Nasib Zahid Masa Depan Umno


PROSES mahkamah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melalui tempoh yang panjang. Ahli politik khususnya ahli UMNO dan rakyat mengikuti dan memerhati proses mahkamah yang panjang itu. Ia dilihat penting dengan kedudukan Ahmad Zahid sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, sebuah parti politik yang mempunyai sejarah cemerlang dan sekarang sedang menyusun strategi kebangkitan semula serta masih mempunyai peluang menguasai kembali teraju politik negara.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, Isnin lalu memerintahkan Ahmad Zahid membela diri terhadap 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi. Keputusan ini pastinya mempunyai implikasi besar kepada masa depan politik beliau, UMNO serta proses percaturan kuasa politik negara

Dalam hal ini, kita harus melihat UMNO bukan Ahmad Zahid dan Ahmad Zahid bukan UMNO. Ini perlu ditafsirkan dan perlu pengertian mendalam dan benar-benar berani. Kita mesti kembali kepada prinsip dan peraturan ditetapkan UMNO

Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 25 Mei 2009 mesti dirujuk dan diperkukuhkan pelaksanaannya. Dalam keputusan MT ini ditetapkan seseorang yang dikenakan tuduhan di mahkamah, maka jawatannya dalam parti (UMNO) akan digantung. Sekiranya seseorang itu berjaya dalam proses mahkamah dan didapati tidak bersalah, jawatan asal dalam parti dikembalikan semula

Ini adalah suatu yang murni kerana walaupun belum dijatuhkan hukuman, tetapi untuk seseorang dikenakan sesuatu pertuduhan, ia mesti mempunyai suatu asas dan bukti yang perlu mengikut prosedur dan peraturan mahkamah. Seseorang yang ‘benar-benar bersih’ tidak mungkin dibawa dibicarakan di mahkamah

Bagi seseorang yang menjadi pemimpin ‘nilai bersih dan suci’ daripada unsur-unsur kesalahan adalah sangat wajar bagi menarik sokongan rakyat. Seseorang pemimpin yang dituduh perlu memberikan perhatian kepada proses mahkamah bagi membolehkan ia berjalan lancar dan keputusan yang cepat dan terbaik dapat dilakukan

Pemimpin parti politik perlu menunjukkan dan membuktikan dia bersih sebagai contoh dan tauladan kepada rakyat dan ahli parti dipimpinnya

Apa yang berlaku kepada Ahmad Zahid ini menjadi bertambah penting dengan perkembangan UMNO dan politik negara sekarang. UMNO sedang mengalami kebangkitan semula dan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan berlangsung dalam tempoh tidak lama lagi (selewat-lewatnya 2023). Tempoh satu tahun lebih adalah singkat bagi membuat perancangan dan strategi sesebuah parti politik

UMNO perlu bertindak cepat jika benar-benar mahu menguasai semula politik negara. Paling penting adalah faktor kepimpinan UMNO. Tanpa pemimpin yang benar-benar ‘bersih’, berkebolehan dan diterima umum, sukar bagi UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk bangkit semula

FORMULA
Dalam hal ini, adakah kepimpinan Ahmad Zahid boleh diterima oleh ahli UMNO dan rakyat? Adakah pengundi akan memberi undi kepada parti politik diterajui oleh seorang pemimpin yang mempunyai kes mahkamah dan keputusan seperti diterima Ahmad Zahid? Jawapan mudahnya, tidak boleh diterima

Secara formula mudah, Ahmad Zahid sebagai Presiden parti akan menjadi Perdana Menteri jika UMNO/BN menang PRU15. Pastinya rakyat tidak mahu dan tidak boleh menerima seorang seperti Ahmad Zahid sebagai Perdana Menteri.

Secara prinsip mudah, UMNO perlu melakukan sesuatu agar permasalahan Ahmad Zahid selesai. Peraturan dan keputusan MT UMNO perlu diambil kira bagi kebaikan parti dan politik negara. Adakah awatan Presiden disandang oleh Ahmad Zahid perlu diambil-alih oleh orang lain sehingga kes mahkamahnya selesai

Ahli dan pimpinan UMNO perlu berkorban demi kebaikan parti. Presiden dan tokoh seperti Ahmad Zahid silih berganti. UMNO adalah milik semua ahli UMNO dan bangsa Melayu amnya. Pengorbanan demi kebaikan parti dan kepentingan negara adalah perlu. Ia bukan bersifat ‘pilihan’ tetapi keputusan yang mesti dibuat

Kita perlu mengambil pengajaran daripada sejarah percaturan politik UMNO lalu. Sebagai contoh mudah, dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Disember 2015 menghadapi krisis dan isu besar. Berlaku pertembungan antara Timbalan Presiden dan Presiden parti. Keputusan dan kritikan berani Timbalan Presiden (dan juga seorang Naib Presiden) tidak cuba diselesaikan oleh pimpinan dan perwakilan pada masa itu

