Nasihat Emas Dari Seorang Mak Cik Jual Pisang Di Tepi Jalan













Kisah ini ustaz pernah kongsi satu waktu dulu. Ustaz kongsi semula khusus sempena hari ulangtahun kelahiran Nabi saw.


Moga kisah ini beri motivasi untuk kita lebih dekat dan amalkan sunnah nabi saw.


Ceritanya.


Pernah satu hari ustaz konvoi ramai-ramai geng motor. Kalau tak silap dalam tahun 2000 ke 2002 macam tu. Kami ke Negeri Sembilan. Negeri yang terkenal dengan Masak Lomak Cili Api. Fuh, Sedap!


Masa dalam perjalanan, ustaz tak ingat waktu pergi atau balik. Kami lalu satu jalan yang agak sunyi. Kiri kanan penuh hutan. Jalan tu jalan utama la juga, tapi hanya sesekali saja kenderaan lalu.
.
.
Dari jauh, ustaz nampak ada satu gerai jual air tebu. Ustaz pun perlahankan motosikal dan singgah hilangkan dahaga. Kawan-kawan yang lain juga ikut singgah.


Masa tunggu air siap dibungkus, ustaz perasan ada sorang mak cik tua jual pisang. Bersebelahan dengan gerai jual air tu.


Sambil tunggu kawan-kawan lain beli air, ustaz pun borak-borak dengan mak cik jual pisang ni. Setakat nak berbasa-basi.


“Mak cik berapa pendapatan makcik jual pisang ni?”


Dalam fikiran ustaz, berapalah sangat hasil jualan yang mak cik tu boleh dapat. Tambahan pula jalan itu agak sunyi. Kenderaan laju, mesti tak ramai yang singgah.


Mak cik tu jawab,
“Alhamdulillah, tak banyak. Boleh la…”


Mulanya dia tak nak bagitahu berapa pendapatan hasil jual pisang tu. tapi bila ustaz tanya beberapa kali, mak cik tu pun jawab jumlah yang tepat.


 “Alhamdulillah… kadang-kadang dapat 3,000 sebulan. Kadang-kadang dapat 7,000 sebulan. 


Allahuakbar.


Ustaz betul-betul tak sangka pendapatan mak cik tu mencecah ribuan ringgit hanya dengan jual pisang tepi jalan yang sunyi macam tu. Kalau di tengah bandar, tak mustahil la macam tu.
.
.
Kagum dengan hasil jualan mak cik itu, ustaz pun tanya lagi.
.
“Mak cik, apa amalan mak cik sampai boleh dapat duit banyak macam tu? Kongsi la sikit dengan saya. Saya pun nak murah rezeki macam mak cik.”


Apa mak cik tu jawab,


“Ekau ni bodoh!”


Aduh, belum apa-apa mak cik tu dah cakap ustaz bodoh. Suka hati dia saja cakap macam tu. Tapi ustaz senyum saja. Orang tua-tua kan. Layankan saja apa dia nak cakap.


Kemudian mak cik tu sambung.


“Ekau selawat ja lah pada Rasulullah SAW. Kalau ekau selawat sekali, Allah akan selawat 10 kali. Kalau Allah dah selawat 10 kali pada ekau, mustahil pada hari tu ekau akan jadi orang kecewa. Mustahil Allah akan jadikan kau gagal. Mustahil ekau akan sedih pada hari tu.”


Allahuakbar.


Kata-kata mak cik tu macam peluru yang ditembak tepat ke hati ustaz. Bertubi-tubi. Macam bagi tazkirah pun ada. Apa yang mak cik tu cakap sangat kena dengan satu hadis nabi saw.


“Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” (Riwayat Muslim)


Benarlah apa yang mak cik tu cakap. Sekali kita berselawat kepada Nabi, Allah akan berselawat kembali sebanyak 10 selawat. Sesorang yang mendapat selawat dari Allah, bermakna dia mendapat banyak kebaikan dari Allah Taala.


Hadis ini selalu ustaz dengar di kuliah-kuliah agama. Tapi entah Kenapa, bila mak cik ni yang cakap, terus melekat dalam hati. Mungkin dia benar-benar ikhlas berkongsi ilmu. dan mungkin juga dia dah benar-benar amalkan dengan penuh keyakinan.
.
.
Tuan puan yang dirahmati Allah.


Masa tu ustaz termenung panjang. Ustaz belajar sesuatu hari itu. Bahawa rezeki bukan semata-mata datang dari usaha kita yang nampak di mata, tapi ada rahsia yang Allah simpan. Antara rahsia terbesar: berselawat.


Selawat ni besar ganjarannya. Ustaz kongsikan Beberapa hadis lain tentang kelebihan selawat. Moga kita lebih semangat beramal dengannya.


1. Allah gandakan rahmat kepada kita


Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali."
Riwayat Muslim dan Abu Daud.
.
.
2. Menghapuskan dosa & mengangkat darjat


Nabi SAW bersabda:
"Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali, menghapuskan daripadanya sepuluh kesalahan, dan mengangkat untuknya sepuluh darjat." Riwayat Ahmad, al-Nasa’i,
.
.
3. Menjadi sebab syafaat Nabi SAW


Nabi SAW bersabda:
"Manusia yang paling berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku."
Riwayat Tirmizi.
.
.
4. Doa lebih mudah diterima Allah


Ubay bin Ka‘ab RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:
"Jika begitu (engkau perbanyak selawat), maka dicukupkan bagimu segala keperluanmu, dan diampunkan dosa-dosamu." Riwayat Tirmizi.
.
.
5. Mendekatkan kita dengan Nabi SAW di akhirat


Nabi SAW bersabda:
"Orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku." Riwayat Tirmizi
.
.
Tuan puan yang dirahmati Allah. 


Sempena hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW ini, marilah kita berselawat sebanyak-banyaknya. Jadikan ia zikir harian.


Ustaz sendiri cuba praktik, bila naik motor, bila tunggu lampu isyarat, bila duduk seorang diri bibir basah dengan selawat.


Jom pujuk hati.


Kalau nak rasa tenang, banyakkan selawat. Kalau nak rezeki luas, banyakkan selawat. Kalau nak hidup tak kecewa, banyakkan selawat.  Pada hujungnya, yang kita harapkan bukan saja rezeki di dunia, tapi syafaat baginda Nabi SAW di hari akhirat nanti.


Salam Maulidurrasul 1447H,
Selawatlah, nescaya hidupmu jadi berkat.


#UstazHanafiMalek








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/09/nasihat-emas-dari-seorang-mak-cik-jual.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Pisang Emas Selepas Sebulan Di Raised Bed

Anak Pisang Emas Selepas Sebulan Di Raised Bed

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 2321 hits
Selepas sebulan ditanam di raised bed tepi rumah anak sulur pisang emas yang dibeli secara dalam talian ini mulai berdaun Umbisi pisang biasanya mempunyai beberapa tunas yang berpotensi tumbuh menjadi anak pokok pisang Kadang kita akan namp...
Hiburan Orang Yang Nak Hancurkan Saya Adalah Mak Kepada Anak Anak Saya Move On Jofliam Hilang Sabar Dengan Cik Epal

Hiburan Orang Yang Nak Hancurkan Saya Adalah Mak Kepada Anak Anak Saya Move On Jofliam Hilang Sabar Dengan Cik Epal

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 2851 hits
Lama tiada isu membabitkan usahawan pizza wagyu sensasi Jofliam dan bekas isteri iaitu pempengaruh Cik Epal tapi semalam konflik kembali muncul selepas Cik Epal meluahkan rasa berang selepas diminta bayar separuh yuran sekolah anak Jofliam ...
Resepi Lengat Pisang Emas

Resepi Lengat Pisang Emas

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 1323 hits
Dah dua kali kak ana repeat buat lengat pisang emas Teringin pula tengok salah seorang penjual makanan viral tu buat dan jual Nak beli jauh pula kedainya di utara sana Harga pun boleh tahan sebab dia menggunakan bahan bahan premium katanya ...
Dia Takut Tinggal Seorang Mak Ayah Balik Kampung Saya Teman Alasan Ditangkap Khalwat

