Nasihat Khas Sultan Abdullah Untuk Pemangku Raja Pahang



PEKAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang hari ini dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang dan Pemangku Raja Pahang diingatkan oleh ayahandanya supaya berbuat baik dalam melaksanakan tanggungjawab serta melaksanakan tugas dan amanah dengan penuh ketakwaan.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan Tengku Hassanal bahawa setiap sesuatu kurniaan di muka bumi Allah ini datang bersama tugas dan amanah yang wajib dijunjung.

"Jangan sesekali paduka anakanda bersikap riak dan angkuh. Ambillah resmi padi, makin berisi makin menunduk," titah baginda.

Sultan Abdullah bertitah demikian pada Istiadat Pemasyhuran Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini. Pada istiadat tersebut, turut diadakan pengisytiharan pelantikan Tengku Hassanal sebagai Pemangku Raja Pahang berkuat kuasa Khamis ini, susulan pemilihan Tengku Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 bermula Khamis.

"Kepada Paduka Anakanda Tengku Mahkota Pahang, anakanda kini adalah waris ganti kepada paduka ayahanda. Paduka anakanda bukan sahaja bakal mewarisi takhta kerajaan negeri Pahang, malahan paduka anakanda bakal memikul tanggungjawab untuk memelihara serta mempertahankan legasi Kesultanan Melayu Pahang.

"Oleh itu ambillah pengajaran daripada pepatah Melayu lama yang berbunyi umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga iaitu jika anakanda berbuat baik, paduka anakanda akan tetap dihormati, dimuliakan walau di mana-mana sekalipun berada," titah Sultan Abdullah.

Sultan Abdullah sebelum itu turut mengucapkan tahniah kepada permaisuri baginda Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar di atas pemasyhuran sebagai Tengku Ampuan Pahang.

"Semoga paduka adinda akan menggalas gelaran ini dengan segala kemuliaan. Teruslah berbakti serta menerangi dan menyinari rakyat jelata di setiap pelusuk negeri yang kita sayangi ini," titah baginda.  

Menurut baginda, istiadat yang diadakan pada hari ini bukan hanya sekadar simbolik semata-mata, namun ia juga melengkapkan kedudukan raja pemerintah yang menjadi punca segala kuasa dalam negeri dan jajahan takluknya.

Sultan Abdullah bertitah walaupun akan meninggalkan negeri ini untuk menunaikan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong, negeri dan rakyat Pahang tetap di hati baginda.

Sultan Pahang yang cukup dikenali dengan sifat mengasihi rakyat bertitah baginda tidak berkesempatan untuk menziarahi setiap pelusuk negeri ini untuk bersama-sama rakyat yang tidak putus mendoakan dan menzahirkan ucapan tahniah kepada baginda.

"Justeru saya ingin mengambil kesempatan ini bagi merakamkan setinggi-tinggi junjungan terima kasih kepada Menteri Besar Pahang, kerajaan negeri, dan seluruh rakyat jelata di atas kesetiaan serta doa kepada saya selama ini.

"Walaupun selepas ini saya berada jauh dari mata, namun negeri Pahang akan tetap di hati saya, Insya-Allah, saya akan sentiasa kembali jika berkesempatan bagi membolehkan ikatan keakraban dan kasih sayang saya kepada rakyat jelata akan terus terjalin," titah baginda.

Istiadat yang diadakan hari ini mencatatkan sejarahnya tersendiri untuk negeri Pahang apabila dua pemasyhuran diadakan serentak dalam satu majlis. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/01/buat-baik-nasihat-sultan-abdullah-untuk.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Dipilih Agong Ke 16

Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Dipilih Agong Ke 16

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 465 hits
Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah Shah hari ini dipilih sebagai Yang di Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2019 Pemilih...
Baru Sahaja Dimasyhurkan Sebagai Sultan Pahang Ketampanan Adinda Tengku Abdullah Ini Curi Tumpuan Ramai

Baru Sahaja Dimasyhurkan Sebagai Sultan Pahang Ketampanan Adinda Tengku Abdullah Ini Curi Tumpuan Ramai

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 1500 hits
Sebaik pemangku Sultan Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bakal ditabalkan sebagai Sultan Pahang Ke 6 pada Selasa kemunculan adinda baginda Tengku Fahd Mua adzam pada sidang media khas di Istana Abu Bakar Sabtu lalu mencuri tumpuan ne...
Sultan Pahang Terpilih Jadi Raja Baru Malaysia

Sultan Pahang Terpilih Jadi Raja Baru Malaysia

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 516 hits
Hasil perundingan oleh Dewan Penguasa menetapkan Sultan Abdullah Ri ayatuddin sebagai pengganti Sultan Muhammad V yang mengundurkan diri dari jabatannya pada 6 Januari lalu setelah hanya dua tahun bertakhta
Rizalman Kongsi Pengalaman 15 Tahun Jadi Tukang Jahit Tunku Azizah Dan Al Sultan Abdullah

Rizalman Kongsi Pengalaman 15 Tahun Jadi Tukang Jahit Tunku Azizah Dan Al Sultan Abdullah

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 686 hits
Rizalman kongsi pengalaman 15 tahun jadi tukang jahit Tunku Azizah dan Al Sultan Abdullah
Rakyat Asnaf Gembira Bertemu Al Sultan Abdullah

Rakyat Asnaf Gembira Bertemu Al Sultan Abdullah

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 337 hits
Keberangkatan baginda sememangnya ditunggu penduduk Temerloh apatah lagi baginda bakal ditabal sebagai Yang di Pertuan Agong pada 31 Januari ini
Sultan Abdullah Sinonim Sifat Sopan Dan Bijak Santuni Rakyat

Sultan Abdullah Sinonim Sifat Sopan Dan Bijak Santuni Rakyat

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 384 hits
KUALA LUMPUR Lasak adil dan berjiwa rakyat menggambarkan keperibadian Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah yang dipilih sebagai Yang di Pertuan Agong ke 16 hari ini Sultan Abd...
Sultan Pahang Mula Tugas Yang Di Pertuan Agong Penghujung Januari

Sultan Pahang Mula Tugas Yang Di Pertuan Agong Penghujung Januari

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 670 hits
Sultan Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ditemani isterinya Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika Istiadat Pemasyhuran Sultan Pahang Keenam di Istana Abu Bakar Pekan Pahang foto MALAYSIA GAZETTE KUALA LUM...
Daulat Tuanku Sultan Pahang Kini Bergelar Yang Di Pertuan Agong Ke 16

Daulat Tuanku Sultan Pahang Kini Bergelar Yang Di Pertuan Agong Ke 16

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 853 hits
Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di Pertuan Agong ke 16 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini Turut melafaz sumpah memegang jawat...
15 Info Menarik Tentang Yang Dipertuan Agong Ke 16 Al Sultan Abdullah

15 Info Menarik Tentang Yang Dipertuan Agong Ke 16 Al Sultan Abdullah

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 1002 hits
Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah Shah hari ini dipilih sebagai Yang di Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Jan 2019 Pemilihan S...
Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Metamask Security Warning

Overcoming The Funding Challenges

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masjid Nurul Huda Felda Jengka 19

Dap Akan Guna Kepakaran Kit Siang Ong Untuk Pru15

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Pemilihan Pkr 2022 Lebih 67 000 Ahli Undi Dalam Talian

Ratu Elizabeth Ii Meninggal Dunia

Mindarakyat Tidak Dikemaskini Sila Ke 1 Media Https Www 1media My