Sebahagian besar ahli dan perwakilan tidak berani menyuarakan persoalan sebenar yang sedang berlaku waktu itu. Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Presiden parti tidak dibincang secara ‘bersih’ dan ‘ilmiah.’ Apa yang berlaku, perwakilan serta ahli dan kepimpinan tetap memberikan sokongan dan ‘pemujaan’ kepada presiden. Slogan yang dibangkitkan, “kita tangguhkan pemilihan presiden, kita tumpukan kepada PRU14.”
Nah, kita lihat apa yang berlaku kepada nasib UMNO dan BN dalam PRU14. UMNO dan BN ditolak rakyat (bahkan ahli UMNO sendiri pun ada yang tidak memberi undi kepada BN/UMNO). Kenapa ini berlaku? Kerana ahli UMNO dan kepimpinan tidak meletakkan kepentingan parti lebih utama daripada kepentingan dan ‘taat yang membuta’ kepada Presiden

Tulisan ini bukan sekadar mengungkit peristiwa lalu yang tidak mungkin diputar balik. Tujuannya mengambil pengajaran supaya tidak berulang dan membawa kesan buruk kali kedua

UMNO mesti dipimpin oleh seorang pemimpin bersih, tidak ada kaitan dengan mahkamah dan tuduhan rasuah serta salah guna kuasa. Pimpinan dan ahli UMNO mesti berani bersuara dan bertindak mengikut saluran yang betul

UMNO bukan untuk seseorang dan bukan hanya kepentingan pihak tertentu. UMNO milik semua ahli dan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia amnya

Pimpinan adalah pembawa arah, salah pilih pemimpin tersasarlah arah parti. Kesucian pimpinan adalah obor penerang arah parti. Jika pemimpin terpalit kekotoran, gelap dan kaburlah arah parti

Oleh: PROFESOR Madya Dr. Mohd. Noor Yazid
Pensyarah di Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/01/nasib-zahid-masa-depan-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berikutan Diarah Bela Diri Zahid Hamidi Tak Relevan Lagi Ketuai Umno Dan Mesti Adakan Pemilihan Sebelum Pru15

Berikutan Diarah Bela Diri Zahid Hamidi Tak Relevan Lagi Ketuai Umno Dan Mesti Adakan Pemilihan Sebelum Pru15

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 169 hits
Mahkamah Tinggi semalam memutuskan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi diarah membela diri atas 47 pertuduhan kes rasuah pecah amanah dan penggubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi yang dikaitkan dengannya Hak...
Dan Cacat Kah Umno Kalau Najib Dan Zahid Undur Diri Dari Umno

Dan Cacat Kah Umno Kalau Najib Dan Zahid Undur Diri Dari Umno

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 254 hits
HENSEM dan macho sangatkah umno bila mereka masih di umno Inilah rumahtangga umno Jangan sampai jadi keluarga 69Apa PENDIRIAN UMNO terhadap Azam Baki MEMPERTAHANKAN kerana sudah sebati Tulisan LALITHA tidaklah seberat pendedahan Rafizi dala...
Zahid Najib Must Go To Improve Umno S Image Says Ex Cj

Zahid Najib Must Go To Improve Umno S Image Says Ex Cj

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 197 hits
Allegations have been made of a deal to drop charges against various MPs including Najib Razak and Ahmad Zahid Hamidi in exchange for their support in the Dewan Rakyat PETALING JAYA Ahmad Zahid Hamidi and Najib Razak must step down as Umno ...
Umno Masih Berimej Parti Rasuah Perlu Segera Rehatkan Zahid Najib

Umno Masih Berimej Parti Rasuah Perlu Segera Rehatkan Zahid Najib

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 230 hits
agendaily com26 1 2022Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad menasihatkan UMNO merehat atau menyingkirkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak UMNO tidak ada pilihan dan tidak boleh menunggu lebih lama lagi seb...
Court Cluster The Only Political Weapon Against Umno For Some Says Zahid

Court Cluster The Only Political Weapon Against Umno For Some Says Zahid

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 303 hits
Ahmad Zahid Hamidi said that as Umno president he has a responsibility to restore the Barisan Nasional government PETALING JAYA Umno president Ahmad Zahid Hamidi has hit back at those who claim that the court cluster of Umno leaders are try...
Bekas Ketua Hakim Najib Dan Zahid Perlu Berundur Untuk Pulihkan Imej Umno

Bekas Ketua Hakim Najib Dan Zahid Perlu Berundur Untuk Pulihkan Imej Umno

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 289 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak perlu meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno dan Penasihat Barisan Nasional jika parti itu berniat membersihkan imejnya yang terpalit dengan kumpulan korupsi kata bekas Ketua H...
Guna Modal Kes Zahid Tak Laku Dalam Prn Rakyat Masih Sayang Umno Mohamad

Guna Modal Kes Zahid Tak Laku Dalam Prn Rakyat Masih Sayang Umno Mohamad

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 229 hits
agendaily com24 1 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan sidang media setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahnya membela diri terhadap 47 pertuduhan pecah amanah rasuah dan pengubahan wang haram hari ini Gambar A...
Only 6 Umno Divisions Want Party Polls First Says Zahid

Only 6 Umno Divisions Want Party Polls First Says Zahid

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 288 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi said the voice of the majority must be heard PETALING JAYA Only 6 out of 190 divisions are keen to hold party polls before the next general election party president Ahmad Zahid Hamidi said tonight He said t...
Johor Elections Nothing Out Of The Ordinary For Umno Says Zahid

Johor Elections Nothing Out Of The Ordinary For Umno Says Zahid

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 227 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi says the party machinery is always prepared for the possibility of elections KUALA LUMPUR Umno president Ahmad Zahid Hamidi played down talk of a state election in Johor saying it would not be out of the or...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik