Nasihat Jika Ingin Beriklan Di Fb Ads
FB ADS dikatakan sebagai satu mekanisma pengiklanan yang terbaik untuk mempromosikan produk anda terutama di Malaysia kerana 90% rakyat Malaysia menggunakan FB dan juga Instagram. Untuk pengetahuan FB integrasi dengan Instagram. Jika anda iklan di FB maka Instagram pun akan iklankan produk anda.
Ramai rakyat beriklan di FB ads dengan anggapan ia perlu tekan butang BOOST dan selesai atau pergi ke ads manager klik san sini maka anda akan dapat sales yang tinggi. Bukan semudah itu kerana admin sendiri dan masih belajar FB ADS ini dan belum ada rekod sales admin atau pulangan melebihi 5% revenue.
Nasihat admin melalui pengalaman yang telah habis beribu-ribu RM kerana over confindent akan FB ADS ini mudah. Sememangnya ia bukan bukan mudah dan MURAH!!
Kenapa?
PERLU GURU UNTUK BELAJAR FB ADS.
Admin sendiri bermula dengan membuat FB tanpa guru dan ketahui banyak fungsi di FB ADS admin tidak gunakan secara cekap dan betul hingga merugikan admin.
Cukuplah sekadar untuk memahami objectif pun memakan masa yang lama dan apakah fungsi setiap onjektif FB ADS ini. Anda perlu guru untuk memahami FB ADS, baik buang duit untuk sertai kelas dari buang duit mencuba ilmu yang anda tidak faham.
Admin setakat ini telah pelajari FB ADS dengan ramai guru dan ada yang mendabik dia guru tapi ilmu dia memeningkan. Jika anda mahukan guru FB ADS admin boleh rekemen anda setelah melalui beberapa kursus FB dari guru yang berlainan.
KENALI ILMU FUNNEL/TEROWONG.
Ilmu FB ADS ini bukan anda buat iklan dan publish maka anda akan dapat sales. Mungkin dapat sales tetapi dari pengamatan admin potensinya kurang. Kalau anda nak dapat sales anda kena buat beberapa iklan serentak samada gambar, video, corousel dan pelbagai lagi serentak dan kaji mana FB ADS yang menjana keuntungan. Ini adalah teknik biasa yang digunakan.
Teknik lain yang dipanggil targetting audience dimana anda membuat satu funnel atau beberapa funnel untuk tangkap customer yang benar-benar berminat dengan produk anda. Ada beberapa teknik yang kita gunakan untuk membuat funnel ini.Sebagai contoh melalui Custom Audience atau lookalike melalui website anda.
KOS FB TINGGI
Ramai yang kata kos semurah RM10 sudah memadai membuat FB ADS. Memanglah kalau sehari RM10 kalau sebulan RM300.. Itu minimum kos untuk membuat FB ADS dengan satu iklan sahaja.Belum lagi kita study beberapa iklan yang mana menjana hasil dan kalauikut peraturan FB kena kena iklan sekurang-kurangnya 3 - 7 hari untuk lihat hasilnya.
Sebagai contoh kalau iklan anda dalam masa 3 hari tak bagus anda akan tutup iklan dan anda rugi RM30. Itu kalau 3 hari tetapi sebaiknya 7 hari sebab FB pun ada learning curve dia melalui algoritmanya.
Belum lagi kalau anda membuat funnel. Lagi banyak kos yang anda perlukan untuk membuat funnel-funnel ini.
KOS FB ADS DENGAN PRODUK REVENUE
Sebelum membuat iklan FB anda juga mesti mengambil kira kos FB dengan untung bersih produk anda. Jangan nanti bila tolak keuntungan anda rugi sebab margin untung anda lebih kurang dari KOS FB ADS. Menangis tak berlagu...hehehehe.
Apatah lagi kalau anda dropshipping, margin untung 10% dan anda kena bijak memilih produk yang memberi margin untung tinggi. Tapi kalau untuk belajar FB ADS untuk permulaan, anda boleh memilih produk dalam margin untung RM20 keatas.
IOS 14 LAGI
Dengan pengumuman APPLE tentang hak data melalui IOS14 ini dimana pengguina IPhone boleh disable tracking data oleh FB jika mereka tak mahu FB tracking data mereka. Anda sudah kehilangan beberapa pelanggan potensi yang menggunakan IPhone.
KESIMPULAN
Akhir kata anda kena dapatkan ilmu dahulu. Jangan jadi seperti admin yang kedekut mencari ilmu FB ADS dan menjana kerugian. Kan bagus dulu admin belajar dulu..
Jangan dengar cakap orang FB ADS ini mudah. BOHONG weiiii!!!!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://hanifidrus.blogspot.com/2021/04/nasihat-jika-ingin-beriklan-di-fb-ads.html