Dia Takut Tinggal Seorang Mak Ayah Balik Kampung Saya Teman Alasan Ditangkap Khalwat

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 2220 hits
JAINJ tahan pasangan berusia 20 an bukan mahram di sebuah rumah pada awal pagi tadi Foto JAINJ JOHOR BAHRU Dia takut tinggal seorang diri saya datang teman Seorang lelaki memberi alasan itu selepas ditahan bersama pasangannya di rumah kelua...
Lelaki Disyaki Bunuh Mak Nyah Diberkas

Lelaki Disyaki Bunuh Mak Nyah Diberkas

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 899 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Lelaki yang mempunyai tiga rekod jenayah lampau ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan mak nyah di Jalan Horley Kampung Jawa Ipoh semalam Tangkapan ke atas suspek 32 tahun itu dijalankan sepasukan an...
Emosi Anak Sulung Terabai Mak Ayah Jangan Tambahkan Tekanan

Emosi Anak Sulung Terabai Mak Ayah Jangan Tambahkan Tekanan

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 2400 hits
Lumrah dalam kehidupan anak sulung terpaksa beralah dalam segala hal malah lebih mudah berasa tersisih dan cemburu apabila menerima kehadiran adik beradik yang lain Hal ini kerana ibu bapa akan memberi perhatian yang lebih kepada anak anak ...
Dicekup Khalwat Di Rumah Ketika Mak Ayah Balik Kampung

Dicekup Khalwat Di Rumah Ketika Mak Ayah Balik Kampung

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 3191 hits
Omar Ahmadam hmetro com myJohor Bahru Tindakan seorang wanita mengajak teman lelakinya bermalam kerana takut bersendirian membawa padah apabila mereka ditahan Jabatan Agama Islam Negeri Johor dalam serbuan di Ulu Tiram di sini awal pagi tad...
Polis Kesan Pemandu Lori Gilis Mak Nyah Hingga Mati Di Ipoh

Polis Kesan Pemandu Lori Gilis Mak Nyah Hingga Mati Di Ipoh

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 3188 hits
FMT ReportersKetua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata rakaman CCTV menunjukkan mangsa dikejar sebuah lori sebelum digilis Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata mayat lelaki berperwatakan wanita itu ditemui...
Kera Di Hutan Versus Anak Di Rumah Nasihat Kepada Kaum India

Kera Di Hutan Versus Anak Di Rumah Nasihat Kepada Kaum India

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 745 hits
extra RM100m aid Monday 25 Aug 2025 additional RM100 million allocation on top of RM100 million already approved This is a collective voicewe give them educationInsufficient funds we give them allgive RM100 million moreFlotilla will carry c...
Tale Of Two Presidents Parallels From Lbj S Vietnam War Visit

Yang Salah Bukan Minat Tapi Obsesi

Panduan Lengkap Beli Rumah Pertama

Call To Boycott Sue Rhb Bank For Illegal Dismissal Of Siti Nurziswanis Erupts Among Opposition Faction

Behind The Scenes Our Honda Cb550 Tracker Project From Start To Finish

Di Tembak Lapan Kali Oleh Individu Yang Di Kenali Rakyat Malaysia Yang Parah Di Golok Thailand Meninggal Dunia

Saifuddin Mungkin Lebih 19 Mp Tak Setuju Tindakan Lembaga Disiplin Bersatu

Nga Kor Ming Minta Maaf Kepada Pengamal Media


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Angkara Dendam Pekebun Cedera Di Perut Ditikam Kenalan

Johor Bahru Residents Bathe In Rain And Mosques As River Pollution Cuts Water To Nearly 2 Million

Klang Valley Johor And Pahang Under Thunderstorm Warning Metmalaysia Urges Caution Amid Flash Flood Risks

Deputy Comms Minister Hopes Malaysian Media Council S First Agm Will Boost Professionalism And Dispute Mechanisms

Rafizi Says Son Showing Worrying Symptoms But Declines To Link Them To Putrajaya Attack

Plot Twist As Legal Eagle Casts Doubt If Rhb Bank Has Pursued Right Procedures In Axing Hardcore Pas Staff