Resepi Pas Jika Ingin Memenangi Pru 15



Resepi PAS Jika Ingin Memenangi PRU 15 | Pada pilihan raya umum (PRU) ke-15 nanti, Umno bersama BN yang diketuainya akan bergerak solo, seperti pengumuman presiden Umno merangkap pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 Ahad lalu

Sekiranya PAS kekal bersama Perikatan Nasional (PN), ia juga berkemungkinan bermaksud Umno-BN tidak akan bersama PAS - sekutunya dalam Muafakat Nasional (MN).

Namun, dalam ucapan dasar presiden yang sama, kata Ahmad Zahid, “belum terlambat” untuk PAS kembali ke pangkal jalan

Beberapa tokoh Umno juga membuat kenyataan bahawa keputusan akhir berhubung kerjasama dua parti itu kini terletak di tangan PAS.
Justeru, persoalan yang diharapkan ternoktah pada PAU kelmarin, akhirnya terus kekal menjadi persoalan: Apakah kedudukan yang akan diambil PAS dalam PRU-15 nanti?
Resepi PAS Jika Ingin Memenangi PRU 15Bagi penganalisis politik Jamaie Hamil, sekiranya akhirnya Umno-BN benar-benar melangkah ke medan PRU-15 secara solo tanpa PAS, maka yang sebenarnya akan menjadi korban adalah PAS.
Katanya, sejak dahulu sebelum PRU-14, Umno dan PAS mempunyai satu hubungan yang unik. Kewujudan PAS dalam politik Malaysia menjadi kekuatan buat Umno - sebagai parti musuh yang menurutnya selalu dikambinghitamkan Umno.
“Ketika Umno menjadi kerajaan dahulu, PAS adalah musuh utama Umno. Banyak isu yang berlaku dalam negara, Umno akan mengkambinghitam, atau meletakkan kesalahan itu kepada PAS.
“Maksudnya, dengan adanya PAS, Umno akan dipandang oleh pengundi-pengundi sebagai (parti yang) lebih lembut, moderat, boleh bekerjasama atau pun lebih sederhana sifatnya.
“[...] Jadi sebab itulah Umno perlukan PAS itu sebagai musuh sebenarnya. Bukan sebagai kawan,” katanya kepada Malaysiakini semalam.
Kerjasama dalam MN pula, katanya, hanyalah kerjasama ketika kedua-dua parti menjadi pembangkang, sementalah Umno yang kehilangan sokongan orang Melayu dalam PRU-14, bekerjasama dengan PAS untuk kembali meraih sokongan tersebut.
Umno lebih banyak dapat manfaat
Malah, tambahnya, isu Islam-Melayu yang sering dibangkitkan MN semasa pemerintahan PH juga sebenarnya banyak memberi manfaat kepada Umno berbanding PAS, dalam aspek menarik sokongan orang Melayu.
“Sebab kerusi-kerusi yang kalah kepada PKR terutamanya, terutama di kawasan-kawasan luar bandar, kerusi-kerusi itu bukan kerusi PAS. Kebanyakan kerusi yang kalah (kepada PH) itu adalah kerusi Umno.
“Jadi secara tak langsung, apabila sentimen Melayu itu kembali kepada MN, sebenarnya (sokongan) kembali kepada Umno, bukan kembali kepada PAS,” kata pensyarah kanan Program Sains Politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia itu.
Dengan bergerak solo, kata Jamaie, Umno mempunyai kelebihan, terutamanya daripada segi agihan kerusi.
Umno akan dapat mengelak konflik di kerusi yang diminati kedua-dua parti, contohnya kerusi Bukit Gantang yang dimenangi Umno dalam PRU-14 lalu (kini milik Bersatu), tetapi pernah juga dimenangi PAS beberapa kali sebelum itu.
