amina Lahir pada 12 Februari lalu kini Lyla dah pun berusia 4 bulan dan keletahnya sentiasa mencuit hati View this post on Instagram Si kakak La...
Saya Ditipu Zahid Untuk Tarik Sokongan Terhadap Pn Kata Nazri Aziz

Saya Ditipu Zahid Untuk Tarik Sokongan Terhadap Pn Kata Nazri Aziz

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 364 hits
Pemimpin veteran Umno Mohamed Nazri Aziz mendedahkan tindakannya menarik kembali sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional pada Januari disebabkan ditipu oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata tind...
Nazri Aziz Akui Kumpul Sd Sokong Hisham Hilang Kepercayaan Terhadap Zahid

Nazri Aziz Akui Kumpul Sd Sokong Hisham Hilang Kepercayaan Terhadap Zahid

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 315 hits
Astro AwaniJun 22 2021 20 52 Nazri menjelaskan akuan bersumpah yang beliau usahakan bukan bertujuan menjadikan Hishammuddin sebagai Perdana Menteri seterusnya Gambar fail hari ini bekas Menteri Pelancongan itu berkata ia bagaimanapun bukan ...
Yes Let S Not Talk About Ge15 Now Says Nazri Aziz

Yes Let S Not Talk About Ge15 Now Says Nazri Aziz

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 376 hits
Nazri Aziz says he agrees with Tajuddin Abdul Rahman that there is no need to rush as long as Covid 19 is not under control PETALING JAYA Political parties should not even be thinking about the next general election as long as the country i...
Penafian Zahid Itu Yang Karut Dan Cerita Kartun Nazri Aziz

Penafian Zahid Itu Yang Karut Dan Cerita Kartun Nazri Aziz

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 281 hits
Irwan Muhammad ZainJun 24 2021 Nazri mendakwa awal tahun ini beliau ditipu oleh Zahid sehingga membuat keputusan untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Gambar failSemalam media melaporkan Nazri mendakwa 25 ...
Isyarat Dari Dua Kenyataan Diraja Mahiaddin Kena Berundur Segera

Isyarat Dari Dua Kenyataan Diraja Mahiaddin Kena Berundur Segera

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 626 hits
ULASANTidak perlu bertangguh tangguhlagi undurlah APA yang dizahirkan dalam dua kenyataan media diRaja semalam memberi isyarat jelas kepada Mahiaddin Yassin supaya beliau segera meletak jawatan Tidak ada perkataan berundur atau letak jawata...
Dua Ditahan Jual Pakej Vaksin Covid 19

Dua Ditahan Jual Pakej Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 255 hits
Dua ditahan jual pakej vaksin Covid 19 KUALA LUMPUR Dua individu diberkas kerana dipercayai terlibat dalam kes penipuan melibatkan pakej vaksin Covid 19 untuk warga tempatan dan warga asing pada Rabu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komers...
Dua Wanita Seiras Bertukar Kehidupan Lee Sangyoon Honey Lee Terajui Drama Komedi One Of The Woman

Dua Wanita Seiras Bertukar Kehidupan Lee Sangyoon Honey Lee Terajui Drama Komedi One Of The Woman

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 325 hits
Peminat K Drama pastinya teruja apabila ada drama romantik baru dengan plot menarik yang bakal ditayangkan kan SBS bakal menayangkan sebuah drama komedi One Of The Woman di mana ia membawa kisah dua wanita dengan wajah seiras yang bertukar ...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Menteri Kesuma Umum 4 Perkara Berkait Keselamatan Sosial

Juruteknik Didakwa Melakukan Amang Seksual Merakam Video Terhadap 3 Kanak Kanak