Resepi PAS Jika Ingin Memenangi PRU 15Malah, Jamaie turut meramalkan Umno mampu menarik semula sokongan orang Melayu dalam PRU-15.
Ramalannya itu disandarkan pada trend PRU-PRU lepas. Menurutnya, trend sokongan Umno memang menunjukkan “pasang-surut”, iaitu setiap kali parti itu berdepan prestasi kurang baik dalam satu-satu PRU, ia selalunya disusuli dengan sokongan yang kembali meningkat dalam PRU selepas itu.
Dalam PRU-14, PAS hanya menang 18 kerusi daripada 158 kerusi parlimen yang ditandinginya.
Umno pula memenangi 54 daripada 121 kerusi yang ditandinginya (BN secara keseluruhan menang 79 kerusi), menjadikannya parti tunggal yang memenangi kerusi terbanyak dalam PRU-14.
Pun begitu, Umno hilang banyak kerusi setelah berlaku adegan lompat parti, dengan 15 daripada kerusinya bertukar tangan kepada parti serpihannya sendiri, Bersatu. Umno kini tinggal 35 kerusi parlimen.
PAS perlu ubah strategi
Jika dalam PRU-14 lalu ketiga-tiga parti Melayu ini - Umno, PAS dan Bersatu - bersaing sesama sendiri, tahun lalu, mereka berganding bahu sehingga berjaya menumbangkan PH dan membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.
Namun, hubungan Umno dengan Bersatu tegang sejak awal kerjasama.
Kemuncaknya, kelmarin, Ahmad Zahid bukan saja berkata BN akan bertanding solo pada PRU-14 nanti, bahkan menegaskan tidak akan ada kerjasama antara Umno dengan DAP, Presiden PKR Anwar Ibrahim mahupun Bersatu.
Pun begitu, PAS setakat ini, masih tetap dengan pendirian untuk mempertahankan “perpaduan ummah” seperti pendirian mereka selama ini, iaitu tidak meninggalkan Bersatu mahupun Umno.
Resepi PAS Jika Ingin Memenangi PRU 15Bagi penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia, Prof Azmi Hassan, sekiranya PAS masih menaruh harapan untuk melihat kesatuan ketiga-tiga parti itu, PAS harus mengubah strateginya.
“PAS mesti keluar dari PN,” usulnya kepada Malaysiakini semalam.
“Strateginya adalah untuk memberi tekanan kepada Bersatu. Kerana Bersatu-PN tanpa PAS, sukar untuk pergi ke hadapan. Dengan cara ini, saya menjangkakan PN itu sendiri akan lebih mesra kepada MN yang disertai PAS-Umno,” katanya lagi.
Dengan cara itu, kata Awang Azman, barulah persefahaman akan dapat diwujudkan antara Bersatu, Umno dan PAS.
”Strategi PAS selama ini untuk kekal dalam PN tetapi mesra dengan MN tidak menjadi kerana Bersatu dan Umno tetap akan berkeras, jadi PAS kena tukar sikit strategi kalau mereka ingin lihat ketiga-tiga entiti ini membuat persefahaman menjelang PRU-15,” katanya.
Jelasnya, dengan keluar daripada PN, PAS sebenarnya tidak perlu berkorban apa-apa, malah dengan cara itu, ia akan dapat bersama Umno dan hal itu akhirnya akan memberi lebih manfaat kepada PAS sendiri.
Manfaat yang dimaksudkannya ialah daripada segi pembahagian kerusi dengan Umno.
Resepi PAS Jika Ingin Memenangi PRU 15“Ini kerana apabila PAS bersama dengan Umno, bermakna pembahagian kerusi dapat dibincang. Kerana musuh sebenar PAS dalam politik adalah Umno, bukan Bersatu,” katanya lagi. - mk
















BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

                                                                                Iklan  





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2021/03/resepi-pas-jika-ingin-memenangi-pru-15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahu Bersama Ppbm Dalam Pru Pas Tidak Lagi Minat Perkukuh Mn Kata Veteran Umno

Mahu Bersama Ppbm Dalam Pru Pas Tidak Lagi Minat Perkukuh Mn Kata Veteran Umno

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 238 hits
PETALING JAYA Veteran Umno Shahrir Samad menyifatkan PAS tidak lagi berminat memperkasakan Muafakat Nasional bersama Umno selepas parti Islam itu mengumumkan akan mengukuhkan kerjasama dengan PPBM bagi menghadapi PRU15 Katanya dengan pendir...
Rentasan 846 Panas Umno Bakal Berentap Dengan Pas Pada Pru 15

Rentasan 846 Panas Umno Bakal Berentap Dengan Pas Pada Pru 15

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 170 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8461 SIAPA MENTERI MALAYSIA PALING GAGAL 2 DIGELAR PELACUR POLITIK APA KATA PEMIMPIN PAS 3 MCA MELUKUT DI TEPI GANTANG UMNO 4 PENGKHIANAT TIDAK AKAN MENANG
Annuar Masih Bertegas Tindakan Umno Untuk Tak Bersama Umno Pas Bersatu Akan Membawa Kekalahan Pru 15

Annuar Masih Bertegas Tindakan Umno Untuk Tak Bersama Umno Pas Bersatu Akan Membawa Kekalahan Pru 15

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 269 hits
Kesetiaan kepada parti harus diukur menerusi pemilihan strategi yang dapat memenangkan parti bukannya menerusi sokongan kepada pihak tertentu semata mata kata bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa Katanya ada pihak dikatakan setia meskipu...
Pas Terengganu Bungkus Jika Tidak Tunai Janji Bertembung Umno Pru 15

Pas Terengganu Bungkus Jika Tidak Tunai Janji Bertembung Umno Pru 15

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 294 hits
Cadangan Pengerusi Umno Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang ditemui di Perhimpunan Agung Umno semalam bahawa Pas dan Umno perlu bertanding secara mesra bagi menentukan parti manakah yang lebih disukai rakyat untuk memerintah Terengganu pa...
Bersatu Pas Tegaskan Kerjasama Tolak Penjajaran Baru Lepas Pru

Bersatu Pas Tegaskan Kerjasama Tolak Penjajaran Baru Lepas Pru

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 400 hits
MalaysiakiniBersatu dan PAS hari ini menegaskan kerjasama dalam Perikatan Nasional bagi menghadapi pilihan raya umum ke 15 Dua parti Melayu itu juga menolak sebarang bentuk penjajaran baru untuk menubuhkan kerajaan selepas itu terutama yang...
Takkan Nak Biar Bersatu Terkontang Kanting Sendiri Hadapi Pru Pas

Takkan Nak Biar Bersatu Terkontang Kanting Sendiri Hadapi Pru Pas

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 222 hits
Malaysiakini Di kala Umno hampir pasti memutuskan hubungan kerjasama dengan Bersatu PAS pula nampaknya masih tetap dengan pendirian tidak mahu meninggalkan mana mana daripada rakan sekutunya itu menjelang pilihan raya umum ke 15 nanti Kata ...
Masa Pembangkang Pas Tentang Ubah Sempadan Pru Sekarang Mahu Buat Pula

Masa Pembangkang Pas Tentang Ubah Sempadan Pru Sekarang Mahu Buat Pula

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 184 hits
Cadangan menteri kabinet Perikatan Nasional dari Pas Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bahawa kerajaan akan meminda sempadan kawasan pilihan raya untuk kepentingan kaum Melayu sekiranya menperolehi majoriti 2 3 kerusi Parlimen berpotensi...
Pas Beri Laluan Bn Tanding Parlimen Gombak Pru 15 Salehuddin Nasir

Pas Beri Laluan Bn Tanding Parlimen Gombak Pru 15 Salehuddin Nasir

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 142 hits
Pas Gombak memberi laluan kepada Barisan Nasional untuk bertanding di kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke 15 Yang Dipertua Pas Gombak Salehuddin Nasir berkata keputusan itu bagi menjaga perpaduan dalam Muafakat Nasional selain men...
Pas Hilang 8 Kerusi Parlimen Jika Pertandingan Tiga Penjuru Pru 15 Husam

Pas Hilang 8 Kerusi Parlimen Jika Pertandingan Tiga Penjuru Pru 15 Husam

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 162 hits
POSTED BY AMIR WRLRPas dijangka akan hilang 8 kerusi Parlimen sekiranya berlaku pertandingan 3 penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke 15 Hal itu diungkapkan oleh Senator Husam Musa dalam program bual bicara di Temerloh Pahang baru baru ini keti...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Buat Apa Jika Terseliuh

Lafaz Zikir Hari Jumaat Dan Selawat Nabi Serta Fadhilatnya

Apa Itu Istighfar

21 Amazing Mother S Day Gifts For The Food Lover

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Doktor Kongsi Tip Cepatkan Proses Bersalin Elok Buat Bila Dah Hujung Hujung Kehamilan